For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 28 November 2013

" Nur Zara Aleesya"


Assalammualaikum... hello..Apa khabar semua..?
Ok ok...aku ada hutang cerita pasal GC lagi kan?
Nanti try update lah yea?
Mood malas dah datang.
Nak update blog pun rasa malas sangat.
Padahal banyak nau nak kepoh kat blog.

Disebabkan excited tahap max, aku update jugak pasal ni..
Baru baru ni dapat anak buah perempuan.
Suka lettew Mak aku ngan Abah aku tu..
Dapat cucu perempuan kan?
Cucu perempuan pertama dalam family aku...hee
Masa ni Baby Zara baru tengok dunia beberapa minit selepas lahir.
Muka pun tengah tembam sangat.


Berat Baby pun tak macam Rayyan Zariff.
Rayyan 3kg lebih.
Baby Zara 2.8kg. Halusss jer nak angkat pun tak berani..
Kesian Kak cik ataupun adik ipar bongsu aku ni.
Memula boleh bersalin normal.


Mak aku orang yang paling happy bila dapat tahu kandungan menantu nya adalah anak perempuan.
Gila tak happy.
Dua dua cucu hero.
Bila dapat perempuan...huiii baby dalam perut lagi mak aku dah belikan baju uolls.
(pembetulan.. **Adik ipar aku Nurul Farhana yang belikan...hahahaha...sorry mak incikkkk...)
Kan...nampak tak sekarang ni sapa yang over excited..??


Napa Baby muka masam jer ni?


Baby Zara lahir pada hari Khamis malam jumaat.
Malam khamis tu family aku semua dok call call sebab nak bagitahu Kak Cik dah masuk hospital.
Kesian Kakcik, 24 jam kena tahan dalam ward sebelum bersalin.
Mula mula ikutkan dalam keadaan normal.
Tapi...dalam pukul 7 petang khamis tu KakCik demam panas pulak.
Terus Dr. suruh operate dan dan tu jugak..

Masa tu aku kat rumah lagi..
Kemudian Abam cakap dia pun tak sihat.
Satu badan sakit sakit.
Lepas bawa Abam pergi klinik , Mak call bagi tahu kak cik sekarang ni tengah dalam operation room.
Terus aku pulak yang gabra..
Tup tup aku pun rasa nak demam jugak..
Seram sejuk dengarnya...

Sampai je kat hospital, Sibling aku semua dah ada.
Masing masing tengah berdebar menunggu keputusan Dr.
Maklumlah...benda yang melibatkan nyawa yer dak?
Sorang sorang cousin kitorang datang.
Meriahlah hospital masa tu.
Mak Kakcik sempat lagi masak masak sebelum datang hospital.
Makanya...ada jugak upacara makan makan sekali..


Bila adik aku call tanya Kakcik dah lepas ke belom operation setelah 1jam lebih
And jawapannya Yes.. so...terus mak aku ngan besannya naik keatas nak tengok baby.

Haa...Aku suka tengok Abam memangku baby Zara..
Sobsobsob...


Tengok...kecik kecik Baby dah pandai kenyit kenyit mata..
Jangan nakal nakal Zara tau..
Jadi anak yang baik & solehah..
Jangan nanti jumpa Anyah kat Lift..anyah mintak singgit..
Padahal kat rumah dah bagi dua ringgit...hahahaa...
(Alili lettew..)

** DIA lebih mengerti perasaan ini.. 


xoxo ,
Daela

Khamis, 21 November 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 6 ( Paradise Country Farm )














Well hello and Assalammualikum..wbt.
Salam sejahtera blogger semua..
Ok..today last day dah kat Aussie.
Sedih sangat rasanya..
Entah bilalah nak datang lagi..?
Mungkin hanya dalam mimpi..
Ingat lagi..masa mula mula nak mulakan perjalanan aku tempohari..
Sedih sebab tinggalkan Abam, familly..
Tapi bila da beberapa hari kat sana sedih pulak nak tinggalkan negara kanggaroo ni..

Itinerary terakhir adalah Paradise Country farm, Harbour Town and Wax Museum.
Hari ni memang padat dengan aktiviti..


Kitorang sampai kat sana lebih kurang pukul 10 pagi waktu tempatan.
Keadaan agak mendung seakan akan tahu yang aku dah nak pulang..
Langit mendung dan awan berarak perlahan..
Ok tak mo sedih sedih..sebab aku kan dah selamat sampai sini yer dak?
Travel Agent bagitahu yang kitorang akan berada di situ sampai pukul 12tengah hari?
Aku terus tengok jam.
Hurm... Apalah nak buat selama dua jam dalam kandang kangaroo ni?
Rupanya sekali lunch kekdahnya..


Bunga bunga kembang yang segar di mata aku..


Bunga kembang lagi..


Hahaha spot aku kat mana?
Ok dalam kandang ni ada koala dengan kangaroo.
Korang boleh makanan kangaroo berharga $1 
Aku tak beli pon makanan tu sebab ada kawan aku yang baik hati telah beli dua.
Rupanya satu untuk aku..
Dia buat lawak bangang cakap kalau tak feed kanggaroo kau boleh makan makanannya..
Kong ajaq kat situ kan?

Bapak kangaroo ni semua pemalas.
Lepas tu baunya agak busuk jugak.
Mujurlah iklim lembab kan..
Bau busuk tu kurang menyengat.
Tapi semua jinak jinak..


Eiiii aku akan merindui kawan aku yang baju kuning itu..
Semoga dia berbahagia lepas ni.
Sebenarnya sedih...., 
Nak buat macam mana... Sudah itu pilihan dia..
Azri si baju kuning ni memang maharaja lawak kat office aku.
Korang boleh sasau kalau dia duduk sebelah korang..
Ada jer lawak yang dia suka suki buat.

Abam cukup suka tengok gambar gambar yang azri ada.
Dia cakap azri sorang jer gambar tak cover..
Lain lain semua muka cover..
Hah..memang...memang...!!
Aku da la tegeliat.
Parody aku tengah menahan sakit pun ada gambar nya..
Aksi memang from dia..
Selebet punya bapak budak..

Azri ternganga sebab dia cakap eiiii kangaroo ada air liur..
Puiiih...geli aku...


Aku penggeli orangnya.
Gaya pun macam nak cabut lari jer lepas tu kan?
Macam sedia nak lari jer bak kata kawan aku..
Kat tangan kanan tu sebenarnya mana ada apa apa.
Kosong..wayang jer tu..
Sebab aku geli bila kangaroo makan air liur dia meleleh..
Eh iya ke? Ke azri membongak aku..????


Lepak lepak sambil menunggu ada kengkawan lalu depan mata..
Lepas tu smile...dan mintak snap lagi sekeping gambar..


Memula kitorang berempat jer..
Lepas tu beramai ramai pulak..
Tapi gambar yang beramai ramai tu tak share lagi..


Just letak gambar lantern dan garpu jer..
Makanan masa tu agak lama kena tunggu.
Sebab titiba ramai pulak tourist yang baru sampai kat sana maybe dari China kot..
Kitorang semua dah la kebuluran tahap gaban..
Huii...menderita nak makan makanan sana uolls.
Sebaik jer siap makanan kan..terus makan tak pandang kiri kanan..
Hahahaha...mangsa kebuluran...


Owhhh...ok babaiiii....nanti datang lagi bisik hati ni..
Eh..datang lagi ke kan?
Lepas jer makan, laju jer kitorang berjalan menuju tempat parking bas.
Sebab nak shopping kat Harbor Town pulak lepas ni..
Katanya murah kan....?
Murah sangat ( tangan dibahu mata ke atas...!!!)

ok till then,
Assalammualaikum....

xoxo, 
Daela

Rabu, 20 November 2013

Gold Coast Australia 2013 - # part 5 ( Beach...sob sob sob..entry aussie dah nak habis.. )


Weeeeeee....Assalammualaikum..wbt.
Salam sejahtera kawan kawan..
Sedihnya nak tinggalkan bumi Aussie ni.
Today adalah last day kat sana..(padahal dah 3 minggu aku kat sini..puiii)
So, acara last day adalah melawat ladang kanggaru katanya..
Lepas tu ke Harbour Town yang lebih kurang JPO kat JB tu.
Walaupun aku tak pernah sampai kat JPO lagi..
Feeling feeling terror gitu kan?

See...cantikkan keadaan beach kat area Surfers Paradise kan?
Kalau korang nak tahu ketika ni jam menunjukkan 5.30 pagi.
Cerah sangat macam tengahari.
Sanggup & gigih  kitorang berlima bangun pagi sebab nak menikmati keindahan waktu pagi kat sana.
Kengkonon nak try gak mandi laut.
Tapi mak aiii..air laut sangat sejuk.


lebih baik bayang bayang sendiri.. tapi lebih takut kalau bayang bayang orang lain..
Tak gitu??


Walaupun seawal pagi kan.. tetap ada gak manusia gigih yang mandi laut.
Pelik jugak..tourist gamaknya?
Lagi pun masa ni ombak kuat sangat..
Angin pulak bertiup sangat kencang..
Habis seluar baju berpasir..


Seindah mentari pagi...


Lepas habis seisi bergambar kat beach kitorang lepak kat pool di hotel.
Masa ni dah pukul 6 pagi.
Sekejap jer kitorang merewang.
Tak berani pun ada sebenarnya..
Maklumlah...jantan jantan office kitorang semua sibuk nak tido..
Bila call semua malas nak joint pergi beach.
Bila tengok gambar lepas tu...semua meroyan cakap apsal kitorang tak ajak.

Puiii...kecoh dorang ni.
Time ajak semua nak membuta.


Aku memang malas nak bawak balik baju basah.
So, memang tiada niat langsung nak mandi mandi atau basah basahkan diri kat pool or laut.
Tapi kawan kawan aku cakap kat pool tu air dia suam.
Terus aku merendam kaki.
Yes..memang suam sangat.
Syok jer rendam kaki.
Yer... kaki dah la sangat sangat penat berjalan..

Dalam sejam jugak kitorang lepak kat pool tu.
Masih tidak ada orang pun yang datang nak mandi kolam.
Conquer kolam lah mak mak budak ni semua.
Puas dorang berendam..


Ini permandangan dari bilik kitorang.
Bangunan warna pink tu pun kalau tak silap hotel.
Eh..entah?

Lepas berendam tu kitorang terus pergi breakfast.
Sekali lagi breakie awal.
Sebab lepas tu terus siap siap nak melawat tempat last ketika dia Aussie katanya..
Sedar tak sedar dah nak balik dah rasanya..
Sekejap sangat kan?
Korang kalau banyak duit, jalan jalan lah kat sini..
Best...!! eh..


See yang tugu gitar tulah Hard Rock Surfers Paradise.
Memang betul betul bawah hotel Grand Chancellor ni.
Aku ada beli satu baju HR untuk Abam.
Beli jiwa katanya..hahaha.
Dah kerja aku turun naik HR sebab beli baju takut salah size.
Kecohkan?
Sampai Sale Asst tu naik kenal aku.
Siap buatkan membership lagi tu.
Mana tak nya, sorang sorang ajak turun untuk belikan baju isterilah,
Baju anaklah..baju untuk suamilah..
Mana tak kaya HR kan?
Sekali beli 2-3 helai pulak tu.

owh...ok..
till then.. nanti sambung kat Paradise Farm ek.. In Shaa Allah.. baii

xoxo, 
Daela