For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 8 November 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 1


Assalammualaikum...hello..

Lama gila aku menyepi kan?
Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebenarnya.
Ok, aku selalu berdoa agar satu hari nanti Aku & Abam dan seluruh keluarga yang lain,
Dapat menjejakkan kaki dan beribadah di Bumi Makkah Al- Mukaramah..
Ini impian aku sejak aku kanak kanak lagi..
Namun, masih belum lagi di izinkan...

Namun, impian untuk ke Australia, tak pernah aku mimpikan.
Tak pernah terlintas dihati yang aku & rakan rakan sepejabat akan bercuti kesana sepanjang 5 hari.
Pada mulanya, percutian yang di taja sepenuhnya oleh syarikat aku bekerja hanyalan ke Hong Kong Disneyland.
Gila kau tak melompat kegembiraan ketika itu?
Terus masing masing gembira.
Hati berbunga bunga macam kumbang sedang menghisap madu gitu kan..

Sebulan selepas Big Boss aku buat approval, travel agent call bagi tahu yang Disneyland HK ada event besar same date kitorang nak pergi masa itu.
Makanya...segala harga harga penginapan, tambang & macam macam lagi telah bertambah.
Dan confirm confirm manusia manusia akan beramai ramai disana..
Adoiyai...potong betullah.
Titiba ada ura ura yang kitorang akan bertukar vanue yang lebih jauh & best.
Sydney & Gold Coast.
Since Big Boss aku yang sememangnya kerap ulang alik KL- Melbourne dulu dulu
Jadinya dia bagi tahu yang kat Sydney tu hanya Hutan Bandar sahaja.
Tak ada yang menarik untuk game seperti Gold Coast.
Ke...Sebenarnya Big Boss aku nak naik roller coaster kat GC ea?
So....Ke Gold Coast lah kita...
Hureyyyyyyy.....
Aku jerit jerit dalam hati jer.
Semua rakan rakan pun gembira gak sebenarnya.

Selalunya dan tidak pernah lagi company aku pergi sendirian.
Namun tahun ini, staff kena tinggal anak pinak suami isteri.
Setiap kali pergi bercuti, Big Boss tak pernah lupa untuk membawa keluarga pekerjanya.
Tapi, kali ini..kami semua pergi sendirian.
Boleh nak bawa spouse or child.
Tapi own cost gitu..
Kalau aku kaya...aku dah bawak Abam uolls.
Kesian dia tinggal sensorang.
Aku pun kesian kat diri aku.
Orang lain happy happy otw nak pergi bercuti..
Aku teroyakk...!!
Setiap kali aku call Abam sebelum nak berlepas..
Air mata meleleh..hahaha..
Puiii...Abam suruh aku balik naik teksi balik rumah uolls.
Kakakaka...


Arround 5 pm ada bus datang ambil kitorang dibawah office.
Macam biasalah, kitorang kerja dulu pada hari jumaat tu.
Dalam perjalanan nak ke LCCT tu jem teruk ya amat.
Kebetulan pulak hujan renyai renyai seperti hati aku..kakaka..
Aku sedih sangat.
Try buat happy. Namun hati tak boleh menipu...arggghhhh...


Flight malam tu straight from KL to GC.
842pm, last call for my Abam.
Aku akan rindu dia sepanjang 5 hari.
Masa aku call dia tengah masak.
Comel...
Now he can cook.
Sotong goreng bertepung, telur mata & yang paling gempak dia masak nasi.
How sweet...
Tapi semua bahan aku dah sediakan.
Siap potong potong semua.
Tak pelah...sedang belajar katanya..

2nov- Jam menunjukkan 326am.
Sejuk sangat. Menggigil kesejukkan.
Masih dalam flight.
8 jam 50 minit katanya.
Sakit pungkoq. Aku tido pun sekejap sekejap je.
Baru nak terlelap capt. kapal buat announce yang lagi 2 jam sampai.
Huaaaaa....ingatkan 20 minit lagi.

Tak perlah nak sangat jalan jauh jauh kan?
Tapi..bila aku tengok keadaan sekeliling,
cahaya subuh / pagi dah kelihatan..
Yeye..nak sampai dah..
hekssss....


Adeh...setelah berjam jam dalam kapal terbang..
Nasib baik tak mabuk kapal uolls.
Aku ni dah la perangai pelik pelik.
2 kali aku pergi toilet dalam kapal terbang.
Kali pertama tak keluar air kencing uolls.
Aku selalu kalau pergi Indon ke, langkawi ke...memang tak la nak kencing kencing ni.
Sebab setakat sejam dua aku boleh tahan lagi kan..?

Sampai Airport GC terus cari tandas.
Paling best tandas tak der hos pipe.
Hahahaha...rasa nak nangis pun ada.


Selesai segala urusan kastam semua,
kitorang lepak lepak depan Airport.
Sejuk sangat. cahaya terang benderang.
Padahal baru pukul 7pagi waktu sana.
Australia waktunya cepat dua jam dari Malaysia.
Jadi, aku hanya ubah jam tangan sahaja.
Henpon aku buat manual sebab nak tahu waktu Malaysia.
Kang...abam sentap aku call or chat dengan dia time tido..

Lepas semua dah sedia untuk berangkat, destinasi pertama adalah ke Seaworld.
Itu semua aku tengah resize gambar.
Jadi..akan ambil masa untuk menulis, nak resize, nak edit & sebagainya.
Harap semuanya bersabar..
Ok,

Sampai jumpa lagi..

XOXO,

DAELA

7 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

best nok aussie gitu

Puan Ida berkata...

besnye dapat gi becuti ye
salam perkenaland ari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 138

daela berkata...

@mimy
kan...best sangat..tapi sedih lah nok..Abam x ikut...sobsobsob..

@Puan Ida,
Thanks sudi melawat blog suam suam kuku saya..Salam perkenalan juga buat Puan Ida.

Chekgu Azrine berkata...

Wahh..beruntung ada comp trip camni ek

daela berkata...

@chekgu azrine
beruntung sangat...hehehe..

attyfir berkata...

beshnya daela
org kata rezeki jgn ditolak kan ..

inshallah satu hari nanti pasti daela akn smpi ke mekah nanti.amen

daela berkata...

@kak attyifr,
itula...rezeki jangan ditolak..yer dak? in Shaa Allah.. satu hari nanti..amennn..