For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 27 April 2009

TEATER MAHSURI...

Today...aku nak cer pasal 2 week ago..punya program ngan geng GBM..Korang penah tgk teater ark??aku x penah langsung..ciankan..nasib bek la Kak red bermurah hati nak ajak aku n GBM..

Disebabkan aku antara peserta terawal sampai..makanya..aku lepak sensorang kat luar..Aku mcm mimpi jer,sbb aku mmg x pernah terlintas langsung kat hati nak datang sini..Selalunya aku melintas jer kat depan IB ni..Kali ni..aku telah pergi kesana...Pict ni..adalah pintu masuk utama aku rasa..wahhh..main rasa2 pulak ehhh...


LOVE MY GBM ..
Dari kiri.. Miss Yan, KakSid, aku, Kak Red, kak ayu n kakRose ..sebenarnya ada sorang lagik..Ms. Lemb..tapi aku x masukkan pun pict Ms. Lemb...soe..terlupa lah..dah jenjalan kat blog GBM baru nmpk pict Ms. Lemb...


Ni aku dah masak dlm IB..Cantik siot...rasa mcm jakun pulak...

layan pict jer...boleh kan???


BARISAN TENAGA KREATIF/PRODUKSI FAUZIAH NAWI (Pengarah),
IRWAN ISMADI SHAHRIM (Pengarah Artistik),
RAHIMIDIN ZAHARI (Penulis Skrip & Lirik Lagu),
MOHD. YAZID ZAKARIA (Pengarah Muzik), I
RYANDA MULIA IRWADI (Komposer),
JAMALUDDIN MD. NOR (Pengarah Teknikal),
MOHD FIRDAUS MOHAMAD HANIF (PITT HANIF) (Pereka Tata Cahaya)
BARISAN PELAKONVANIDAH IMRAN(Mahsuri), AZHARUDIN RAMLI (ARJA) (Wan Darus), AZMAN MD. HASAN (Deramang),
AZIZAH MAHZAN (Wan Endah),
SABERA SHAIK (Wan Mahura)

Sinopsis:
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi. Dara pingitan Pandak Maya dan Mak Andam. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Darus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal di rumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekermajaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat untuk dijatuhkan hukuman. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum matinya Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggal Langkawi.

**aku sorangggg...jer yang lambat edit pasal teater mahsuri ni...sorry geng..!!!





Tiada ulasan: