For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 11 Mac 2013

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu Aku # Menikah Time


Assalam uolls..
Adehhhhh......Sory uolls. Aku kemalasan melampau lampau sekarang ni.
Macam macam pikir , mengalahkan hapa jer kan.
Btw, Adik bongsu aku dah selamat menjadi seorang suami.
Majlis semua sudah berlepas minggu sudah.
Aku memang tak der mood sangat nak menghapdet blog.
Penat sangat lepas kenduri.
Hahahaha...macamlah cuci periuk kan??
Majlis pernikahan dijalankan di Masjid Kg. Lindungan.
Masjid baru uolls.
Cantik... dan best jer aku rasa.
Sebab aku pun first time jejakkan kaki kat situ.


Aku dengan Abam memang start cuti dari hari Jumaat.
Abam pulak time orang busy busy macam gini demam teruk.
Adoiyai...macam macam hal pulak.
Abam demam satu hal.
Aku kena kehulu kehilir sensorang pulak.
Aku dah la penakut..
Kakakakakaka...
Pastu macam biasalahkan..
Orang demam memang mintaknya macam macam.
Ngada ngada lebih.
Nak sup ketam dikala semua orang busy...
Dah aku tawap meronda kat macam macam kedai.
Dan dan tu pulak banyak kedai tak jual ketam.
Stress pulak mencari ketam.
Last last jumpa ketam terus beli 5 kilo.
Kakakakakaka....susah sangat nak jumpa ketam kan???
Lepas tu masakkan sup..owhh..terus baik dari demam Abam tau..
Al-hamdulillah..


Mamat pasebukkkkkkk...
4 Kali baru sah ok.
Korang lain kali...kalau nak menikah..jangan lah letak hantaran ada singgit singit kat hujung.
Mamat ni tersasul sasul...
Last last pak mertua pulak tak tersebut singgit tu.
Dah kena ulang lagi..
Apapun semua juga selesai...


Pengantin perempuan yang sangat tenang.
Welcome to the club.
Club isteri isteri.
Puit....hahahahhaa.


Amboi...kemain happy selepas menikah uolls.
Eh..ada ke orang bersedih?
Hah. Ada...mak aku sedih.
Aku?
Jangan harap tak sedih..
sedih uolls.
Adik badik semua dah kawen mawen.
Lepas ni asyik pergi kenduri rumah orang pulak.
Kenduri cousin cousin pulak.
Dorang sekarang ni tengah tunggu Q untuk menikah.
Hujung bulan ni ada sorang.
Bulan 4 Kang ada lagi.
Bulan 5 kat Ipoh.
Bulan 6 Kat Pahang...
Adeh...banyaklah kalau nak tulis.
Tu baru cousin & kawan kawan terdekat.
Yang next year lagi...
Adoi....best kan?



Mesti uolls macam biasa tengok persalinan SIL aku nikan?
Memey laa...ni baju Puan Sue.
Dorang sewa.
Kalau korang nak sewa pon buleh gak.
Harga berpatutan sangat.
Siap vail, tudung eh...segala macam lah.
Ada warna gray & putih.
Bunga tangan pun boleh tempah uolls.
Warna boleh request.
Kalau nak bertanya boleh email aku atau Puan Sue.
Kitorang pun ambil tempahan bunga pahar,
Juga membuat hantaran..


Posing posing lepas menangis.
Kehkehkeh..

Ini semua lakonan semata mata.
Banyak kali kena dera sebab laju jer dorang bersalam.
Kata pengantin baru...
Nak ambik gambar kan??

Tema hari tu sebelah kitorang adalah biru, hijau
Suka hati jer baju yang kitorang pakai.
Uncle aku tak pasal pasal pakai baju biru tua.
Aih..gasaklah kan..
Abam yang sangat suka tidurkan anak.
Rayyan terlentok lentok tido hapah haram tak sedar.
Lantak piang lah korang nak bergambar ke...berdansa ke kan?
Yang penting tido...
Namun, pastikan keadaan mesti berangin dan sejuk.
Kalau tidak...Rayyan akan menagis seperti kena dera.
Adehhh...

Ohya, lepas majlis pernikahan
Ada majlis Aqiqah untuk Rayyan.
Jadi, orang kampung makan ada kari kambing masa itu.
Yuhuuu.. sedap weh.
Ok, sambung next entry.

XOXO,

Daela

Tiada ulasan: