For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 15 November 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 3 (Walking night at Surfers Paradise)

Haii.uolls...Assalammualaiku..
Aku nak skip cerita pasal dinner kat Tandoori pada malam first ni.
So..terus sambung entry jalan jalan sekitar Surfers Paradise je lah.
Tapi sebelum tu, balik dari dinner kan..
Group kitorang singgah kat satu kedai Asean ni.
Jual souvenir gitu..
Jadinya..perempuan perempuan sakan bershopping.
Aku malam pertama  terjebak beli baju anak buah.
Rakan sekerja yang di terbangkan dari jauh Miri pun turut serta.
Kakak Kay ni lah paling havoc berbelanja.
Cayalah...
Walaupun dia tak ada dalam gambar.
Fyi, company aku ada 2 branch lagi.
Satu kat Miri & satu lagi kat Paka.
Semua staff Miri tahun ini In.
Paka je tak nak joint. Malu katanya..


Semua barang pun tak dapat menarik perhatian aku untuk diri sendiri.
Aku lebih enjoy tengok gelagat kawan kawan shopping sakan.
Aku pose jer lebih tu..


Ha...jangan tengok lelama gambar suami orang ni.
Cuba close up aku kat belakang tu kan..?
Aku dengan sue tengah menge- pow En. Khaizir.
Suruh belikan babun babun koala Aussie yang comel comel itu.
Sebab 3 pkt $5.
Tu yang pilih sorang satu pack tu..
Dia pun layan jer lah aku ngan sue pow dia.
Sapa suruh kan? Sapa suruh tanya nak ke ? nak ke?
Lepas tu sue lah jadi mangsa mengangkut babun tu balik bilik.


Lepas window shopping untuk diri aku & kawan kawan
Terus balik bilik salin baju.
Pakai sweater.
Sejuk sangat. Abang Asri tu sebenarnya sejuk gak..
Tapi terlupa bawak baju sejuk turun katanya..
Pastu malas nak naik balik..


Kitorang jalan jalan cuci mata..
Masa ni baru pukul 7-8pm waktu sana.
Happening uolls.
Sabtu malam minggu pulak
Kebetulan masa tu ada party Halloween.
Sana sini jumpa hantu.
Ganas ganas hantunya...puii..
Clubbing kat area Surfers Paradise ni bersepah.
Yang penting makanan halal senang nak jumpa.
Macam kebab jer lah kot senang nak nampak.
Hungry Jack's ni non halal uolls..


Geng sebilik
Cerita pasal geng sebilik ni kan..
Ada ke patut geng kitorang terpisah dari group yang lain.
Floor lain pulak tu.
Dah malam malam buta bunyi perkara perkara pelik telah berlaku.
Hah..ingat lain lettew..??
Kisah misteriii....haha


Motif amik gambar jalan kena pagar?
Owh ya..Sapa sapa yang datang dalam bulan ni or bulan hadapan
Korang tak sempatlah merasa naik tram.
Aku pun tak dapat naik ok...sedih!!!
Dorang sekarang tengah dalam usaha menaik taraf pengangkutan di sekitar Surfers Paradise tu.


Haaa...bapppaaaaaaaaakkkk panjang kereta tu kan.
Jakun iolls.. Dalam kereta tu siap ada macam clubbing bergerak.
Terkinja kinja orang orang dalam kereta tu..


Taraaaaaa...ini baru separuh staff company aku.
Ahli ahli yang lain mungkin sedang merekod ubi sebab keletihan
Ada yang korang kenal tak?
Sekejap jer lepak lepak kat situ..
Sebab masing masing ada itinerary sendiri.
Aku masa tu dok asyik ingat bantal jer uolls.
Ohya, kat sana aku still boleh ber sms dengan Abam.
Tapi setiap satu sms kena charge singgit duit sini.
Tak kuasa aku nak roaming segala..
Sehari kalau Maxis charge rm33. Lebam uollss..

Sebernarnya banyak aktiviti malam yang boleh korang buat.
Main bowling, lepak tepi beach.
Tengok artis jalanan dorang.
Ada magic show.
Nanti waktu senang lenggang aku bubuh gambar yer..
ok till then..

** Kat mana mana tempat Aussie/GC ni kan..dorang ya amat kedekut pahit nak bagi guna wifi. Pelik jerkan? Kedai terang terang tulis ada wifi-free. Tapi kena charge uolls. Kau lepak Ben & Jerry's ke, Mc D ke, Hungry Jack ke, Ziraff cafe ke...semua pahit nak bagi password wifi. Kejadah betul. Kalau kat Malaysia, kat stabak jer cukupla aku tengok...bersepah dorang nak guna wifi free. Owhhh syukurlah Malaysia masih tak kedekut..

xoxo,
Daela

5 ulasan:

attyfir berkata...

owh diaorg kedekut waifai ye..
alhamdulillah negara kita bersepah waifi free..kedai mamak cthnya :)

daela berkata...

@kak atty
- Iya...kedekut pahit. best lagi kat sini..wifi pun mana mana boleh excesskan....

Mimy Hamid berkata...

adik aku gi aussie co trip gak dia beli baju tshirt kuning tu la..trademark

fendifid berkata...

Memang kedekut sangat free wifi kat sana. Nak senang beli sim kad 2 dollar pastu top up 2 dollar sehari unlimited data plan. Boleh beli kat 7 eleven kat sana tu.

daela berkata...

@mimy
-aku x beli hapa pun untuk diri sendiri..

@fendifid
-Itulah...last2 kawan kawan on roaming data dan boleh share wifi sesama... tapi ada sy makan kat satu kedai ni jer yang x kedekut bg wifi..nnt sy update nama kedai tu..