For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 26 Mac 2013

Ke Ikea kita bawak Kembar Durian Crepe.. eceh...!!!


As Salam.
Kali ini entry aku sangat penuh dengan gambar.
Bukan warna warni.
Sebab lokasi berwarna samar.
Then aku gatal gatal tangan pergi edit sampai muka jadi putih melepak.
Jadi, segala product pemutihan yang glamer  di pasaran tidak digunakan.
Hahahahhaa.

Ok, Saturday lepas, aku , Farano , Anjan , Rayyan & Alili berjimba rama.
Apsal Abam x der?
Ok, Abam menoreh waktu pagi sampai waktu senja.
Apsal Acik atau adik aku azrul x der?
Ok, Azrul kerja sekarang ni sama level dengan bangla. Sabtu /Ahad kerja non-stop. kakakakaka
Apsal Anjan tak bawa isterinya?
Ok, Kak cik a.k.a Mak su kerja. Dia kerja lagi hebat. cuti hari biasa sahaja.
Jadi, kitorang yang cuti sabtu/ahad ni...terpaksa berjalan tanpa pasangan.
Bunyi macam aneh jer kan??


 Destinasi  utama adalah makan meatball.
Nak bagi lemak bertambah.
Meatball tembun yang paling best kat ikea kan?
Selalu aku makan rasa biasa jer.
Tapi hari tu over syok pulak.
Sebab kalau dengan Abam, muka dia muncung jer kalau aku nak makan meatball nih.
Sebab tekak dia tekak melayu.
Nak makan nasi.
Aku pulak semua pun makan.
Rasa rugi kalau tak reti makan.
Kecuali Sushi .
Korang campak sushi ke, yg gulung gulung sushi tu ke?
Heeeeee....mampuih aku tak boleh nak telan.

Abam usah cakaplah kan.
Melintas depan sushi pun dia tak mau.
Belum lagi ajak..
Pernah aku try nak makan kat Shogun.
Baru jer cakap restoren jepun..terus cakap tak payah lah.
Walaupun tempura kat shogun sedap kan?

1st time ever aku makan tempura kat shogun.
Itu aku boleh makan.
kahkahkah.


 Ewah....jangan nak sengih sampai nampak gigi sangat si tudung coklat.
Nampak macam dagu runcing sangat.
Tu sebab syok perasan.
Padahal...badan...macam tempayan.
Yang tudung merah tu....kuruih.
Dalam gambar nampak besar kot.
Sebab happy dah ada baby..
Ke..kuat makan kot?
Tapi...tak kisahlah...janji happy.
Owh...Rayyan muka macam tersepit jer kan?
Padan muka...
Ahahahaha...


Plan asal aku , farano & Rayyan jer yang nak pergi.
Malam tu dah tekad cakap kat Abam..
Kalau rayyan nangis nanti, pandai pandailah kitorang pujuk.
Abam kan selalu pujukkan rayyan kalau dia menangis.
So, perasaan cuak tetap ada...
Hapa hapalah perangai kan?
Esok tu, lepas abam selamat pergi menoreh,
Aku terus landing kat rumah mak.
Dalam pukul 11 am tu baru siap siap.
Tengah siap siap, anjan cakap dia macam bosan duduk rumah.
So dia amik keputusan nak ikut jugak.
Tengah kecoh kecoh nak kunci rumah, Alili pulak datang.
Dia pun cakap nak ikut.
Nak di tinggal...mak aku tengah busy tolong orang memasak.
Jadi, siapkan alili pulak.
Nasib ada baju kat rumah mak.
Kalau tidak....hahahaa...isi tempat kosong please.


Dah penat berdukung, time untuk kasi susu pulak.
Sekali uols, Rayyan sangat good boy.
Aduh...rasa macam sanggup bawak pergi jenjalan lagi.
Dah la baik, sengih sengih bila di agah.
Kemain lagi.
Langsung tak merengek.
Maybe happy kot dapat melihat keramaian umat manusia kat Ikea.
Yer...memang ramai orang kat sana.
Dalam setengah jam jugaklah baru dapat table nak mencekik.


 Barulah terasa macam mana ada anak kecik.
Time Farano makan, aku tolong pegangkan Rayyan.
Begitulah sebaliknya.
Nasib baiklah Rayyan belum boleh makan.
Kalau tak...confirm meatball yang aku beli tu tak cukup.
Kakakakaa..


 Alololo...comeinya muka Rayyan.
Yang tolong dukung tu memang comel dah lama.
Rayyan sekarang kuat main belon.
Mulut sentiasa jer ber belon.
Tu yang mummy Rayyan asyik cakap rambut tinggal sikit.
Rayyan kuat menyembur...


Ha...sapa nak makan durian crepe..?
Sekarang ni durian crepe ada.
Tapi, taklah macam hari tu.
Fenomena melanda. Aku pun terjebak seh...
Kitorang kat rumah dah ada kembar durian crepe.
Tapi tak boleh makan.
Gigit gigit sudah.
Lengan rayyan dengan durian crepe pun susah nak beza.
Ketak ketak uols, tangan anak buah aku tu.


 Muka macam tak happy je.
Kenapa eh rayyan?


Sikit lagi kaki Rayyan masuk dalam kuah meatball.
Jenuh tarik kaki rayyan agar tak tercelup kat kuah meatball.
Tu yang sampai terbujal perut rayyan terkeluar.
Comel?
Comel sangat bila nampak perut..


Aku Rayyan. Kau ada masalah??

Ini Gambar peberet Uncle Abam rayyan.
Siap buat wallpaper kat henpon garu.

Lepas berjimba, terus pergi KL pulak.
Nasib baik aku bawak pakar cilok jalan KL.
Kalau tak...menaya jer..
Lepas beli belah terus otw balik.
Tengah nak menyampaikan area rumah..
Farano pulak mengidam nak minum coconut shake.
Sory, gambar tak der.
Yer uolls, kedai tu buka time sabtu/ahad jer.
Isnin sampai jumaat tutup.
Isteri anjan teringin nak coconut shake jugak.
Terus tapau kan then buat delivery kat Sunway Pyramid.
Woahhhhh.....

Sungguh panjang perjalanan hari tu.
Lepas sampai rumah
Agah agah Rayyan kendian terus mamat tu menangis manja nak tidur.

Ok dah. babai

XOXO,

Daela

3 ulasan:

applemintlady berkata...

tangan tu tak kongsi pa cai xsah..

Mimy Hamid berkata...

comel bam bam semakin menjadi la rayyan macam kena pam...ni muka macam anak ko ngan amy je oi..korang dukung orang caya sebijik muka amy oi....amy geng ngan megat la tak suka tul makanan lain selain melayu..tekak kg katanyaaaaaaaaaa

daela berkata...

Farah: kahkahkah...itu ler pasainyerrr...

Mimy: Memang, ada orang tanya ni anak aku ker? hehe...Amy kata tekaknya orang melayu kampung sangat. Kalau makan pelik2 mulalah...sakit perut lah, sebulah...hishhh...macam macam..