For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

Jom melawat sedara kat Shah Alam.."banyaklah sedara kauuuu....."

 Assalammualaikum.....my oh my...
Lama gila kan aku tak mengupdate.
Malas sangat sekarang ni.
Ter ter ter...amat malas.
Kenapa tah.
Gambar berlambak lambak snap.
Cuma mood nak menaip dan berkarya merapan mengarut tak ada lately ni..
Berkarya kata ko....kahkahkah
Serious wei...aku rasa macam malas berganda ganda.
Tengok badan pun dah tau malas kan...heee..
Minggu lepas kan, aku ngan Abam ke kedai ikan.
Korang tau jer lah...aku ni nama jer Anak Jati Selangor.
Kan..tapi hampeh.
Orang tua aku pun siap beli rumah kat Shah Alam.
Tapi..salahkan dorang...sebab tak mau pindah kat sana.
Aku baru tahu...aku ulang lagi sekali...AKU BARU TAHU....!!!
Kat sebelah Wet World Shah Alam tu ada kedai Aquarium yang sangat besar aku pernah pergi.
Aku ulang balik...KEDAI IKAN TERBESAR yang aku pernah pergi setakat ni.

Memang terbaik kedainya tu.
Siap ada 4 ekor ikan Arapaima.
Semua besar besar ikannya.
Sebesar Abam...haaa...besarkan.
Korang kan..tak payah jauh jauh nak tengok Arapaima kot.
Boleh jumpa kat Shah Alam Seksyen 2.
Sisik dia kan...sampai berlumut.
Geli jugak aku tengok ikan tu.
Ingat tak, aku pernah jumpa Arapaima kat Yong Peng masa nak pergi Singapore 2 tahun yang lalu?
Tapi kat situ lagi besauuuuuuuuuuuuuuuuUUUUUUUUUuuuuu....
Untu pengetahuan korang, ikan ni namanya ikan Koi.
Mungkin ikan ni berasal dari Pahang...hahaha.Aku merepek.
Ikan ini baka dari Japan.
Ha....mahal seekor tau, kalau tak silap dalam 3 ke 4 ratus gak seekor.
Tapi semua ikan ni dah besar besar...dah boleh jaga diri masing masing..
Ohya, sebelum ada yang serbu sebab nak beli ikan Arapaima diatas...
Aku nak kasi tau..taukeh kedai ni tak jual ikan Arapaima tu.
Kirim salam jer lah bila korang berniat nak membelinya.

Bukan ikan koi, Arapaima je...ikan Arowana, sepat ronggeng, ikan kaloi, ikan patin...pun ada dorang jual.
Tapi semua stock dari besar jari...sampai besar peha.
Harga..tak boleh dirunding.
Korang pilihlah yang mana berkenan.
Jangan lupa bawak duit banyak banyak.
Sebab para peminat ikan ni, pada matanya...semuanya LAWA!!!
Kalau bawak anak tu, boleh bermesra dengan ikan.
Maksud aku, bukalah berkelakuan tak sopan...beli umpan kat kaunter,
lepas tu...bagi ikan dorang makan...kan comel.
Tapi, jangan cuba bagi makan kat Arapaima.
Tak pasal pasal ikan tu melompat tinggi pulak..

**Fakta, aku pernah tengok ikan arapaima ni mengamuk kat dalam (River Monster kalau tak silap)TV. Sampai patah oo..tulang rusuk orang tu.so...jangan bagi Arapaima kat situ mengamuk...heeee

Jumaat, 6 Januari 2012

Nasib baik kau cantik....Kalau kau hensem..dah tentu Abam jeles...

Yuhuuu...Assalammualaikum...Selamat petang.


Ehem....Terbatuk korang tengok pict ikan ni?
Ke...sebab tajuk entry nya?
Jangan lah weii...Memang lah..ini ikan idaman aku.
Abam suka hati jer marah marah kalau aku pasang angan angan nak membela ikan ni.
Jenuh aku google  pict untuk dapatkan gambar arowana yang terbaik untuk korang.
Cantikkan warna ikan ni..
Golden plus coklat gitu...sangat rare.
Sebenarnya..ini first time aku tengok warna ni.
Selalu tengok Gold semua.
Titiba masa google ni, terjumpa warna secantik ini..
Terus...macam tak sabar nak beli jugak hujung tahun akan datang.
Hujung tahun akan datang tu..bukan bermaksud tahun depan tau..
Tahun tahun tahun akan datang..puiii
Makna kata..bukan dalam masa yang singkat..


Punca aku suka ikan ni memang dah lama.
Tapi..semenjak abam suka ajak pergi kedai ikan sekarang ni..
Makin galak pulak.
Tapi...nak beli..memang tak mampu.
Abam cakap kalau ada duit, kena beli aquarium dulu.
Aquarium pun kena beli yang main kaki kaki jer panjangnya.
Kalau setakat yang besar bola tu, rentikan lah..
Jadi modal nya kena besar juga.
Lepas tu barulah boleh beli anak ikan nya..
Ohya, anak ikan nya pun bukan yang murah.
Sebab taste aku nak beli yang rare jer..
Yang biasa biasa tak mo....puii lah kan.


Ini Info ikan Arwana aku cilok kat sini..:)


Asian Arowanas
(a). Super Red Arowana(Chili and Blood)
(b). 1.5 Grade Red Arowana(xbreed between Red and yellow tail Arowana)
(c). Malaysian Crossback Arowana
(d). Green Arowana
(e). Red Tailed Golden Arowana
(f). Yellow Tailed Arowana

South American Arowanas(a). Silver Arowana
(b). Black Arowana

Australian Arowanas
(a). Pearl Arowana
(b). Golden Pearl Arowana
(c). Red Pearl Arowana (very rare)

African Arowanas
(a). Araipaima Gigas(not suitable for aquarium tank rearing)

The main difference between the Asian Arowanas and the rest are the scales! Asian Aros have 5 steps of scales comparing to their counterparts which are having 7 steps of scales.

RTG = Red Tail Golden
XBACK = Cross Back
YT = Yellow Tail
YTL = Yi Tiao Long ( straight line scales on 6th level )
TKL = Tikum Leng
PLJ = Protruding Lower Jaw
SR = Super Red ( Grade 1 Red )
CR = Chilli Red
ER = Emperor Red
BMB XB = Bukit Merah Blue
PG = Panda Gold
PHG = Pahang Gold
PR = Purple Red
EBXB = Electric Blue Crossback
VFSR = Violet Fusion Super Red
BB = Beneficial Bacteria
SABF = Singapore Arowana Breeding Farm ( Farm based in Singapore )
DFI = Dragon Fish Industry ( Farm based in Singapore )
QH = Qian Hu ( Farm based in Singapore )



Ok, sambung cerita balik.
Abam cakap ikan ni makanan dia semua yang kena beli.
Lepas tu semua mahal mahal jer makanan dia.
Paling tak tahan tu, anak katak.
Terus aku wekk..wek...muntah.
Ni semua bukan sesaja jer nak kasi makan macam tu jelas Abam.
Setiap makanan ada fungsi.
Untuk kasi sisik cantik lah, berkilat lah..
Abam cakap ingat nak kena kasi nasi ke?
Hohoho...tergelak aku.
Lain lain makanan dia adalah cengkerik, anak ikan, ulat, etc.


Ikan nikan..kelebihan dia kalau dia berenang tu...lemah lembut.
Pendek kata PEMALAS.
Tapi slow motionnya buat aku jatuh cinta...
Pernah aku tengo ada sampai Puluh ribu harganya.
Mungkin sebab sebab diatas..
Mengikut pandangan orang Cina..ikan ini membawa tuah..kepada pemeliharanya.
Dorang yang anggap.
Aku lebih percayakan Tuah, rezeki adalah kurniaan Allah S.W.T


**Ok, rega yang buat aku nak pengsan bila terjumpa kat kedai ikan Arowana adalah 15k untuk seekor.
Ha...sila pitam sekarang.kakaka...

Rabu, 4 Januari 2012

Suatu hari yang tenang di Tasek Shah Alam...

 Assalammualaikum...
Hai korang...busy ke..?
Oklah..dah lama aku tak tulis blog pasal memancing kan?
Kalau dulu..pernah juga aku tulis pasal ikan..kan kan?
Now, busy bee sebab abam asyik ajak tengok orang memancing pulak.
Tak pun..Abam busy ajak pergi kedai tengok anak ikan..
Tapi..anak ikan besar telunjuk pun koman koman 3-4 ratus seekor.
Ikan apa yang mahal tu kawan kawan..?
Ya..betul..Arowana..seindah namanya..dan secantik ikannya.
Tahun lepas...Padahal bulan lepas..kakaka..macam kelakar pulak.
Aku dengan Abam pergi tengok pertandingan memancing kat tasek Shah Alam.
Mak aii..ramainya orang..
Aku tanya Abam kenapa dia tak masuk joint bertanding..?
Dia cakap tak nak lah.
Sebab apa..aku pun malas nak tanya banyak..kan?
 
Masa aku dengan Abam sampai..pertandingan sudah bermula setengah jam yang lalu.
Mana taknya...parking jer jenuh nak mencari...
Hambik kau...penuh dengan orang masa tu.
Selalu Aku dengan Abam pergi kolam berbayar.
Kalau pergi kolam...orang yang nak memancing adalah terhad.
Ini..sampai berlapis pancing aku tengok.
Abam cakap ramai pemancing baru yang masuk pertandigan tu.
Sebab Abam pernah joint event ni beberapa tahun yang lepas.

 See...hadiah yang ditawarkan..
Sangat lah lumayan..
No.1 jer dah boleh buat kahwin..
Kan kan?
 Haaa...setelah penat meronda sekeliling taman tasek tu...
Basah ketiak aku weii..
Dengan panasnya..Maklumlah..matahari terpacak kat atas kepala yer masa tu.
Last last terjumpa dengan tempat dorang timbang ikan.
Terus snap pict.
Besar besar ikan yang ada dalam tong tu tau.
Entah sapa tah yang bertuah kan?
Dapat 40k..
Kemudian aku dapat call dari kedai.
Suruh pick up barang yang kitorang beli.
Seminggu juga baru ada stock.
Nasib baik masa first beli tak ikut hati..kalau tak tentu rugi..
Apa..? Apa..dia?
Alah...mainan kanak kanak jer..tak perlu review kat sini kan...

**Ok..Nanti aku review pasal ikan Arowana eah...babaiiii..

Selasa, 1 November 2011

Special Dating..meruntun jiwa..kah kah kah

 Assalammualaikum...Dan Selamat Petang Yaw!!!

Apa barang setakat tayang batang pancing kan..?
Tayang la ikan sebarau ke..kelah ke..
Sure best punya...
Oi..oi...ini bukanlah nak cerita pasal ikan or apa kan..
Ini lah tempat yang Abam janjikan nak berdating tu..
Adoi mak...sentap hati kecik mak...
Beria ia cakap nak bawak pergi special location.
Yang aman...damai...suci murni...
Tiada hiruk pikuk kebisingan kota jelas Abam.
Wah....melompat mak budget budget pergi Cameron Highland ke...Genting ke paling koman.
Kannnnnn...?
Apa yang ada ea...?
Masa aku baca sign board ada la mention Genting lagi 100++ Km.
Bukit Fraser lagi 30km ++.
Berdebar pulak sebab masih tak sampai sampai.
Gila over isteri Abam ni tau.
Mana taknya...Esok nak kerja..cuti dah sikit nak ambil cuti EL kot.
Kang kalau banyak nau bertanya Abam buat buat tak dengar.
Dah la dia seminggu dua ni pun sengal.
Aku penat cakap sensorang, dia buat dont no jer.
Sebab utama dia begitu...FLU.
Flu boleh buat pekak...ke dia buat buat pekak ea..?

 Ok...kita stop kat sini.
Sekali Abam cakap kat sinilah dia nak ajak aku dating.
Woahhh..Aku betul betul tak sangka, kat Selangor ada tempat yang cantik macam ni.
Sila jangan percaya dengan kehijauan air ni. 
Memang air ni jernih. Tapi aku gatal edit.
Rupanya, Abam nak ajak aku imbas kenangan dia masa dia duduk kat kampung 4 tahun lepas.
Masa kami PJJ. Bila dia bosan duduk bawah ketiak mak dia,
Dia ngan kengkawan dia akan pergi memancing.
Terkejut juga aku pada mulanya.
Jauh sangat sampai ke sana Abam & gang cari port nak memancing.
Abam cakap kat tempat ni banyak ikan Sebarau.
Ikan sebarau memang suka berenang di air yang jernih & deras.
Kebetulan masa aku ngan Abam datang tu,
Ada orang asli dapat ikan sebarau kat depan mata aku.
Terus Abam cakap dia rindu dengan Rod nya..
Padahal kat rumah rod terbiar...kekeke..
Abam cakap, kalau dapat sebarau...feel dia lain..dapat Kelah feel nya lain..
Arghhh...aku mana tahu feel tangkap ikan kan..?
Dulu dulu tangkap ikan sepat guna buluh.
Lepas tu ikat dengan tangsi.hah..umpannya cacing..
Celah mana nak feel kan..?

 Tengok..Dua orang jejaka ni sanggup turun kebawah jambatan.
Jarak jambatan ngan bawah tu lebih kurang 80meter.
Kualiti gambar kurang memuaskan sebab guna henpon garu.
Kalau DSLR mungkin aku nampak parut jerawat mereka..oppsss..
Abam cakap, dulu air empangan ini penuh.
Aku macam mana nak percaya kalau tak ada bukti.
Lagi pun sekarang, cakap semua ada bukti..
Kalau setakat cakap jer....kirim salam lah.
Tapi, dah memang Abam ada bukti siap tunjuk kat aku,
Perbezaan dulu & sekarang permandangan empangan tu.
Memang...to much berbeza.
Air sekarang ni terlampau cetek.
titiba risau sebab air kat empangan ni cetek..
Isteri Abam yang separuh hati kecewa..separuh hati gembira.
Bukan lah sebab Abam ajak dating kat situ.
Sebab kecewa kedai roti canai feberet Abam ceritakan kesedapannya TUTUP.
Stress mak weii..Aku dah pasang angan angan nak makan 2 keping.
Hahaha.
Sengalkan...berbaju kurung, dating kat tepi empangan.
Punyah sopan mak masa tu..auwwww...!!!
Memang betul lepas balik kenduri kat rumah Rehan terus pecut pergi sana.
Abam cakap kang malam tak sempat nak tengok special location tu..
Cissss.....!!!
Lepas tu, sahabat mak call.
Tanya lokasi kitorang kat mana masa tu.
Lepas converstion, yeye...Ada orang nak belanja makan malam tu.
Aku kalau makan free memang lah laju nak joint.
Aku tanya Abam, nak joint tak?
Abam senyap jer. Tiada jawapan..
Jadi...aku anggap Abam tak nak pergi.Abam kan pemalu.
Lepas dah tulis nama atas batu kitorang gerak.
Abam tanya aku nak singgah mana mana lagi tak?
Aku cakap jom..teruskan perjalanan balik rumah.
Lepas tu papago pulak buat hal.
Memang lah ajar jalan paling senang.
Tapi Jalan YANGPALINGJEMDIABATINI..
So, tersengguk sengguk menghabiskan roti jem.
Sampai rumah, Abam cakap cepat siap siap...
kita keluar dinner dengan kawan kawan pulak..
Yey...terus hati kembali ceria..
Lebiu..muah muah..:)

Khamis, 30 Julai 2009

::BADONG XL::

Herm....korang pikirkan???cam ner Amy boleh dapat ikan besar cam gini???cuba lak renungkan cam ner dia nak menaikan ikan sebesar ni...Sebenarnya tuah ayam nampak kat kaki kan??Tuah manusia...huiii..dapat ikan besar..Actually Amy ni ada job sampingan iaitu INSTRUCTOR for casting kat Tg.Malim..Dia jadi camtu pun sbb permintaan dari bebudak PROTON Tg.Malim.



Sebagai Instructor senior, tenaga & pengalaman beliau sebagai pemancing tegar hujung minggu, membuahkan hasil yang diluar dugaan kerana mendapat seekor ikan SEBARAU yang bersaiz BADONG XL..menurut Amy, dia sendiri tidak menyangka kerana ikan jenis ini sebenarnya mampu besar sehingga saiz XL buat masa sekarang ni..Ini kerana kepupusan ikan jenis ini berlaku..Punca sebenar kepupusan berlaku akibat ketamakkan manusia sendiri melalui teknik2 yang keji seperti menuba, mengebom, menjaring & mengaren...

"punya lah susah Amy mengasting(baling-tarik)berjam2.. akhirnya...dapat 1 sambaran yg gila babas kuatnya..sampai lenturlah joran Amy masa tu..fuhhhh...seb baik x patah joran tu..kalau patah..jangan kelip2 dolly kat org tau..Untuk mengelakkan berputih mata a.k.a ikan lepas, drag hendaklah dibuka sikit2...kalau x buka...alamat...meletop la tali pancing Amy..dah rugi..gewang lesap, tali putus..ikan lepas...!!Seb Amy byk experient...sebenarnya, cara2 tuk menaikkan ikan mmg kena ada skill yang baik.."



So, sape2 yang nak berguru ngan dia...sila amik nombor eh....!!!kakakakakaakaka......kena sumpah pulak aku kang ngan AMY...

Khamis, 23 Julai 2009

S.E.B.A.R.A.U

Aloo...Ari tu aku dah citer kat korang pasal ikan KELAHkan...?today...aku nak kongsi citer pasal SEBARAU lak..ikan ini Mempunyai nama santifiknya iaitu HAMPALA MACROLEPIDATO..Ikan ini mempunyai belang tunggal dibadan.Cer korang tengok belang ikan SEBARAU ni...cutekan??korang jangan curi2 pandang kat tukang pancing ikan tu dah la yer...hahaha...
Selain nama SEBARAU ni, ia juga dikenali sebagai badong, barob, dungan, juak & pla kasup memngikut tempat & daerah negeri kita..Ikan ini dari sungai & danau serta mempunyai taburan kawasan pembiakan yang luas..Ha...mesti celah2 kampung korang ada kan???cer korang try memancing balik kg kang..ngeh3x...
Bagi casting mcm bf aku, dia biasanya menggunakan gewang tiruan @ lures yang berbentuk ikan, sesudu (spoon) & kekipas(spinner) untuk menjeratnya..

SEBARAU ni ikan jenis pintar menurut Amy..Macam biasa la kan...Amy la tokan aku kalau bab2 ikan ni..kalau ikan jenis yang berwaspada...korang pun kena lebih berwaspada gak..Ikan ni bersifat karnivor @ pemangsa..ia mempuyai tabiat memakan anak ikan..Kebanyakan ikan SEBARAU yang besar adalah ikan betina.Jika korang nak tahu, kuasa sambaran & rentapannya (info tuk kaki pancing) ia boleh meluruskan mata 3 bak gubahan pandai besi & insiden tali sulam meletup..."AAA........NI APE MAKNANYA NI LALING...ORG PUN X FHM.."
Ikan sungai yang unik ni amat digemari oleh industri akuarium yang memperniagakan stok anak ikan liar seperti SEBARAU ini..
**kata orang ikan ni sedap kalau dipanggang...wah....syoknya..

Selasa, 13 Januari 2009

Sunway Lagoon Theme Park-2

ikan kap ni...aku suka sgt tgk nya...manja, besar...rasa nk tolong tangkap jer..hiks, ada hati nk tangkap konon??tengok sisik ikan tu pun aku dah geli...ada hati nk pegang konon..owh...tidak...aku geli tgk sisik ikan besar2 gini!!!
asyik jer aku tgk ikan 2 ekor ni...mungkin gf & bf kot ikan nih???wakakaka...statement aku...pastu aku terdengar bunyik rimau...kita layan citer rimau ni pulak eh...

Rimau ni...mmg spesis besar sangat...anggaran 100kg la kot berat rimau nih...wahhh...ahkak main sebut jer berat rimau ni yek...tp...muka rimau ni mmg ganas jer..rimau ngan aku jarak 50 meter gitu...lagipun pagarnya tinggi...kita nk masuk dalam pun x buleh,rimau nk lompat kuar pun x buleh...jadi, silalah berhati2...sbb malang x berbau...ye x?????

Tok rimau ni ronda2 jer nih...tgk2 minah2 saleh yg sexy-maxy kat tepi pagar tu..

nyumm...mungkin tiger ni lapar kot bila tgk aku yg GEBU nih???hihihi...jangan terkam aku tau..

Hurmmmm....tiger ni mengaum...terkejut aku...dan2 jer aku terus pi dok dekat ngan pagar ni...gila babas taring nya...ngeri sey...titiba jer aku teringat ada org penah mati kena baham tiger...hoooo....KESIANNYA....