For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 16 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Peeeewwww...As salam u all..
Berhabuk blog aku ni kan.Almaklum jer la...seminggu sekali pun belom tentu aku nak upload.
Keje rumah berlambak lambak nak kena buat kan..
Eh.korang dah tengok HMM ni ke?
Kitorang cuti bersama sama tau...semalam.
Aku berkesempatan malam semalam menonton wayang bersama sayam kat Sunway Pyramid.
Ha..semenjak kahwin ni rasanya, baru 2nd or 3rd time jer kitoang bersosial tengok wayang.
Sebabnya, sayam asyik kena menoreh jer.Tiada had limit menoreh.
Jika tak menoreh, dia akan menghabiskan masa dengan tidur.Lagi best, pergi memancing.
So, aku jarang jarang nak sekat apa yang dia lakukan.Sebab masa terlalu berharga.cewahhh..
Selepas jer start tayangan bermula kat pawagam, aku try google blogger antaranya BN.
Sebab aku nak tahu cerita ni best atau takkan..
Kalau tak best, aku ada cerita lain yang dah sasah syok layan..hahaha..
So, aku baca kat Abg nara tu, dia bagi 3/5 star kalau tak silap.
Ok lah kot...sebab aku kalau nak bagi 10 bintang pun lepas aku tengok suka hatilah kan..
So, setelah gigih beratur panjang malam tu,
dapatlah 2 tix HMM.lepas tu kitorang pusing pusing sambil tengok tengok poket, kot kot boleh beli apa yang mampu kan ditengah tengah bulan ni..
tapi sayang, tiada yang menarik...hahahaha..alasan.Ada ok..Guess sale!!!pejam mata mak lalu kat situ..

Arround 1005pm, masuk panggung.
Satu yang paling tak best bila menonton wayang kat Pyramid adalah seat nya.
Sumpah sakit leher & pungkoq aku.
Seatnya ya amat keras dah tak comportable..
Ini yang paling aku tak suka.Memula nak pergi kat Summit USJ.
Tapi Summit USJ punya tayangan sampai pukul 830pm sahaja.Itu yang aku riki dr on9.
Jadi..terpaksalah aku menahan kesakitan leher selama 1 jam 45 minit..
haaa..macam kucing nak beranak kot...tak selesa...
Bagi akulah kan,
sebagai penonton yang kadang kadang tengok wayang ni,
cerita yang dihasilkan sangat sangat best.
Dan aku berbangga sebab anak tempatan boleh menghasilkan cerita yang sebegitu rupa.
Aku memang tak reti sangat nak mengkritik atau memuji lebih lebih.
Janji, cerita tu aku faham..walaupun kena ambil masa untuk difahami..

Cerita ni, mengisahkan, Merong Mahawangsa yang  menolong Raja ROM untuk mengahwinkan
Putera mereka yang bernama Putera Marcus dengan Maharaja dari China.
Perjalanan mengambil masa yang agak lama untuk menemukan antara Putera Marcus & Tuan puteri China tu.
Setelah berjumpa, mereka telah diserang oleh Kerajaan Garuda.
Kerajaan Garuda mencolek puteri raja sebagai tebusan dan...ingin menahluk semua kerajaan yang ada.
Ni kira Kerajaan tamak la kot.
Pelbagai kejadian yang menarik sewaktu Merong dalam usaha belajar bagaimana untuk menghapuskan
Kerajaan Garuda yang diasaskan oleh TAJI & KEMAWAS.
watak kemasan ni agak keji sedikit...tapi menjadi..hahaha..Suka la Abg Khir Rahman berlakon jadi miang miang gitu kan...?
Ada satu perkara yang boleh membuatkan Taji & kemawas mati...
Ha..tak reti reti lagi korang pergi beratur dapatkan tiket wayang ke?
Ke...korang nak tunggu kat Astro Fiesta?
Btw, cerita ni menarik kalau pencahayaan yang clear.
Tapi..kalau kat Pyramid jer yang agak gelap...x buleh nak cakap apalah kan?
Aku ada juga yang terbaca komen pasal bila dorang berlawan tu, berlawan secara laju laju.
Ya...memang agak laju.Terlalu laju kot sampai cerita dah jadi sedikit kelam kabut.
Kalau nak lawan 1 per 1, tahun depan pun cerita tak habis habis kan..?
Percikkan darah yang agak real..
Tapikan, Group nak melawan Garuda tu, dorang ni team Merong,
KURUS KURUS.sumpah hingar bingar dalam cinema orang ketawa...

Ok lah...aku nak kasi 4/5 bintang untuk cerita ni..
Sebab pagi pagi aku bangun dari tido,
Sayam sudah merepek mengajuk dialog Dato Rahim Ghazali kat telinga aku..
Makna kata, filem ni berkesan sampai sayam boleh terikut ikut mengajuk bahasa tu..
ok, dah lewat malam ni..aku dah nak tidur...
Sayam kena menoreh 2 minggu waktu malam...
da....(sambil buat mimik muka sedih...)



4 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

harus paksa laki aku gi tengok gak...aku ajak asik takmo jekk..geram

~ Miss PIJAOSIX~ berkata...

salam..

tak ade kesempatan lagi nak tgk...!!

atty's berkata...

itulah dila.kty pun nak golak tgk geng merong kuyus2.hahahhahaha

Nurul berkata...

adoi..bile la nk mgadakan ms g tgk cite ni..sedih!