For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 10 Mei 2013

First time mengundi...Apa daaaaaaa???

 Phewwwww....
Hai uolls...Rinddduuuuuuu.....
Assalammualaikum...Salam Sejahtera.
Woah...Aku busy tahap max sampai bulan depan.
Haha.Apahal pulak kecoh bagitau diri busy kan?
Yup. Ok, jangan tanya sangat tau...Aku sampai nak baca blog pun x sempat..
Maknanya...busy ada hal besau nau lah kannnn...

Korang pergi mengundi tak?
Aku first time ok. Dasyat kan perangai??
Tak sempat nak mendaftar lah yang lepas lepas tu..
Terasa rugi sangat ok...
Aku nak cerita pasal mengundi pun tak best sangat.
Blog lain semua dah jauh pergi tah kemana mana.
Aku baru nak update pasal ngundi.
Dasar kan???

Gambar memang tak de kena mengena dengan mana mana parti.
Please... jangan tanya aku vote yang mana..
Semuanya...Rahsia..!!


 Bila dikatakan aku boleh mengundi bila on9 SPR.
Wah..teruja macam hapa jer masa tu.
Abam siap kutuk kutuk aku cakap da tua bangka baru nak mengundi.
First time lak tu.
Tak habis habis dia membahan aku tau.
Aku....? Buat dek jer.
Kang lebey lebey aku sentap sendiri kang.
Haha.

Bila dah tau kat mana boleh  mengundi,
Ada sikit kekecewaan.
Abam dah buat pertukaran alamat mengundi 3 tahun lalu.
Sebelum kitorang menikah.
Tapi uolls, tak layak mengundi kat sini.
Terus berbelah bahagi kitorang nak mengundi kat mana dulu.
Sebab masing masing rasa macam rushing sebab masa tu Selangor belum putuskan cuti umum.
Hari Jumaat lepas tu,
Elok je tahu Selangor dapat cuti umum,
Aku dah laju text abam kat ladang getah.
Huhu....boleh balik lenggang lenggang kan..


Auuuwwww....jari yang gebu montel tu jari mak uolls.
Sikit jer orang SPR calitkan.
Hah..yang jari macam tercelup kat botol dakwat SPR tu...
Faham faham lah jari sapa kan.
Dasyat ooo...kat tempat Abam ngundi.
Dorang malas nak calit calit weii.
Terus suruh orang ramai celup jari jer..
Hahaha...hah!! cepat sangat korang percaya kan?


Lepas Abam iolls habis mengundi
Kitorang singgah sekejap kat rumah kampung Abam.
Sekejap jer.
Abam nak check surat menyurat.
Lagi pun hujan lebat sangat masa tu dah.
Aku malas nak turun...


 Ok, kesah jalan jem teramat lepas balik mengundi best.
Rasa macam nak tercabut kaki iolls.
Terus mengayat Abam singgah window shopping kat OU untuk hilangkan stress.
Lepas tu Abam belikan aku kek untuk penambah berat badan.
Belated cake katanya...
Hehe...rasa sedih dan sendu pulak..
Sebab asyik cakap abam tak kasi aku makan kek.

Terima kasih...:)


XOXO,

Daela..

Khamis, 2 Mei 2013

Jimba mamba dengan Budak tomei tomei..


Haluuu...Haluuuu... Assalammualaikum.
Senyap sunyi blog mak kan?
Mak busy menyendok uolls.
Haha..tak kelaka kan?
Ni pulak anak sedara senduk.
Kalau duduk kat rumah bukan main susah nak tidur nya.
Sekali masuk kereta , kengkonon nak bawak tengok binatang binatang..
Sekali pandai pulak tidur lena.
Turun naik escalator pun senyap ok.
Lena berlepas ke angkasa lepas pada hal hiruk pikuk nyah kat sana..
Haih...la anak buah...


Happy belated birthday untuk aku..
Kat blog jer aku malas nak update.
Kat luar...18 kali makan kek.hohoho...ayat sedapkan diri korang..
Badan usah cakaplah kan.
Macam tempayan...hehehe.
Sabtu lepas sambut birthday dengan Mama Rayyan kat Sunway Pyramid je.
Laki?
Owh...laki mak penoreh getah uolls.
Susah nak cuti kalau hari sabtu.
Jadi, acara berjimba rama dengan Sister in law je lah.
Yang lain lain bukan ada kat rumah pun.
Semua balik kampung coz cousin iolls buat kenduri arwah.
Kebetullan pulak rayyan tak berapa nak sihat.
Flu dia. kesian pun ada jugak.


Mula mula kitorang mentakedarah kat Ayam Penyet Express.
Aku minggu lepas asyik makan ayam penyet je kot.
Lepas tu macam tak tahu nak makan apa.
Aku fastfood memang kureng sikit.
Tengok mood.
Titiba mood makan ayam penyet pulak minggu lepas.
Lepas ronda ronda tu, singgah mengopi kat Delicious.
Tak cukup mengopi tapau sekali.
Terima kasih SIL sebab belanja kek kek comel dan sedap.
Terharu sebab boleh makan kek dengan seronoknya hari tu.
Kalau dengan Abam?
Hahaha...melintas pun tak nak ok.
Huhuhuhu...
Abam tak kejam ok.
Cuma hint SUPAYA ingat kau dah gemok....
jangan makan yang boleh tambah gemok...


Inilah hasil tangkapan petang itu.
Valvet cake memang tersedap terbaik kat Delicious ni.
Siap ada macaroon kecik kecik kat atas tu.
Sedap bangat uolls.
Lepas tu beli scone & Pavlova.
Sumpah itu pun terbaik jugak..
Lepas tapau semua tu terus balik kepangkal jalan.

Sampai rumah pun tak makan lagi.
Sembang sembang dulu tunggu Abam datang rumah mak iolls.


Abam sampai rumah tak lama lepas tu family aku pun sampai dari kampung.
Lepas tu terus open table cake yang cenonet tu.
Disebabkan dorang masih kenyang..
Aku yang baham kek banyak.
Untung dorang kenyang.
Abam makan dua tiga suap jugak rasanya.
Sebab rasanya tak berapa nak manis kan.
Kalau manis...eh..mintak tangan kau...aku nak luah kat tangan kau...
eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................................

Budak busyuk yang sentiasa susah nak senyum
Aku pun tatau lah kenapa sombong nau mukanya.
Hazab nak bagi gelak.
Aku macam biasalah...buat lawak bangang pun belum tentu rayyan nak senyum.
Gelak apatah lagi.
Abah cakap hari tu abah terbersin.
Sekali Rayyan boleh kekeh kekeh gelak.
Sakit jer hati aku dengar.
Bersin ok...bersin pun lawak rayyan rasa..


Gambar pengubat rindu dikala aku tak joint dorang dating sefamily.
Aku dengan Abam dating tempat lain.

ok babai..

XOXO,

Daela.

Jumaat, 19 April 2013

Dah Pregnant baru aku update story dorang bersanding...ko mampu???Hahaha..

 Assalammualaikum uolls...

Woah...berjanggut tondan baru aku update story pasal adik aku kahwin kan?
Sory lah uolls. mak busy sangat sampai tak terupdate blog uols.
Sebelum aku terlupa terus nak cerita pasal wedding dorang ni,
meh aku flashback balik cerita..
Hari sabtu dorang nikah kat Masjid area Kg. Lindungan.
Malam sabtu pulak ada acara bersanding lagi uolls.
Tapi gambarnya aku taruk kat bawah.
Actually ada banyak.
Tapi sempat snap pakai henpon garu 2 ketul.
Selebihnya tumpang glam pakai camera orang lain.
Dasar henpon garu yang sentiasa kena cas. puii betul.
Elok jer snap second pict,
Henpon pun padam.
Hahaha. nampak lawak kan?
Ketawalah....
esok aku beli henpon 3310.
Dah tentu tahan lama & maki.

Pengapit sebelah kak cik a.k.a Mak su (Ajar rayyan panggil mak su) adalah adik kakcik.
Comei dak kak ton?
Eh...nama dia Aisyah. Comei kan....
Baju dia lawa uolls...
Ramai orang dok berkenan.

Pengantin mengenakan tema dark purple pada siang hari.
Macam tiru aku jer kan?
Eh...tak lah...aku jenis tak obses pada warna.
Aku beli ikut dan & kesukaan.
Bagi aku tak perlu obses sangat.
Sebab nanti mati jugak.
Tapi, Kak cik ngan adik aku obses warna Purple.
Semua benda pun nak warna Purlpe.
Tapi macam pelik pulak...masa dorang bertunang dulu pilih Pink.
Herm...konfius pulak aku. titiba teringat sekarang nikan..

Yang berdiri sebelah adik ipar aku tu Shawn Ann.
Aku bukan kenal dia sangat.
Dia pun dah sasah tak kenal aku.
Tapi, dia empunya pelamin dan pakaian pengantin.
Korang boleh google FB dia.
Now dah buka butik kat PJCC Kampung Medan.
Sebelah adik aku tu make up dorang pada hari menikah & bersanding.
Sangat cantik uolls.
Jeles tengok kereta dia...
eh ke situ pulak.


Dari kiri :

Along, Ecah (nama glamer uolls) , Kak cik, Kak Yang  & Kak Ngah.
Aku tahu nama nick name dorang jer.
Malas nak jengah jengah kat FB dorang.
Haha.
See..semua cun cun uolls.
Iolls je yang tak bermake up bagai masa majlis tempohari.
Busy uolls.
Make up tebal pun cair sebab hari panas nau hari tu...
Kakak kak cik yang bernama Kak Yang tu tukang jahit uolls.
Semua baju dorang dari sabtu sampai Ahad dia yang jahit.
Adoiyaii...jeles aku.
Kemain cantik cantik Kak Yang jahitkan.
Sapa sapa yang nak tempah baju boleh tempah kat dia.
Tapi dia kat Ipoh.
Peplum lah, kebaya ni aku rasa dia pandai kot, jubah pun reti & baju kurung.


Bergambaran sebelum turun ke bawah bersanding.


Make up kak cik sangat cantik.


Lepas selesai semua majlis persandingan, makan & potong kek
Dorang bergegas pergi tangkap gambar outdoor katanya.
Lokasi aku tak ingat kat mana dorang bergambar ni.
Yang pasti..lepas kitorang kira duit salam tetamu kasi,
Dorang sampai.
Haha.
Di sebabkan tiada majlis bertandang,
Jadi kenduri hari Ahad adalah besar besaran.
Mak & Abah aku pun happy sangat sebab selesai tugas mak menjaga kitorang semua.
Sekarang masing masing ada keluarga sendiri.
Terima kasih mak & Abah.
MakAbah & besannya Cik Midah & Pak Din ambil keputusan untuk membuat kenduri sekali harung.
bukan apa uolls, 
Buat sekali lagi senang dan jimat masa tenaga orang kampung.
Ada pulak yang bawak parang kalau tiap tiap minggu pasang khemah.kannnnn???
Dah la sekali pasang 12-13 khemah sekali.
Pitam uolls.

Menu pulak macam biasalah
Rendang daging, ayam masak merah, ulam ulam, yong tau foo (yang ni mak aku sponsor)
Ikan patin tempoyak (mak kak cik sponsor) ha..lain lain macam biasalah.
Ada desert gandum, cendol & air sunquik  grape & lemon.


Ok, berbalik pada malam sabtu tu,
kata orang majlis berinai macam gitulah..
Aku boleh sumbat kain baju macam nak pergi jogging ok.
Tu yang semua gambar aku tak ada.
Orang lain semua sibuk lawa lawa.
Aku sama macam bibik ok.
Dengan Abam yang demam panas time malam.
Adoiyai..itu yang bawak baju aci dan jer kot.


Peace...

Lepas tu dorang berdua seminggu honeymoon ok.
Genting-Cameron-Pangkor.
Ohya, aku nak bagi tau...Rumah kak cik & rumah mak adalah selang setingkat.
Berhadapan pulak ok.
Lepas dua - tiga hari adik aku tu pergi honeymoon ada orang naik atas rumah kakcik jumpa mak kak cik.

Alili : Assalammulaikum...Mak kak cik...o...mak kak cik..

Cik Midah : Wsalam....ooo Alili....kenapa alili datang sini? nak jumpa opah ke?

(Cik midah gunakan nama opah supaya alili ikut panggil opah. ada ke patut panggil nama mak kak cik ok.
ko mampu???)

Alili: Anjan ( Nickname adik bongsu aku) ada kat rumah mak kak cik tak..? 
(Sambil buat muka mengharap...)

Cik Midah : Eh...Anjan mana ada. dia kan pergi berjalan dengan kakcik...g genting...cameron..bla bla bla..

Alili: Alili ingat anjan tak nak turun rumah nenek dah.....
(Alololo...sedih uolls aku dengar mak kak cik cerita...kesian alili...)

CIk Midah : Haa...nanti hujung minggu ni Anjan & kak cik balik yer...Alili tunggu tau..

Alili : Yelah...(terus turun bawah ke rumah nenek..tanpa menceritakan apa apa pada neneknya)

Rupanya alili rindu pada Anjan.
Selalu Anjan yang suka babab & melayan budak tu.
Alhamdullilah...now Kak cik dah berbadan dua.
Wah...bunting pelamin katanya.
Semoga semua selamat lah ya.


**Ada rahmat disebalik semua kejadian....

XOXO,

Daela.