For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 13 November 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 2 ( Sea World)


Assalammualaikum..well hello...tiru ayat Namee Roslan lettew..
Ok today nak sambung sikit cerita masa kat GC tempoh hari.
Try jugak menaip story by story sampai muak.
Esok esok mak jemah muak..so...tunggulah cerita lain pulak.
Sambungan Part 1 hari tu...
Lepas jer touch down kat GC airport, terus siap siaga nak pergi Seaworld.
Memang dalam itinerary itu perkara yang first bila sampai.
Lebam uolls..
Last mandi masa kat rumah.
Kat office pun aku lap lap badan dengan air. 
Memula nak jugak mandi..tapi hujan lebat sangat petang tu.
Haaa....sejuk lettew...
Tak sempat nak touch-up segala , terus naik bas.
Kalau tak silap aku, perjalanan dari Airport ke Seaworld mengambil masa setengah jam.lebih kurang.
Walaupun dalam keadaan mengantuk , kitorang semua relax jer layan permandangan kiri kanan sewaktu perjalan nak ke sana.
Owh ya, travel agent yang kitorang lantik tu pun ikut sekali..
Memang dia jer la yang membebel bebel pasal itu ini ..
Aku...? amik port sikit sikit jer.. 
Dasar kan.................???


Lepas bergambar dengan Group company, terus masing masing berpecah.
Aku joint group ngan dorang ni. Dari first masuk sampai ke sudah.
Sebelum menjejakkan kaki ke Aus - GC ni, aku telah menggoogle sebuah blog yang agak power untuk bahan bacaan aku.
Memang terbaik gambar & story mory yang membuatkan korang korang akan rasa turut sama dalam pengembaraan dia.
Aku cuma nak tahu basic simple simple je.
Sebab bukan pergi bag packing..
Ramai juga pembaca Blog Kaki Berangan ni...
Owh..telah melekat kat hati aku..handsome ok penulis dia.hahahaha!!
Bagi aku info yang dia bagi memang bagus dan best.
So, rajin rajin lah review blog dia..


Walaupun cuaca agak sejuk berbanding negara sendiri...tapi sangat perasan ok..
Ice cream pun bedal jugak.
Tapi mat saleh kat sana relax je pakai short lah, hot pants la..sleeveless lah..
Kebetulan masa sampai tu weather dalam 23-21 darjah kot.
Angin pulak sepoi sepoi..
Menambahkan sejuk yang boleh membuatkan bulu roma berdiri..
Yoyo o jer...
Tapi matahari memang mencanak canak cerahnya..
Ice cream ni kawan aku yang baju gray tu yang belanja.
2 scoop tu $5.90 kot.
Best jer rasanya.. try convert tengok..
Ok..lupakan convert convert ni tau masa kat sana..
Nanti jadi macam aku...yang kurang berbelanja..
hahahaha...


Alololo..manje je bapak ikan lumba lumba ni kan?
Besar sangat size ikan ini.


Ikan jerung katogeri jinak pada pendapat aku.
Tak ganas langsung..
Pusing pusing jer keje dia.
Tapi bak kata kawan aku...kalau aku jatuh dalam kolam tu..
Seminggu ikan jerung kenyang..kong hajaq kan?
Uiiii...selisih uolls.
Dalam kolam ni banyak ikan jerung dengan sting ray.
Tak bergaduh pulak tu..
Kan....aku dah cakap depa semua kenyang kenyang belaka..


Walaupun aku tak berkesempatan naik cable car yang sekentut kat sana tu..
Tapi Adik Fiqa telah berjaya naik cable car ini.
Bagus bagus..Adik Fiqa adalah intern yang sangat bertuah sebab dapat joint kitorang berholiday.


Kawan kawan Alili & acu.
Aku lebih suka Patrick.
Sebab Patrick tu selamba tonyok je watak dia.
Kalau cakap pun tak ada perasaan.
Sapalah suara alih bahasa dia tu kan?
Teringin gak nak tengok orangnya..


Show dolphin yang membuatkan crowded gila tempat tu.
Semua orang pun nak tengok show ni.
Aku dapatlah berdiri celah celah mat saleh.
Maklumlah..orang semua jalan laju jer..
Kitorang singgah singgah sana sini dulu..
Kata visitor kan...puiiiiii...


Merchandise or souvenir kat sini semua murah murah.
Tapi..aku selalu asyik ingat convert jer tau..
Heeeeee....harga boleh tahan jugak.
Ada yang murah..ada yang mahal.
So depend lah untuk memilih.
Aku beli fridge magnet jer...2-3 ketul gak.


M&M candies.
Tak beli pun..
Saja cuci cuci mata tengok warna warni..


Ok, pada pendapat aku seaworld ni memang sesuai untuk bawak kanak kanak.
Untuk orang dewasa macam aku ni so so je lah..
Atleast dah pernah sampai pun kan..
Mulanya semua berpakat nak keluar dari seaworld ni dalam pukul 5pm gitu kan..
Tapi disebabkan kitorang semua pun rentong , sangap (mata ngantok) tu yang ajak agent balik awal.
Terus arround 330pm kitorang dah berkumpul area bus untuk menuju ke hotel..

Yeahh sampai je hotel terus semua pun check in.
Dan berehat.
Kitorang duduk di hotel Grand Chancellor Surfers Paradise.
Memang sangat sangat dekat dengan beach uolls.

Ok uolls.. till then.. babai...

xoxo,
Daela..

4 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

huyooo best kan nok free lak tu. ..nk pegix wasap aku nk kirim fm satu...majuk

daela berkata...

@mimy
memang best sangat..alamak nok..mak segan nak wasap2 orang..kau nak ada.. bg aku alamat..nnt aku post kan k..

attyfir berkata...

kty dpt tgk gmbr pun jadiklah daela.

daela berkata...

@kak attyfir
Dulu dulu..dila pun tengok gambar jer kak...huuuu.....