For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 18 November 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 4 ( Movie World )


Well...hello, Assalammualaikum..
Wowiii...tak sabar nak tunggu esoknya sebab next destination is movie world.
Punyalah excited, we olls sebilik lah paling awal turun kat lobby lepas breakfast.
Aku macam biasalah..makan roti putih dengan sapu jem.
Lepas tu makan cornflakes.
Itu jer yang mampu makan uolls.
Lain lain naharom...tak berani nak amik..
Kat Gc air mineral adalah air yang paling best.
Aku layan air masak je.
Siap masak air dalam bilik then biarkan sejuk.
Kat sana air mineral mahal uolls.


Arround 10am kitorang dah terpacak depan MovieWorld.
Korang tengok sajalah depan gate tu..
Dah penuh dengan mat saleh mat saleh
Dorang pun first time agaknya..
Hahaha..sebut pasal first time, ada sorang budak baru mangsa buli kitorang asyik cakap yang dia ni segala galanya first time.
Yang kitorang ni hapa?
Second or third time ke sampai sini dek oiii...sedihh!!
Tapi yang bagusnya dia ni tahan maki.
Lepas tu layan jer geng geng mulut longkang.


Sebenarnyakan, dalam blog Kaki Berangan lagi aku dah tahu bahawa langit kat aussie ni biru 
Di situ aku terus menantikan kemunculan langit biru itu..
Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Mu Ya Allah.
Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang aku merasai nikmat Mu ini..
Bila aku snap jer gambar langit cerah dan biru.
Kebetulan pagi tu, awan langsung tak kelihatan..
Cuaca pulak masa tu dingin dan berangin.
Tetapi matahari tetap terpacak bila jam menunjukkan pukul 12pm..


Again...opppsss...ni semua staff yang berpeluang bercuti bersama..
Semuanya 23 orang.
Tetapi Kakak Kay membawa anak manjanya..
Untonglah...mama bercuti bawa anak sekali.
Yazin di bayar sepenuhnya oleh Kakak Kay.
Staff Sarawak memang jarang jarang sekali turun Ke HQ.
Semua urusan hanya dilakukan di sana.
3 tahun lalu aku hanya berkenalan dengan Rohayah & Kak Kay.
Masa tu pun kebetulan bercuti di USS Singapore.
Fatimah pula sedang cuti bersalin.
Tahun ni, Fatimah pun joint sekali.
Rupanya dia sangat peramah orangnya.
Selalu aku ngan dia borak borak pasal kerja melalui panggilan jer kan.
Bila dah berjumpa, bertentang mata..
Boleh lepak mamak sekali..oppss... bukan mamak..kedai kebab uolls..


 jejaka idaman kanak kanak..


Ini semua geng geng mafia kitorang.
Ini geng berani main roller coaster punya.
Hahaha...aku terkecuali ngan abang Asri.
Jadi tukang jaga barang pun boleh joint this gang.
Puiiii...
Tengoklah tukan..berjemur tengah hari remang pun steady je kot.
Try kat sini tengok.
Keluar lunch tapau pun rasa nak pitam sebab panas.
Macam biasalah en.rizal lah paling havoc main game kat sana.
Semua dia try ok.


Ini roller coaster yang paling seram aku nak naik.
Memang tak naik lah pon.
Aku seriau tengok belit belit tiang ni.
Huiii..lemah jantung mak incik.
Btw, korang percaya tak kalau aku cakap space shoot kat Genting Highland lagi dasyat henjutannya?
Sapa sapa yang pernah naik itu kat genting wa respect lu orang..
Kat movie world ni tak mencabar macam kat tempat kita.
Sekali dia henjut, jantung tertinggal kat atas..yang ada badan jer kat bawah kan kan?
Kat sana..entah..macam biasa biasa jer aku rasa.
Sebab aku adalah peminat space shoot genting..
So, semua game kat movie world ni nampak macam mencabar..
Tapi agak perlahan pergerakkannya..
Tak percaya?
Sila cuba sendiri...


Kat green latern ni pun aku try jugak.
Memang ada aksi aksi terbalik terbalik lah jugak.
But..seperti yang aku tulis tadi..
Main kat Berjaya Times Square lagi seram.
Ha...macam tulah yang boleh aku gambarkan..


Gang gang kak pah 
Inilah gang gang yang merayau bersama.
Lain lain kak pah tak jumpa.
Sebab tempat ni agak besar.
Ermm...boleh digambarkan macam uss singapore.
So, nak jumpa kelibat kawan kawan lain memang susah..
Ahahaha..kann??


Di sebabkan inilah aku injured sampailah sekarang ni.
Hebat betul hadiah dari GC ni tau..
Lompat punya pasal tergeliat terus..
Nasib tak berapa nak baik masa tu.
Mak kan gems uolls.
Ada hati nak melompat kan?
Haa...dah tergeliat..padan muka kau..
Tapi still boleh jalan.
Thanks kawan kawan sebab terus bagi pertolongan.
Lebiu lah korang..hehehe..


Ini lompatan pertama.
Disebabkan mak lia kelihatan suku badannya..so next pict katanya..
Haaa...amik kau..tergeliat lepas tu.
Aku call abam bagi tau yang aku injured.
Terus member risau.
Aku still boleh jalan la...
Makan pun boleh apa..so tak payah nak risau sangat..
Owh ya..kat sini juga korang boleh beli sim card aussie.
Dengan harga $30. So boleh call 240minit ke mana mana yang korang suka.
Aku tak beli pun.
Sebab kawan kawan aku yang lain dah beli.
Kau ingat dorang boleh habiskan masa 240 minit dalam 3-4 hari?
No...tak boleh.
Sebab dorang bukan call awek.
Call isteri & suami. Cakap 5-6 minit sudah..
So better share share sudah..


Macam comel jer..macam cantik jer..
Hahaha...poyo ah..


Wild west falls ni ada water fall.
Tapi tak kuasalah nak balik dengan keadaan basah kuyup.
Sebab aku tengok ramai yang basah kuyup lepas tu.
Kitorang lepak kat area ni sekejap jer.
Sambil aku tumpang kat sue wechat video call sibling aku.
Nak buat video call kat abam tak boleh.
Iphone abam masuk hospital.
Nak guna facetime kat ipad, wifi kat rumah pulak buat hal.
Huaaaaa.....rindu sangat aku kat Abam masa tu.


Masa ni semua pun sudah kelaparan.
Kitorang tunggu time lunch berhampiran area ni.
Chinese food kata  Agent kitorang.
So, ambil masa sekejap dan rehat kat sini.
Yang pakai baju Batman tu lah mamat first time.
Melekat panggilan tu sampai ke sini.
Haaa....baru kau tau bahana jenjalan dengan otai otai..
Puiiii...


Dari kiri: Rohaya, Yazin & Kakak Kay.
Semua tempant dia borong sakan tau...best..best..


Lepas tunggu punya tunggu...Agent panggil..
Jom kita soru..
Semua makanan pun buffet.
So makan banyak banyak.
Aku makan nasi goreng ngan ikan fillet goreng.
Lain lain ambil apa tah aku rasa sikit sikit jer.
Kat dalam ni kalau tak silap aku air mineral sebotol $3-4
Mahal kan?
Then, dalam tempat kitorang makan tu disediakan air sky juice jer.
Terus masing masing isi air kosong.
Bukan apa...air kat sana semua jual pun air gas.
Aku dan kawan kawan bilik mana suka sangat minum air gas.
Ada gak yang lain lain beli air gas.


Ok, till then..
Nanti update kat Beach & Paradise Farm pulak..

**Yang comel comel tu lah Adik Fiqa. untonglaaaa.....(baju putih seteng itu)

Assalammualaikum...

xoxo,
Daela.

3 ulasan:

attyfir berkata...

kty last naik binatang roller coster ni masa g uss may aritu..

rasanya taknak dah naik lepas ni .kekeke.

Mimy Hamid berkata...

suka ria sakan ko kan...mak layan pic ko..ok next

daela berkata...

@kak atty
hahaha..nanti sampai satu masa dila pun mesti tak berani nak naik lagi...kat Escape tu pun tak berani..

@mimy
hahahaha...ok next pls.. lambat nau tukang tulis blog ni..pemalas nok...!!