Seminggu ni dah beberapa kali aku dah terserempak.
Ha?Bukan Hantu weii..
Kalau hantu sumpah aku sorok sorok tak cerita ngan u all.
Aku pendam 2-3 hari kot.
Mungkin juga demam kan?
Hahahaha.
Ok, cerita ini agak serious.Sila ambil mood serious yer korang.
Minggu ni kalau korang perasan sekarang, asyik hujan kan waktu pagi?
Paling best aku gigih pergi keje walaupun hujan ribut petir melanda.
1st day, aku terserempak dengan kemalangan ngeri kat FH.
Kebetulan aku lalu kat sana masa kejadian.Syukurlah..Polis dapat mengawal lalu lintas.
Tapi...Ada gak sampai rumah lambatkan sue..
Sebagai minah rempit se-Malaysia, aku selalu perhatikan penangan penangan pemandu kita.
Hui...laju laju.
Maklumlah, kereta semua mewah mewah.BWM, Mersadis, Aphard,Pegot,Matsubisul..
Semua jer meluncur laju.Kan korang kan?
Yang paling best, dorang kurang perhatian pada pemandu beroda 2 macam aku ni.
Kalau nak masuk line sebelah tu, terlupa nak kasi signal.Aci redah jer.
Taulah kereta besarkan?Pandang pandang lah kiri kanan.
Paling tidak pun kasi lah dulu laluan kat kitorang ni kan?
Pastu nak potong lori 18 tan pun silakan lah.
Contoh terdekat masa kejadian tu.
Hah..mesti cuak gila orang yang terlanggar mangsa tu kan?
Nak nak pulak orang tu meninggal ke..?patah riuk ke?
Tak ngeri ke?Kot kot anak dia ada ramai ke?
Haiz....kesiankan lah kitorang orang yang tak mampu berkereta mewah ni ooiii...
2nd day pagi tadi.
Ha...tengah hujan renyai renyai kejadian terjadi .
Membuatkan jalan jem teruk.
Masa aku lalu tu, ambulan tengah alihkan mangsa.
Mangsa..Adalah naik moto.
sebelum tu mesti dia terbaring kan...Nasib orang orang kat Malaysia ni prihatin.
Lagi best yang prihatin tu tukang tengok jer..Itu yang buat jalan jem sepatutnya tak perlu..ini sudah melarat larat jauhnya.
Tapi, aku tidak juga menyalahkan pemandu kereta.
Orang bawak moto pun kadang kadang yang nenong.
tengah laju laju bawak, tup tup celah masuk simpang.
Itu cari nahas namanya.
Dah lah naik moto...kira bersyukurlah jalan tak se-jem orang bawa kereta.
Kalau boleh sampai rumah 15minit, dia nak pecut gak 3 minit.
Ha...tempah mautlah tu kan..?
Tapi tajuk aku beware of dog kan?
Apsal aku merepek citer tah apa hapa ni?
hahaha...semalam aku nampak ada budak kena gigit anjing kat sunway.
3-4 ekor anjing tu dah kepong budak tu.
Nak tolong...uii...aku takut...aku tak larat nak lari kalau anjing tu kejar aku pulak.
Tapi lepas tu aku tengok anjing tu pulak lari..sebab, budak tu dah
terajang anjing tu kot.
Sambil membebel bahasa Raj nikan, dia usap usap kaki dia..
Ha...mesti kena gigitkan?
Kesian budak tu...
p/s: Sila lah berhati hati dan saling ingat mengingati...heeee.....!!!!cauuuuu!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan