For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 8 Mac 2011

Sengal

Lokasi:DP

Waktu:Petang, sikit jam lagi nak balik rumah.

Semalam, Kawasan Pejabat aku tiada elektrik.
Mula mula waktu pagi. Kalau tak silap aku dalam pukul 11:03am.
wah, nasib baik aku hanya busy tapi bukan waktu aku menaip.
Kalau tak, mesti aku menangis secara perlahan sebab ada banyak muka surat aku kena taip.
Tiada tanda tanda tau nak black out.
Bukan sahaja black out kat pejabat, tel pejabat pun tak boleh guna.Lift pun terus stuck.
Syukur tiada siapa yang jadi mangsa kejadian lift stuck kan?
Kebetulan pulak, hanya ada 3 orang termasuk aku je yang tinggal dalam pejabat.
Lain lain staff semua sudah keluar menjalankan tugas masing masing.
Aku text sms pada Orang orang penting dalam Pejabat.
Supaya dorang tahu, yang Pejabat sekarang tiada API & untuk terima panggilan tel.
Lagi kesian, kalau dorang datang, kang kena panjat sebanyak 100 anak tangga.
Daysat tu..aku pergi kira..hahaha.
Sambil berbual bual kosong kat Ruang mesyuarat, sebab kat situ jer cahaya lebih & ada tingkap,
Tup tup..API sudah ada.Yes...meh kita mulakan kerja semula.

Sebelum makan tengahari, aku turun bawah sekejap.
Hah..sekali lagi riuh sebab API mati balik...
waaaaa....gua macam sengal sengal ubi jer..memikirkan masalah kemalasan nak naik tangga.
Lepas tu hidup balik.
Siyes u..semalam main main je API kat kawasan aku tu.
So, selamat dari kurangkan lemak dibadan aku..haizzz...

Dalam pukul 3 setengah petang, aku turun bawah lagi.
Korang jangan tanya kenapa aku turun bawah banyak kali..hahahaha
Dalam kepala aku sangat serabut masa aku turun tu.
Setelah buat apa yang patut, aku naik lift.
Aku memang tekan tingkat pejabat aku.
Sambil memikirkan keserabutan aku tu..
Titiba aku terperasa yang lift tak bergerak lepas tu lampu padam.
Shittttuii!!!!! Aku mangsa stuck dalam lift.
Sikit cahaya pun x der kot...Huaaaa....
Aku gabra semacam kot.FOBIA terus aku.Dah la aku memang fobia lift.
Aku tengah raba raba nak tekan Loceng kecemasan,
Aku tertekan G kot.
Hah..pintu Lift terbuka..

Akakakaa...sibai...aku tak tekan lift naik atas ghupanya..
Rupanya yang aku RASA aku tekan tu tak kena or tak sampai.
Hahahaha..siot jer...aku gelak gelak sorang kat dalam lift.
Nasib baik aku tak tekan loceng kan..
kalau tak...sure mamat bangla tukang sapu tu tolong gelakkan kat aku,
walaupun dia tak faham..hahahaha..
Sebab masa pintu lift terbuka kat G, ternampak muka dia sudah terpacak depan pintu.

Aku tak cerita kat sue pun...
korang diam diam jer tau..ini rahsia!!!
Nanti aku ceritakan, kenapa aku FOBIA dengan lift...
hahahaha...mari sambung gelak..

Moralnya:Masa naik lift jangan fikir yang bukan bukan.

2 ulasan:

attyfir berkata...

betui3x..kalau naik lift jgn pk bukan2 bahaya..kot ada hantu ke..lagi naya..

takut kalau naik lift malam2..

intan morsalin berkata...

heheheh..lwk tol la kisah cik adik kta ni naik lift...kalau akak pon sorm..ttiba yo golap..pastu lift x bgerak lak tu...hehehe
anyway..slm pknalan..kalau sudi jenguk la akak plak yer...polow lg bagut meh...