For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 26 Januari 2012

Rindu Alili tahap kronik.....

 Haii...Assalammualaikum..
Sorry, lama menghilangkan diri. And again..belum tentu aku akan kerap hapdate selalu macam dulu dulu.
Kalau kerap tu, kira angin pus pus datang lah kan..
Kan...dah lama aku tak tepek muka Alili dalam blog.
Alili dah besar. Alili dah 6 tahun.
Alili dah tak manja macam dia kecik kecik dulu.
Itu yang buat aku sedih sikit tu..
Tapi, kalau sekali sekala aku datang...Amboi..tak nak lekang dengan aku.
Asyik mengulit (mengendeng) je.
Pantang lah aku bergerak. laju jer nak ikut.
Walaupun Alili dah besar, tapi Alili masih kurus kering macam ikan kering.
Mak aku cakap, Alili kuat makan.
Tapi...belum masanya nak menembun..mungkin esok lusa..hahaha.
Kebetulan Abam menoreh shift malam tempoh hari,
Jadi...aku ambil peluang nak tidur bawah ketiak mak aku pulak..
Padahal pengecut..kahkahkah
Sampai sampai rumah mak, tengok Alili tengah kusyuk menulis homework.
Teacher nya pulak "Nenek" aka Mak kesayangan dunia akhirat aku tu.
Osem korang...mak aku mengajar cucu buat homework.
Paling tak tahan tu, siap ada rotan kat tangan mak aku..
Kahkahkah...Anyah dulu pun "nenek" tak mengajar ada rotan ok..
See...bukan main liat nau nak membuat homework.
Abang aku yang suruh nenek buat macam gitu.
Sebab Alili asyik menakal nak main main & main.
Lepas tu, homework tak buat langsung yang teacher kasi bebel Abang aku.

Dulu, Cikgu kat rumah adalah Adik bongsu aku .
Disebabkan Adik aku nak menikah jugak tak lama lagi..
Haruslah mengumpul duit & bekerja keras.hahaha...
Adik aku tu garang tahap Max.
Aku tengok pun geram jer kalau dia mengajar Alili & Acu.
Menagis lah...budak berdua tu.
Dah la menangis, sambil menulis.
Tahap kejamlah namanya tu kan?
Tapi...Ada baiknya...lepas jer solat mahgrib, laju jer dorang buka bag sekolah dan bagi tau ada homework atau tidak.
Kalau ada...kena siapkan depan Adik aku tu.
Kalau tak der, kena baca buku.Pun depan adik aku juga.
Ha..garang kan..
Tapi time belajar jer adik aku tu garang...
Cuba time melawak...ok jer..

Baru baru ni mak aku ada cakap..
Nanti bila Alili masuk sekolah darjah 1,
Maybe Abang aku pindah ke tempat baru..
Terus aku sedih.
Aku tanya Alili...kenapa Alili nak pindah tinggalkan anyah?
Alili cakap..nanti Anyah datang lah tengok Alili...
Ok. Aku malas nak terus kan dialog ni.
Nanti aku nangis....takmau....

Ok Babai semua.

1 ulasan:

en_me berkata...

sweet nyerr.. uhhuu