For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label Mummy Rayyan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mummy Rayyan. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Disember 2013

Rayyan Zariff turn 1


Assalammualaikum.... Salam Sejahtera..
Ha...Previous entry pasal cousin Rayyan kan?
Today pasal Rayyan pulak.
23 Nov yang lepas adalah majlis hari jadi Rayyan yang pertama.
Seronok sangat budak icik icik tu.
Sebab ramai sangat tetamu yang datang.
Terima kasih sebab sudi datang kan...


Jumaat malam sabtu tu aku dah berkampung di rumah Farah.
Kengkonon nak tolong masak masak gitu kan..
Namun disebabkan menu semua ala ala omputeh, jadinya masak esok pagi je lah..
Tapi..sebelum tu kena test power dulu .
Seperiuk jugak test power Cabonara resepi Mak incik Farah..
Yang penting sedap sangat..


Budak kecik yang tidak mengerti lagi apakah itu hari jadi.
Yang paling peting dapat kereta kecil Doraemon dari Atok Man.
Lepas tu dapat macam macam hadiah lagi tau.
Aku gak sempoi datang tak payah bawak hadiah..
Uncle Eddy ngan Untie Fiza datang bawakkan kereta control. Besau nya..
Bapak Rayyan pun buleh tolong main kan..
Haha..
Lain lain pun datang bawakkan hadiah gak uolls.
Makcik aku from sepang datang lagi best..
Bawakkan durian baru lepas gugur.
Itu hadiah paling terbaik aku rasa..
Sebab aku boleh makan...hahaha..
Untie aku yang duduk kat Pantai dalam pulak siap masakkan lauk lagi..


Antara menu menu yang konon kononya boleh cover jika main food habis..
Popia macam biasa..mak aku dengan Nina yang membungkus nya..
Bihun resepi mak aku.
Tapi aku yang mengacau nya..
Sampai 2 hari gaklah tangan aku sakit.
Bukan mengada ngada uolls. Dapur yang telah di renovation itu terlalu tinggi.
Mak incik dah la katik uolls.
Lenguh tangan aku...
Tapi sekarang dah baik..


Main menu.
Kambing bakar, ayam bakar, Cabonara & Spaghetti .
Itu semua Arol, farah & aku yang masaknya..
Abam tolong tolong membakar jer..


Alololo... Pandai sangat nak tolong potong cake si budak Igi ni tau..
Meleleh leleh air liur dia..


Terima kasih pada Ika jiran sebelah rumah mak aku.
Dia yang bawakkan 2 biji kek.
Yang ini dia beli.
Lagi satu special sangat.
Kek Rainbow katanya..
Sedap teramat amat..
Nasib baik aku sempat makan 1 slice hari tu..

Punca punca beli kek lain sebab katanya tak berapa nak jadi decoration kek tu.
Dia belum arif bab bab menggunakan fondant paste.
Masih perlu perbaiki katanya..
Tapi...kek...memey superb sedap.

** Majlis kurang seri sebab family kitorang kurang ahli. Adik aku yang bongsu tengah busy menjaga wife & Aleesya kat hospital..maklumlah...isteri baru lepas bersalin.... Adik aku ni kaki lawak...Siot jer dia suka membahan orang..ok till then..

xoxo,
Daela 

Rabu, 24 Julai 2013

Adik Igi with Love



Assalammualaikum...wbt.
Salam 15 Ramadhan.
Selamat berpuasa kawan kawan blogger.
Lamanya aku menghilang.
Rindu nak berblog sebenarnya.

Tapikan...
Tiada ubat rindu selain Adik Igi.
Adik Igi adalah Rayyan Zarif.
Anak adik aku.
Gila tak comel??
Dia senyum je buat aku nak menyinggah kat rumah mak aku.
Itu baru ada dapat wasap gambar dari mummy nya.
Belum lagi mak aku cerita Adik Igi sengih2 kalau bunyi telepon mak.
Mesti mak aku bagi dia dengar suara Mak Ngah dia yang serak ni.

Sekarang dia dah ada Gigi.
Itu yang dapat nama Adik Igi tu.
Macam tau jer...kitorang panggil dia Adik Igi.
Cepat cepat toleh.
Senyum sikit je.
Lepas tu buat muka macam tak ada perasaan.

Minggu lepas teman Mummy Adik Igi kat Tesco Ampang.
Kemain kejar nak dapatkan Signature Jovian Mandagie.
Awek awek kat kaunter Tesco semua geram kat Adik Igi.
Sebab susah nak senyum.

Esoknya Adik Igi dengan Nenek atuk nenek pergi shopping baju raya.
Tahun lepas Adik Igi masih dalam kandungan.
Tahun ni adik Igi boleh kutip duit raya banyak banyak.
Gambar pun tengah test pakai baju raya.
Aku macam biasa, tak dapat nak tengok adik Igi menge - test
Baju baru ....sobbbsssss...


Semalam genap 8 bulan dah Adik Igi.
Sangat berat & tersangat tembun.
Pipi pau pun semakin bulat.
Mak selalu cerita kat aku pasal perangai Adik Igi.
Dah semakin besar...semakin cerdik.
Semoga menjadi anak yang baik ya Adik Igi...

Xoxo :
Daela.

Khamis, 2 Mei 2013

Jimba mamba dengan Budak tomei tomei..


Haluuu...Haluuuu... Assalammualaikum.
Senyap sunyi blog mak kan?
Mak busy menyendok uolls.
Haha..tak kelaka kan?
Ni pulak anak sedara senduk.
Kalau duduk kat rumah bukan main susah nak tidur nya.
Sekali masuk kereta , kengkonon nak bawak tengok binatang binatang..
Sekali pandai pulak tidur lena.
Turun naik escalator pun senyap ok.
Lena berlepas ke angkasa lepas pada hal hiruk pikuk nyah kat sana..
Haih...la anak buah...


Happy belated birthday untuk aku..
Kat blog jer aku malas nak update.
Kat luar...18 kali makan kek.hohoho...ayat sedapkan diri korang..
Badan usah cakaplah kan.
Macam tempayan...hehehe.
Sabtu lepas sambut birthday dengan Mama Rayyan kat Sunway Pyramid je.
Laki?
Owh...laki mak penoreh getah uolls.
Susah nak cuti kalau hari sabtu.
Jadi, acara berjimba rama dengan Sister in law je lah.
Yang lain lain bukan ada kat rumah pun.
Semua balik kampung coz cousin iolls buat kenduri arwah.
Kebetullan pulak rayyan tak berapa nak sihat.
Flu dia. kesian pun ada jugak.


Mula mula kitorang mentakedarah kat Ayam Penyet Express.
Aku minggu lepas asyik makan ayam penyet je kot.
Lepas tu macam tak tahu nak makan apa.
Aku fastfood memang kureng sikit.
Tengok mood.
Titiba mood makan ayam penyet pulak minggu lepas.
Lepas ronda ronda tu, singgah mengopi kat Delicious.
Tak cukup mengopi tapau sekali.
Terima kasih SIL sebab belanja kek kek comel dan sedap.
Terharu sebab boleh makan kek dengan seronoknya hari tu.
Kalau dengan Abam?
Hahaha...melintas pun tak nak ok.
Huhuhuhu...
Abam tak kejam ok.
Cuma hint SUPAYA ingat kau dah gemok....
jangan makan yang boleh tambah gemok...


Inilah hasil tangkapan petang itu.
Valvet cake memang tersedap terbaik kat Delicious ni.
Siap ada macaroon kecik kecik kat atas tu.
Sedap bangat uolls.
Lepas tu beli scone & Pavlova.
Sumpah itu pun terbaik jugak..
Lepas tapau semua tu terus balik kepangkal jalan.

Sampai rumah pun tak makan lagi.
Sembang sembang dulu tunggu Abam datang rumah mak iolls.


Abam sampai rumah tak lama lepas tu family aku pun sampai dari kampung.
Lepas tu terus open table cake yang cenonet tu.
Disebabkan dorang masih kenyang..
Aku yang baham kek banyak.
Untung dorang kenyang.
Abam makan dua tiga suap jugak rasanya.
Sebab rasanya tak berapa nak manis kan.
Kalau manis...eh..mintak tangan kau...aku nak luah kat tangan kau...
eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................................

Budak busyuk yang sentiasa susah nak senyum
Aku pun tatau lah kenapa sombong nau mukanya.
Hazab nak bagi gelak.
Aku macam biasalah...buat lawak bangang pun belum tentu rayyan nak senyum.
Gelak apatah lagi.
Abah cakap hari tu abah terbersin.
Sekali Rayyan boleh kekeh kekeh gelak.
Sakit jer hati aku dengar.
Bersin ok...bersin pun lawak rayyan rasa..


Gambar pengubat rindu dikala aku tak joint dorang dating sefamily.
Aku dengan Abam dating tempat lain.

ok babai..

XOXO,

Daela.

Selasa, 9 April 2013

Anak Rimau mengamuk....!!!


Hai uolls...Assalammualaikum..
Korang jangan nak ketawa sangat tengok gambar anak rimau kecik ni.
Jangan pulak ada yang kata aku kuat mendera Rayyan.
Aku memang sengaja buat dia macam gini.
Mak aku pulak tolong pegangkan budak tu.
Bukan main lagi dia menangis lepas pakai baju rimau ni.
Baju rimau ni Mummy Rayyan yang beli ok.
Siap wasapp aku cepat cepat.
Aku pulak...kemain tak sabar nak tengok Rayyan pakai semalam...


Bukan sebab apa pon.
Rayyan memang tak suka pakai topi - cap .
Kalau dipakaikan...
Macam ginilah gayanya.
Sampai meleleh leleh air liurnya.
Marah Abam tengok gambar ni malam tadi.
Aku gak yang dia kata suka mendera Rayyan.


Haaaaa....kan hensem bila Rayyan senyum macam gini nak...
Tu pun jenuh kipas lipas kat dia.
Baju kuning oren.
Hari pulak panas.
Kipas pulak mak aku stock pasang no3.
Manalah tak meragam Rayyan.
Hoho...muka atak senyum meh...bila aku change kelajuan kipas.
Macam bunyi helikopter sekejap.
Kahkahkah...


Cisssss... budget budget comei sangat yek..?
Memang comel pon.
Korang tak cakap comel pun aku tak kisah.
Janji...aku tengok Rayyan buka mata lepas bangun tidur then senyum kat aku dah cukup indah.
Cukup bahagia...Sebab dia kenal aku..
Aku cerita kat Abam macam gitukan..
Laju laju abam cakap..."mesti Rayyan dah lupa kat uncle..."
Mana tak nya..
Uncle busy menoreh siang malam.
Tak sempat nak berjumpa dengan Rayyan & Alili.
Owh ya...tak lama lagi dapat orang baru lagi...
Nanti cerita..supriseeeeeeeee!!!!!!!!!


Olololo....so suwitttt...bak kata Alili
Rayyan sekarang dah start makan nestum campur dengan susu.
Petang semalam, 1st time aku bagi dia menyusu campur nestum tu.
Kemain happy lepas dia minum.
Bertambah crepe lah tangan, pipi dia esok esok.


Ni gambar ulang tayang ketika memakai topi balik.
Kali ni nak tayang kat Cik Pramugari.
Sekali lagi rayyan menangis manja.
Nasib biji mata kat baju rimau tak tertanggal.
Sekuat hati Rayyan cuba mencabut topi itu..
Kesian pulak aku tengok...


Hahahahaha...
Tak sanggup nak tengok dia menangis lagi.
Muka dan expression sangat orang ingat aku kaki mendera.
Padahal saja dia jer buat muka macam gitu.
Kengkonon sakit sangat pakai topi.
Kannnn???


Sila tengok gambar yang aku bulatkan.
Kemain ada ekong kat baju anak rimau.
Punyalah nenek Rayyan tak gemo cucunya ada ekor macam gitu.
Ada ke patut dia nak gunting??
Hahaha...


** Titiba petang semalam ada orang kat area rumah aku cakap yang esok (hari ni) tak der air.
Balik rumah, aku isi semua air dalam baldi baldi yang ada.
Then tadi abam call aku cakap memang today air tak der.
Hermmm...harap harap hari ni jer tak der air..

ok bai..

XOXO,

DAELA mak ngah rimau....auuummmm...ahahahaha