As Salam kawan kawan.
Akhirnya, blog aku bernyawa kembali.
Hahaha..Sila lempang kuat kuat!!
Adoiyai, Selepas pulang dari bercuti nikan, mood aku ting tong je.
Maklumlah, pembawakan yang malas.
Ok, mari kita cerita pasal holiday yang lepas.
Korang penah sampai Hot Spring Kelah tak?
Jakun tak jakun..aku baru jer jejak kan kaki kat sinun.
Hahaha.Ketawa jakun sekejap.
Semuanya unplanned.
Sayam ajak pergi jalan jalan ushar kampung sebelah menyebelah.
Sekali TER sampai ke sana pulak.
Nasib kain baju masih dalam kubik.
So, sapa yang dah sampai sana..harus teruja nak swim kat air suam kat sana.
Sapa sapa yang nak pergi sana, silalah bawak baju sepatutnya.
Jangan jadi macam aku:(
Fees nya Per entry adalah Adult RM10.
Kanak kanak RM8
Warga Emas RM7
OKU RM2. ha..murah kan?
Korang boleh pilih kat mana pool korang nak berendam.
Sebenarnya, aku ada banyak gambar.
Tapi..bila nak upload dan dan ni juga bateri habis.
So..kita bawak kuar gambar yang sempat aje la ea..
Sebelum aku & sayam otw balik kampung , aku ada cakap..teringin nak pergi Hot Spring.
Aku mati mati ingat Sayam pura pura tak dengar.
Jadi..Aku abaikan jer lah niat dihati.
So, bila dah sampai kampung Sayam, dia ajak aku pusing pusing luar kampungnya.
Hahaha.Anak rusa nani baru tumbuh ekor lah kan.
Dia suruh aku merempit. So, aku pun ikutlah direction yang dia ajar.
Takde GPRS lah katakan.Setiap simpang aku tanya, nak masuk simpang ni ke?
Dia kata terus & terus.
Omak ai...Jauh nau perjalanan kot.Sebab aku tak biasa kan.
Haruslah terasa jauh yang terlampau.
2 buah felda kot kitorang rentas.
Titiba aku terpandang signnoard HOT SPRING Felda Sungai Kelah.
ooo...nak ajak orang pergi sini ea..?
Sayam angguk angguk jer..
Sampai kat sana, wah..mood nak berkubang, terus meronta ronta.
Maklumlah, kata teringin sangat kan?
Tiba..tiba...aku teringat yang aku tak bawa baju lepas mandi.
woaaa..terus rasa nak menjerit dalam hati.
Kalau baju tak bawa tak per..boleh beli..sebab ada kedai souvenir kat situ..baju kecik confirm
la tak der jual kat situ kan?
Tak rela aku!!!!
Sayam ajak juga teman dia mandi.Aku cakap ok, tapi sampai takat seluar je la.
Sebab aku memang ada terbawa seluar lebih masa tu.
So...dalam keadaan derita, aku mandi takat pinggang aje lah.
Sayam..confirm berenang renang kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan