For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 9 Februari 2012

Jom melawat sedara kat Shah Alam.."banyaklah sedara kauuuu....."

 Assalammualaikum.....my oh my...
Lama gila kan aku tak mengupdate.
Malas sangat sekarang ni.
Ter ter ter...amat malas.
Kenapa tah.
Gambar berlambak lambak snap.
Cuma mood nak menaip dan berkarya merapan mengarut tak ada lately ni..
Berkarya kata ko....kahkahkah
Serious wei...aku rasa macam malas berganda ganda.
Tengok badan pun dah tau malas kan...heee..
Minggu lepas kan, aku ngan Abam ke kedai ikan.
Korang tau jer lah...aku ni nama jer Anak Jati Selangor.
Kan..tapi hampeh.
Orang tua aku pun siap beli rumah kat Shah Alam.
Tapi..salahkan dorang...sebab tak mau pindah kat sana.
Aku baru tahu...aku ulang lagi sekali...AKU BARU TAHU....!!!
Kat sebelah Wet World Shah Alam tu ada kedai Aquarium yang sangat besar aku pernah pergi.
Aku ulang balik...KEDAI IKAN TERBESAR yang aku pernah pergi setakat ni.

Memang terbaik kedainya tu.
Siap ada 4 ekor ikan Arapaima.
Semua besar besar ikannya.
Sebesar Abam...haaa...besarkan.
Korang kan..tak payah jauh jauh nak tengok Arapaima kot.
Boleh jumpa kat Shah Alam Seksyen 2.
Sisik dia kan...sampai berlumut.
Geli jugak aku tengok ikan tu.
Ingat tak, aku pernah jumpa Arapaima kat Yong Peng masa nak pergi Singapore 2 tahun yang lalu?
Tapi kat situ lagi besauuuuuuuuuuuuuuuuUUUUUUUUUuuuuu....
Untu pengetahuan korang, ikan ni namanya ikan Koi.
Mungkin ikan ni berasal dari Pahang...hahaha.Aku merepek.
Ikan ini baka dari Japan.
Ha....mahal seekor tau, kalau tak silap dalam 3 ke 4 ratus gak seekor.
Tapi semua ikan ni dah besar besar...dah boleh jaga diri masing masing..
Ohya, sebelum ada yang serbu sebab nak beli ikan Arapaima diatas...
Aku nak kasi tau..taukeh kedai ni tak jual ikan Arapaima tu.
Kirim salam jer lah bila korang berniat nak membelinya.

Bukan ikan koi, Arapaima je...ikan Arowana, sepat ronggeng, ikan kaloi, ikan patin...pun ada dorang jual.
Tapi semua stock dari besar jari...sampai besar peha.
Harga..tak boleh dirunding.
Korang pilihlah yang mana berkenan.
Jangan lupa bawak duit banyak banyak.
Sebab para peminat ikan ni, pada matanya...semuanya LAWA!!!
Kalau bawak anak tu, boleh bermesra dengan ikan.
Maksud aku, bukalah berkelakuan tak sopan...beli umpan kat kaunter,
lepas tu...bagi ikan dorang makan...kan comel.
Tapi, jangan cuba bagi makan kat Arapaima.
Tak pasal pasal ikan tu melompat tinggi pulak..

**Fakta, aku pernah tengok ikan arapaima ni mengamuk kat dalam (River Monster kalau tak silap)TV. Sampai patah oo..tulang rusuk orang tu.so...jangan bagi Arapaima kat situ mengamuk...heeee

Tiada ulasan: