For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 10 Disember 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 7 ( Harbour Town & Wax Museum )



Assalammualaikum...wbt.
Well Hello guys..
Yes, dah nak habisdah sambung sambung story mory yang bikin muntah hijau kan uolls.?
Lepas je membusukkan diri kat kebun binatang .. terus jer Agent bawak kitorang shopping shopping kat Harbour Town.
Terus kawan kawan membayangkan seperti JPO kat Johor.
Aku manalah pernah sampai kat sana tu kan..?
Terpinga pinga mak incik. kahkahkah..

Sebenarnya aku memang letih tahap max masa tu.
Kaki pun sakit.. tempat shopping pulak ya azab...besar sangat.
Tapi layankan jugak kengkawan yang nak window window shopping katanya.
Aku tak beli apa pun kat sini.
Memula macam nak beli macam macam.
Tapi...entah...mood nak membeli hilang.
Mungkin lapar...mungkin letih...hahaha faktor umo lettew..
Chooiii..


Puas gak melilau mata melihat pinggan kegemaran.
Manalah tahu kot kot terjumpa dengan pinggan mangkuk jenama Corelle kan?
Nak borong 2-3 Set target aku masa tu...ahahahaha....yeye je..
Tapi memang aku tak jumpa.
Kalau ada pun mesti kedai tu aku tak masuk.
Sebab malas nak meronda sangat.


Kawan kawan yang lain entah hilang kat mana pun tatau lah.
Aku , Sue, Lia , dan 3-4 orang lagi geng geng lelaki lepak kat kedai kebab.
Rupanya my CEO pun tak joint wife ngan anak menantunya shopping.
Lepak lah dia sensorang dalam kedai kebab tu.
Bila kitorang riuh riuh kat luar terus dia pun lepak sekali.

Rupanya salah seorang pekerja kat kedai kebab tu orang melayu.
Sopan jer tegur kitorang.
"uolls ni orang malaysia ea?"
Lepas tu uolls..terus lah rancak kitorang bersembang.
Sampaikan ada yg buat soalan gaji sebulan keje kat kedai kebab ni berapa uolls.
Nak tahu x berapa sebulan?
Arround $2000 per month.
Gila tak mantap? Gaji dia..
Sampailah ke pukul 4 kitorang tak habis2 beborak kat kedai kebab tu..
Lepas tu terus cargas dan hati berkobar kobar pulak nak pergi wax museum katanya..

Terus aku membayangkan..
Eh nak pelok pelok patung miley cyrus.
Pastu update status kat fb...hahahaha...


Rupanya wax museum ni dekat dengan area Surfers Paradise jer kot..
Celah celah bangunan gitu..
Kawasan wax museum ni agak kecil.
Macam rumah dua tingkat gitu..
Sekali pandang macam rumah hantu pun ada..
Hahahaahahahahahahahaha...


Bapak budak yang sengal tak sudah sudah ni memang cenggini.
Susah hati kalau dia senyap sunyi.
Ok, sebelum masuk kat dalam tu, ramai bergambar dengan hantu yang besau nau lobang hidung ni..
Tu yang terasa macam masuk fun fair ke kitorang ni kan...?
Mustahilll...


Ealiya dan tiang signboard wax museum.
Ada cerita nakal sebalik wax museum ni.
Kalau dah nama nakal..sampai kemana mana nakal uolls..
Hehe..aku lettew..


Ok, first sekali bila melepasi pintu untuk masuk dalam museum ni..semua orang pun cakap gini..
Laaaaaa......dalam kaca rupanya.
Kitorang memekak mekak sebab tak puas hati.
Mat saleh tu mana faham..
Ingatkan boleh lah sentuh ke kan..
Dah tak pasal pasal aku snap gambar miley cyrus sensorang.
Tak hingin aku berdiri sebelah kaca tu sambil smile..puiii..

Kebanyakkan patung lilin dalam tu nampak sangat tak real.
Entah..lain jek muka patung dengan yang asal.
Ke...pandangan aku jer kan?
Sebab tengok jer muka Miley ni..lain macam jer kan..


Lepas pusing pusing dalam wax museum yang setontet ayam ni..aku terus lepak luar.
Then ada untie ni panggil kitorang cakap kat bawah pun ada patung lilin gak.
Huh uolls ni...dia speaking omputeh la..kalau cakap melayu kan pitam pulak kan..
Aku mulanya memang malas nak joint.
Sebab macam tak best jer.
Pastu 1st group termasuk aku pun terjebak.
Dah....tak pasal pasal dengar untie ni dok menerangkan pasal punishment & cerita cerita silam tok nenek mereka.
Adoiyaiii rasa menyesal pulak .
CEO aku selamba jer cakap kedah.
"tah hapa dia doq kelentong kita pun tak tau na.."

Yeye je untie tu bercerita.
Seketul seketul pulak tu patah perkataan yang keluar.
Jelas nyata dan kadang kadang tak berapa nak faham.
Aku ,lia, lalan & arol dah panas telinga.
Masing masing merayau cari pintu untuk keluar.
Bosan kot...untie tu tak berhenti membebel.
Mana tak nya, setiap satu patung lilin dia akan bercerita..
Aku tengok mak aih...banyak lagi patung ni.
Mesti kelentong pun panjang lagi..

Aku ngan lia dok perati je lalan ngan arol try try buka pintu exit.
Yes, salah sebuah pintu terbuka.
Terus we olls keluar macam penyangak.
Kira macam student lari dari asrama la..
Lepas tu terkekeh kekeh kitorang gelak kat luar..
Rupanya baru perasan 2nd group pulak dah terjebak.

Aku sorry lah nak tunggu kat atas tu dah.
Terus aku joint lepak dengan driver bas kat tempat parking.
Adoi, rasa nak terputus urat kentot sebab ketawa.
Dah lama kot aku tinggalkan zaman lari dari sekolah.
Titiba kat sana boleh pulak dapat pengalaman lama..

Haha..yang penting, aku memang tak suka orang membebel tak tentu arah.
Nak nak pulak perkara yang tidak bersangkut paut dengan kehidupan..
So, x rugi pun sebab aku lari..hahaha..

Hurmmm...maka, tamatlah percutian pendek aku bersama company 
5hari 4malam di Australia, Goldcoast.
Nanti senang senang aku update pasal food pulak.
Sebab aku tak sentuh langsung pasal food ye kan.

Ok till then...

Xoxo,
Daela

Tiada ulasan: