For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 5 Januari 2012

::Abam berperang mulut dengan Pengkid malam tadi..::

Assalammualaikum...

Selamat Sejahtera...
Aku kan...nak ketawa berdekah dekah kalau boleh.
Sejak malam tadi aku asyik senyum sensorang.
Nak harap Abam senyum...memang lah tak.
Abam cakap aku sewel sebab senyum sendiri..
Ok...minggu ni Abam menoreh waktu petang.
Lewat malam kang baru balik.
Lepas aku balik kerja..., aku singgah kedai beli bahan bahan untuk dimasak.
Then balik rumah..masak.
Siap siap masak..baru membasuh kain.
Disebabkan aku gemuk..Abam cakap tak payah beli mesin basuh.
Senang nak menyental kain..kasi semua tubuh badan berfungsi.
Nak suruh bersenam malas kan..See...panjang abam membebel.
Tapi..bila bab bab sidai kain..memang kerja Abam.
Dia cakap aku sidai kain tak cantik.tak kemas.
Huuiiii....tensi jugak masa mula mula kahwin dulu.
Semua dia komplen..kecik hati aku tau..kecik sesangat...aku sentap sekejap dengan Abam.

Adalah dalam sebulan tu sekali 2 aku sidai kain.
Lepas tu...tak sampai 10 minit aku sidai..Abam dah ubah balik..
Aku kenallah cara aku sidai dengan dia sidai..sob sob sob..
Now..aku memang aku tak pernah sidai kain...
Best kan...hahaha..



Image from En. Google TQVM

Malam tadi..Abam macam biasa, akan sidai baju selepas sampai rumah.
Aku pulak over rajin goreng kan sayur malam malam buta..
Titiba aku dengar suara perempuan yang garau maybe baru lepas smoking membebel.
Antara ayat yang aku dengar..
"Hoi...perah lah baju tu...orang lain pun nak sidai kain jugak...pan*** betul lah...."
Pekik suara dari bawah rumah aku..
Itu mesti suara pengkid tu.
Abam terus menjawap..aiseh...
"Jangan sampai aku curah clorok pulak pasni...lain kali pasanglah owning...."
Kan...
Aku macam terkejut jugak...dengar abam menjawap.
Aku ketawa jer sepanjang menggoreng sayur malam tadi.

Ok, lumrahlah yer anak anak..kalau duduk rumah flat macam gini.
Nak nak pulak...orang kat atas rumah korang tak beli mesin basuh.
Paling keji bila rumah orang bawah tak pakai owning.
Abam pun bukan sengaja nak sidai kain tanpa tengok tengok bawah.
Rumah kat bawah tu...rumah perempuan bujang.
Tapi ada Pengkid.Lantak pianglahkan...
Bila Abam jengah jengah kat bawah kang...aku mesti nak cakap dia mengurat.
Jadi...dia terus jer sidai kain.
Memang selama ni pun membasuh kain tak pakai mesin basuh.
Logik ke tak logik yang Pengkid tu nak menjerit jerit?
Lain lah...selama ni guna mesin basuh..titiba mesin basuh rosak kan?
Ini...hari  hari aku membasuh kain...Aku jenis tak suka longgok kain baju sebab "memang tak suka"
Dah sasah hari hari air basuhan akan menitis kebawah...
Jangan kata Abam tak perah kain kitorang tu tau..
Aku awal awal lagi dah pastikan hanya sikit air yang tinggal.
Takkan Abam tak der akal nak perah dalam baldi kan...
Adoiyaii....

Abam cakap mungkin Pengkid tu Period malam tadi.
Tu sebab titiba mencarut bagai malam tadi.
Aku sambung ketawa masa teman Abam makan.
Titiba dia cakap lagi..
"Jangan sampai esok Abam curah dengan air panas pulak kat bawah tu.."
Aik....

**Pasal air menitis pun nak marah..siap maki hamun lagi..Aku duduk berdua jer..2 helai sepende, sepasang stokin, Sepasang baju kurung, 1 baju abam dengan seluar menoreh 1.
Fikir fikir kan...dan selamat beramal.eh

1 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

eh sikit nya baju korang...baju aku n megat banyak hihih sebab kepam setiap 3 hari....bab sidai mmg tak la laki aku kan..mendobi apatah lagi..