For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 17 Februari 2011

Mari Masuk Ke Dapur Aku..

Assalamualaikum..kawan kawan blogger.
Maaf la, blog aku sudah mula bersawang sawang lately nikan?
Sebab utamanya crazy lazy.
Tak siapa boleh nafikan.
Ok ok, tak mahu aku citer panjang lebar pasal itu.
Mari kita layan lauk lauk yang aku masak ni lagi best.
Sambil telan air liur, sambil teringat ingat waktu kejadian ketika makan.
Menu utama Sambal udang masak petai.
Sayam peberet dia Petai & Udang.
Hari hari makan udang masak petai pun tak per kot aku rasa.
Aku, tak suka makan petai.
tapi, bila daah try..hermm..rasa macam best pulak.
Sayam hanya nak makan petai bila aku beli petai yang belum kopek.
Maknya nya..dia suruh aku yang kopek la tu..
Ish..tak la, Sayam kata tak sedap.rasa petai tak semantap petai yang kita kopek sendiri.
Aku memang tak tau..sebab aku bukan pemakan petai
Betul ea?
Kalau ada menu utama bila aku hidangkan,
Sayam cukup suka bila ada sayur sekali.
Ha..kalau yang ini, memang confirm gemok kalau selalu masak.
coz masak lemak puti cendawan bersama udang kering.
Korang penah cuba masak macam ni tak?
Idea ni aku dapat ketika aku pergi makan kat Kedai Minang.
Aku agak terkejut gak..bila cendawan boleh masak macam gitu.
tapi , aku macam biasa.
Suka derhaka pada lauk asal yang pernah aku makan.
Before ni, aku makan semata mata cendawan & ada hirisan bawang.
Aku ubah..letak segenggam udang kering tapi korang kena rendam dulu tau,
lepas tu aku masukkan
serbuk lada putih.
mak aku cakap, takut angin.aku pun taruk jer la.
See, aku ni memang seorang yang tak reti masak.
Tapi aku selalu mencuba..kakaka
Aku masak lemak cili padi ketam.
Aku bukan suka sangat dengan seafood.
Disebabkan Sayam suka, aku masak.
Ini pun aku ubah resepi mak.
Aku beli dua ketul tauhu, aku potong enam, lepas tu aku masukkan sekali.
Jadi, Sayam boleh makan semua ketam, aku boleh makan semua tauhu.
Kan kreatif macam tu.
Sayam lah tukang ketuk ketukan untuk dapatkan isi ketam then bagi kat aku.
Manja?Ish ish..bukan manja.Aku lebih rela makan tauhu dari kopek isi ketam.
Keji kan?
 Vavava...seisi minum petang pulak.
Popiah cik kiah.
Gila betul, sesuka hati jer guna nama orang.
Ini popia aku buat sendiri.
Aku lebih suka beli kulit popia kat pasar PJ Jalan Othman.
Aku tak suka beli kat supermarket tu.Tak sedap.
Inti popia macam biasa la, senkuang & carrot.
Lepas tu cincang bawang putih & beberapa ekor udang basah.
Lepas tu tumis.Tapi korang jangan sesekali masukkan air dalam tumisan tadi.
Karang, jenuh pulak kena tapis untuk asingkan kuah yang tak diperlukan.
lepas siap bahan bahan inti, barulah boleh gulung then...goreng.
Nom..nom..nom...sedap!!! hahahahaha
perasan la..kata sedap  kat food buatan sendiri...
Hahaha.Petai..Sayam punya.
Ulam Raja..aku punya.
Ok, aku memang suka betul pucuk ulam raja ni.
Tiap kali pergi pasar, mesti aku beli.
Sekarang ni dah kira jadi bahan pembuka selera aku nak makan.
Walaupon hari hari ai selera makan you..
1st time aku makan sewaktu lunch dengan kak watie.
Dia ni..mak haii..pengamal makanan ulam ulaman.
Hari hari tak pernah tinggal ulaman dalam menu nasi yang dia tapau.
Tabik spring la aku kat dia.
Badan still maintain yer.
Anak sudah 5 orang.Tu yang aku titiba juga suka kat ulam raja ni.
konon konon feeling nak jadi macam dia la..
Hahaha.
Ok, mari aku tamatkan cerita ini sekarang.
Aku dah mengantuk da ni..
esok pagi pagi kena bangun nak pergi kerja.
Babai semua..

P/S: lepas ni..bila pulak aku nak updates kan....sabar jer la ea...

6 ulasan:

Ibu Double Q berkata...

udang petsi???

harusssss postkan kt mak buyung semangkuk jeluk..

9 org anak cik jemah mmg antu petai..

tak syak lagi...

pasni akk try masak sambal petai ngan kulit2 campur ikan bilis pulak.. perghh... rasenyer en sayam tu pon suke gak mcm tu..

Unknown berkata...

Bessnyer tengok lauk pauk tu yummy

applemintlady berkata...

mak ai!
terliur!
ni nk mkn bpe org pya??

lily lotus berkata...

memang terbaiklah :)

Wanita Bertudung Hijau berkata...

fav sy udg petai :-)

Faz Fazrin berkata...

peh, masakkan semua sedap2.