For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Jun 2013

Family Holiday : Terengganu 2



As salam...
Selamat hari jumaat uolls.
Mari kita menyambung cerita jalan jalan yang lepas.
Orang jalan pergi oversea tak buat part by part ok.. 
tapi aku malas nak type panjang panjang..boleh??
Lepas jer sampai kat parking area Hotel Sri Malaysia Marang kan..
Terus je laju laju check in.
Lepas tu, dah la kena naik tangga tingkat 3.
Sekali abam ajak check in hotel lain.
Dia cakap kesian share room.
Sebab macam penuh.
Aku jenis ok jer.
Tapi abam lah kan..

Nak tidur kat HSMM pun memang tak boleh juga.
Sebab room semua penuh.
So...decide cari kat area yang terdekat.
Ambil semua barang then terus melilau cari hotel.
Sampai lah kat betul betul Bandar Terengganu.
Memula kitorang bersama sama tanya room kat counter.
Last last aku suruh abam je yang turun naik.
Lebih kurang 10 hotel mahal plus paling hauk dia tanya.
Semua pun Fulllllll....
Punca semua hotel full adalah sebab musim mencandat sotong.
Orang sekarang bukan nak tidur kat pulau dah kata friend aku yang stay kat Pulau Kapas.
Semua pun nak balik hotel lepas mencandat.
Camp site pun tak meriah macam dulu..
Sendu uolls.....kesian bila kawan aku cakap macam gitu.

Bila ternampak signboard Felda Residence ni, terus suruh abam naik kat lobby.
Sekali abam turun buat muka happy
Aku tanya kenapa...?
Abam cakap room ada..Al-hamdullillah.
Terus park kereta dan naik ke lobby.
Sekali pekerja malam itu tanya nak separate room ke?
Aku terus ketawa...kenapa suami isteri x boleh satu room ke aku tanya?
Terus dia pun ketawa..
Apa apa je lah...

Lepas check in...phewwww lega.
Terus bersihkan diri..sekali abam cakap lapar.
Owhhh...memang lapar.
Sebab last makan masa kat kenduri rumah Angah kat Pahang.
siap siap pergi late dinner.
Arround 2am baru betul betul dapat baring atas katil..
hermmmm....letih kan?


Ni family aku breakfast kat HSMM.
Best jer aku tengok.
Abah cakap meriah sangat.
Rugi korang tak der...
Dorang semua asyik wasap wasap gambar je lah.
Redho akak korang yang sedang lena membuta.
Eh...tak juga, sebab kitorang pun dah bangun.
Tengah siap siap nak pergi breakfast kat tinggat 11 ke 14? tak ingat..


Lepas dorang breakfast... aku ingat dorang masuk bilik siap siap.
Sekali tak uolls.
Wassap lagi gambar tengah nak terjun tiruk kat pool.
Terus hati aku panas.
Kahkahakah..
Bukan main lagi...berenang renang korang yer..
Tengok kaki Ayyen pun buat aku geram..
Kemain lagi kakinya..
Seperti menari ballet  gitu kan???


Nasi Dagang aku punya.
Ini first round.
Nasi sedap.
Tapi ramai nau umat manusia masa tu.
Aku ngan Abam kira turun paling awal lah breakfast.
Arround 7am dah turun mencekik.
Maybe ada group rombongan Cik Kiah ke terengganu...mungkinn??


Abam korang titiba kat hotel makan Omelet lah pulak.
Feeling omputeh breakfast lettew.
Menyampah ai.
Tapi sebelum tu nasi dagang segunung.
Nasib baik itu lauk ikan aye.
Kalau ayam mesti lagi banyak abam makan.
Aku tengok tulang belulang ikan aye dalam tray banyak.
Takut gak tercekik tulang.
Walaupun tulang ikan aye besau besau...
Eh, sapa tak tahu ikan aye itu ikan apa??
Ikan Aye sama dengan ikan kayu tak pun ikan tongkol.
Sedap weiii kari ikan aye versi nasi dagang kat terengganu..


Permandangan dari tempat breakfast kat Felda Residence Terengganu.
Tapi sayang uolls...
Tingkap ni dorang tak bersihkan.
Dari dalam bersih la..
Kat luar tu kotor sangat.....
Tapi ada ke yang tolong cuci ek?


Sambil makan sambil borak borak masa hadapan.
Kalau boleh nak beli satu kapal yang lalu kat bawah..
Kahkahkah....yeye je kan?
Titiba tengah syok makan aku sakit perut sangat.
Nak terberon sangat.
Tengok tengok tandas pulak tak der.
Abam dah la tengah syiok main game.
Aku ajak balik bilik tak nak pulak.
Berpeluh gak aku tahan nak memerut...
Benci tauuuu...


Ok, penutup gambar separuh encik suami aku yang tomei itew..
Tomey ke????hahahahaha...
Lepas tu balik bilik baring baring sementara tunggu check out.
Lagipun tunggu sibling aku tengah seronok sangat mandi pool kan.
Sebab ada lain lain destinasi nak diterokai selepas tu..

ok, itu je nak cerita..
Nanti sambung lagi.
Gambar semua credit from my adik fb.

XOXO,

Daela.

Khamis, 9 Februari 2012

Jom melawat sedara kat Shah Alam.."banyaklah sedara kauuuu....."

 Assalammualaikum.....my oh my...
Lama gila kan aku tak mengupdate.
Malas sangat sekarang ni.
Ter ter ter...amat malas.
Kenapa tah.
Gambar berlambak lambak snap.
Cuma mood nak menaip dan berkarya merapan mengarut tak ada lately ni..
Berkarya kata ko....kahkahkah
Serious wei...aku rasa macam malas berganda ganda.
Tengok badan pun dah tau malas kan...heee..
Minggu lepas kan, aku ngan Abam ke kedai ikan.
Korang tau jer lah...aku ni nama jer Anak Jati Selangor.
Kan..tapi hampeh.
Orang tua aku pun siap beli rumah kat Shah Alam.
Tapi..salahkan dorang...sebab tak mau pindah kat sana.
Aku baru tahu...aku ulang lagi sekali...AKU BARU TAHU....!!!
Kat sebelah Wet World Shah Alam tu ada kedai Aquarium yang sangat besar aku pernah pergi.
Aku ulang balik...KEDAI IKAN TERBESAR yang aku pernah pergi setakat ni.

Memang terbaik kedainya tu.
Siap ada 4 ekor ikan Arapaima.
Semua besar besar ikannya.
Sebesar Abam...haaa...besarkan.
Korang kan..tak payah jauh jauh nak tengok Arapaima kot.
Boleh jumpa kat Shah Alam Seksyen 2.
Sisik dia kan...sampai berlumut.
Geli jugak aku tengok ikan tu.
Ingat tak, aku pernah jumpa Arapaima kat Yong Peng masa nak pergi Singapore 2 tahun yang lalu?
Tapi kat situ lagi besauuuuuuuuuuuuuuuuUUUUUUUUUuuuuu....
Untu pengetahuan korang, ikan ni namanya ikan Koi.
Mungkin ikan ni berasal dari Pahang...hahaha.Aku merepek.
Ikan ini baka dari Japan.
Ha....mahal seekor tau, kalau tak silap dalam 3 ke 4 ratus gak seekor.
Tapi semua ikan ni dah besar besar...dah boleh jaga diri masing masing..
Ohya, sebelum ada yang serbu sebab nak beli ikan Arapaima diatas...
Aku nak kasi tau..taukeh kedai ni tak jual ikan Arapaima tu.
Kirim salam jer lah bila korang berniat nak membelinya.

Bukan ikan koi, Arapaima je...ikan Arowana, sepat ronggeng, ikan kaloi, ikan patin...pun ada dorang jual.
Tapi semua stock dari besar jari...sampai besar peha.
Harga..tak boleh dirunding.
Korang pilihlah yang mana berkenan.
Jangan lupa bawak duit banyak banyak.
Sebab para peminat ikan ni, pada matanya...semuanya LAWA!!!
Kalau bawak anak tu, boleh bermesra dengan ikan.
Maksud aku, bukalah berkelakuan tak sopan...beli umpan kat kaunter,
lepas tu...bagi ikan dorang makan...kan comel.
Tapi, jangan cuba bagi makan kat Arapaima.
Tak pasal pasal ikan tu melompat tinggi pulak..

**Fakta, aku pernah tengok ikan arapaima ni mengamuk kat dalam (River Monster kalau tak silap)TV. Sampai patah oo..tulang rusuk orang tu.so...jangan bagi Arapaima kat situ mengamuk...heeee

Sabtu, 1 Ogos 2009

::Edisi Buat kueh Karipap::

Hari cuti2 umum ni..elok lah kalau korang belajar buat kueh mcm aku..Mak aku selalu bagi ilmu masak- memasak ni pada aku..namun..aku mmg jarang2 praktikkan..Kalau x silap, ni yg ke 118 kali kot mak aku ajar...tu belom kira dedulu mak aku berniaga..hari2 buat kuih..yang aku paling terer skrg ni buat kuih buah melaka...Actually buat kuih karipap gulung ni, mmg susah sikit..banyak nau nk adun tepung tu..memang x di nafikan, aku penah buat..jadi..tapi bukan lah karipap gulung..
Karipap gulung ni sebenarnya mempunya dua lapis..Kalau yg mak aku buat, mak aku akan buat dua bancuhan.1 campur majerin@ mentega yang dicairkan dengan tepung..1 adunan lagi tepung ,sedikit air garam(mengapa air garam?- sbb nak bagi semua digaul ngan rata okey...)ngan air...pastu uli dua adunan yg berasingan tu...

Tada..inilah hasilnya..karipap pusing...Aku terlupa nak snap gambar masa bubuh inti dalam karipap tu...Selalunya mak aku akan simpan dulu..jarang terus goreng..Kalau korang nak simpan dalam friged, pastikan korang kuarkan awal..unless 2 jam kot sebelom menggoreng..kalau x...habis pecah kuih tu...so...selamat mencuba!!!



Khamis, 30 Julai 2009

Semalam Aku bercuti...

Holaa...Halamak..today aku lambat pulak hapdet kan...Aku banyak keje yang perlu disiap kan untuk DA..Aku sebenarnya smlm adalah bercuti2..tapi still macam keje jugak..Bezanya, bila keje pakaian kena ala2 coprate, dan cuti...boleh lenjan suar jeans..Pastu, kuar pagi2..balik dah dekat petang..maknanya cam keje gak la kan...
Aku bercuti smlm bukanlah sebab suka-suki kan...Aku ada urusan hal2 peribadi yang x dapat nak dielakkan..Nasib baik segelintir orang memahami...hadoiii....Yang pasti semua urusan dah settle..tinggal 2-3 lagik jer belum..hoooreeeyyyy......
**gumbirakah hati ku ini........?"