For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 6 Januari 2012

Aku pun kadang kadang tersasar jugak...

Haiii...Assalammualaikum..

Apa cerita korang hari ini ea?
Aku..?Macam biasa, bukan ada cerita yang hot kot.
Selalu cerita cerita yang aku selalu peram peram dan kemudian baru publish.
Bukan apa, kadang kadang baru aku lepak rumah mak aku.
Nak type entry pakai henpon garu owh tidak galak macam dulu.
Sumpah kecik, sakit mata aku menaip sesatu.
Kadang kadang tu, typo error yang selalu berlaku tu, korang kena abaikan.
Tapi...kalau dah selalu sangat typo error tu, naik menyampah pulakkan..?
M.A.C.A.M orang tak reti menulis atau mengeja.
Aku juga mengakui bahawa tulisan aku dalam blog memang teruk.
Aku terus terbayang, bertapa selamatnya pengunaan Bahasa Melayu ketika aku SPM or UPSR dahulu.
Selamat atau tidak, aku masih Credit untuk semua Bahasa Melayu or Bahasa Malaysia.
eh!!Itu cerita dulu...era 90-an.

Baru baru ini aku ada bersembang dengan kawan lama aku.
Kitorang sebaya, tapi jodoh dia lebih awal.
Jadi, anaknya sudah darjah 4 & 5.
Tengah galak berborak, dia tercerita pasal masalah anak anaknya.
Kalau nak ikutkan perangai emaknya,
Memang aku pun tak boleh nak kata apa.
Maknya nakal.
Jadi, kalau anak nakal...memang " karma" aku menyakatnya.
Walaupun maknya nakal, tapi emaknya pandai.
Bukanlah UPSR dapat 3A 1B but 4A sekali gus.
Time SPM pulak sapu habis credit.
Tapi sayang, dia gedik nak kahwin cepat. kah kah kah.
Kawan aku bercerita.
Kedua dua anaknya ada hand phone masing masing.
See...bertuah kan budak budak sekarang.
Zaman aku dulu, hah...jenuhlah nak telephone mak bapak aku, kena dayung basikal pergi ke public phone.
Kena yang rosak, kena dayung basikal hujung jalan...jauh tu weii..
Anaknya sorang lelaki & sorang lagi perempuan.
Jadi, anak kawan aku ni sangat suka ber"sms" dengan kawan kawan mereka.
Nak dijadikan cerita kot,
kawan aku ni titiba sengal nak check buku BM karangan anak anak nya.

Terus tergamam kawan aku tu.
Anak anak nya menggunakan bahasa SMS untuk karangan Bahasa Melayu.
Penuhlah muka surat dengan contengan dari cikgu kata kawan aku.
Korang bayangkan kalau karangan itu macam ini

" Pd satew hari , sy b'sama kwn sy telah pergi melepak di pasaraya.
Kami smpi setelah lm menunggu bas di bas station. &then, kami terus pergi mkn.
Setelah kami mkn titibe t'serempak dengan kwn hami jugak.wahhh...terus sungguh hepy giler."

Contoh lain:

Apew, itew,pls , nak g ner, wak da mkn?,lebiu(ni kadang kadang aku juga gunakan.)

adoi...lebih kurang gitulah kawan aku bercerita.
Aku yang rock ni pun tak reti nak tulis gitu kan..?
Nak menaip pun macam eh...annoying sangat aku rasa.
Bergenang air mata kawan aku ketika menceritakan kepada aku.
Sebagai kawan, aku hanya mampu berkongsi pandangan.
Pantauan dari ibu bapa lebih penting.
Bukan semata mata serahkan pada guru.
Aku cakap kau kena bersyukur sebab tergerak hati nak check buku sekolah anak anak kau.
Kalau langsung tak pernah tengok?
Kalau langsung tak pernah nak tanya..?
Tentu kau tak pernah tahu kan?
Baru baru ni aku ada call bertanya masalah ini pada dia..
Apa tindakkan susulan yang dia telah lakukan?

Kawan aku cakap, dia telah ambil semula hand phone yang telah dia berikan.
Dia berjanji akan memberikan anak anak nya time cuti sekolah atau weekends.
Perubahan yang dinanti kan masih belum berhasil jelas kawan aku.
Sebab kini, fenomena FB juga melanda.
Ramai kanak kanak menghabiskan masa dengan kewujudan fb.(ini aku ada terbaca di news paper)
OMG...terus aku juga tergamam.
JIKA ANAK KAU TERUS DIBUAI ARUS KEMORDENAN MASA, BUKAN ANAK KAU SAHAJA YANG ROSAK TATABAHASA NYA.
ANAK ORANG LAIN JUGA..Mungkin anak aku juga satu hari nanti...

**Jadi, rajin rajin melihat buku anak anak yer...:)

Sent from iPad

1 ulasan:

atty's berkata...

itulah..kdg kty selalu bising , kalau anak2 terlalu shortform sgt tulis sms.
bukan apa, takut terbawak2