For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 3 Disember 2010

Random ::Hotel Istana by Masa Dinner 2010::

 
Ewah ewah, bling bling ko Kak Jah.
Bersinar sinar.Tak sangka, snap titiba bersinar sinar ko.
Ok, Setiap tahun, company aku dapat Invitation ke Masa Dinner At Hotel Istana
Tak sangka, tahun ini tahun kedua aku dapat kesana lagi:)
Alhamdulliah.
Seperti tahun lepas,
Aku dan staff staff yang dijemput akan bersiap dari office saja.
Tak perlu pulang kerumah, 
Sebab, nak melintas masuk ke Ibu kota waktu petang sangat sangat hazab.
Jadi, semua pun ready  baju, make up & wangi wangian sekali dipejabat.


Setelah sampai ke HI singkatan untuk Hotel Istana,
Perut semua sudah menyanyi lagu Wings bertajuk Jerangkung dalam Almari.
Tapi tahan & control cun masing masing kot.
Tahun ini tiada Sarimah pengacara feberet aku.
Dia telah diganti dengan Helmi Gimik.
Semua orang pun macam...ooooooooo...tatau la best ke tak kalau dia jadi pengacara kan.
untuk malam tu.
Selepas Menteri memberi ucapan sepatah dua kata,
Muka muka boring mula tersenyum lebar.
Mana tak nya, kami kebuluran tahap gaban.
Nah, sekali waiter tu hidangkan first menu , 
haaa...sekejap jer food licin.Tipu la...
kata majlis koprat, takkan lah nak makan selaju seperti makan di pantry.
Adap dan sopan ala ala ketimuran tetap ada..:)
Sambil makan sanggup gigit sudu dari habis lipstik kan kan?hahaha
Prawn Oat Butter ni sangat sangat sedap.
Aku makan 3 ketui udang.
Dan serdak serdak oat yang sangat sedap tu.
Siap ada daun kari..adeh..teringat ingat sampai sekarang..
Macam biasalah, kalau dinner kat hotel,
makan malu malu sambil cover coz semeja ngan Director yang bujang.
hahaha, tak kuasa kot.
Sebab hidangan berlambak lambat ikut list.
Ayam ado, ikan ado, sayur ado..
desert ado..ha..desert sedap sangat...maaf tiada gambar.
Btw, kesian kat diri aku ni..
Aku tatau pulak yang erry putra ni sudah jadi penyanyi.
Titiba malam tu, ada dia ni buat performance pulak.
Lagu dia aku nyanyi lagu Shahir.
Boleh la..suara dia ni..
Selain dia, ada Alyah & Andy Flop Poppy.huaaahhh..ngatuk masa dia ni nyanyi..
Ok, aku ada cakap td kan,
Pasal Helmi Gimik.
Memula tu agak boring gak.Coz, dia titiba buat belagak speaking london dengan lagaknya..
Sebutan agak jelas, tapi cam melampau pulak.tapi still under melawak.
Ha...sekali dia buat aksi aksi...wah...tak kering gisi kot semua orang.
Memang terbaik la..melawak jer.
Sporting pun jugaklah.
Dia menyanyi..dia berjoget.
Ok, habis cerita pasal dia.Tahniah coz buat malam tu jadi gamat & ceria.

Hurmm...Luck my Director bujang nilah gamaknya.
Dah dua kali dia naik pentas dapat cabutan bertuah.
Kali ni dapat mini fridge.
Kan ke kira bertuah tu..
No. lucky draw dia ngan aku dekat dekat tau.
Dia 0061 aku 0062.Tapi aku redha..sob sob sob..
Ada jugak guest dapat ipad.Tv LCD 40 inch.
Ha ko...melotup hadiahnya..
Ok, kita tutup entri ini dengan bersyukur pada yang maha ESA..
Aminnn....

Try Masak Yee Mee ♫♫♫♫ nasib baik jadi..

 
 Hollaa..
Petang semalam kan, sambil pecut bawak moto,
otw balik rumah, aku terfikir nak masak apa untuk makan petang.
Amy sekarang sudah tak mahu makan waktu malam.
Dia berdiet.Aku tidak boleh berdiet.Perut akan menyanyi kalau tidak makan.
Bila Amy kerja petang, aku akan jarang jarang kedapur sekarang ni.
Kebetulan semalam masa kat office ada orang belanja makan Domino pizza,
lepas tu seharian kebuluran.Itu yang berangan angan nak makan yee mee buatan sendiri.
Sampai dekat area rumah, aku singgah kedai.
Beli ingredient untuk masak kuah yee mee.
Mee Yee Mee sudah aku beli 2 minggu lepas.
Bahannya:

Ayam (Ambil tang dada sahaja)
Sedikit Udang
2-3 ekor sotong
Sedikit sayur sawi
Lobak merah untuk mencantikan masakan
Cili padi 4 biji ditumbuk kasar
bawang putih
Secubit garam
Serbuk perasa
Sedikit lada sulah
rebusan stock ayam( pakai maggi pasti sedap pun ok) 
Sedikit tepung jagung
Sebiji telur

Tumis semua bahan, kemudian masukkan air rebusan stock ayam.
 Pecahkan sebijik telur dan kacau jika mahu telur itu hancur atau biarkan sahaja.
Masukkan sesudu tepung jagung dalam cawan kemudian, kacau sampai rata
barulah dimasukkan dalam periuk dan kacau.
Pada sapa sapa yang suka kuah tu pekat, boleh tambah tepung jagung lebih sikit


Haaaa...pasal ternampak gambar ini dalam henpon lah aku teringat ingat nak masak Yee mee.
Tapi yang ini kuah nya hitam.
Aku belom berani untuk cuba yang hitam gini.
Mungkin banyak bubuh sos tiram & kicap.
Btw, nasib baik cubaan aku membuat yee mee putih(ayat untuk sedapkan hati)
menjadi.Kalau tak jadi, aku makan jugak..sebab lapar..hahaha
Tiada yang kelakar kalau tengah lapar ok!!

Rabu, 1 Disember 2010

:: Hobi ::

Lately ni aku suka betul masak & makan.

Aku akan suruh Amy buat pilihan untuk aku masak.
Coz aku sudah jemu masak atas pemikiran aku sendiri.
Kalau Amy malas nk tolong fikirkan sekali..
Aku hanya masak ikan goreng bercili kurang pedas dan sayur goreng.
Sampai tahap tak tahu menu apa yang nak dimasak.
Sebab, aku hari hari masak kat rumah.
Bukan sebab rajin sangat, tapi sebab sudah jemu..i repeat  JEMU makan kat luar.
Bila ada pasar malam dekat dengan rumah, aku akan ajak Amy pergi beli bahan basah.
Sambil tu tanya tanya dia nak makan apa.
Titiba dia cakap mahu makan nasi ayam.
kwang kwang kwang..
terkujat sekejap aku.
Aku mana pernah masak nasi ayam sendiri tanpa Emak yang guide dulu dulu.
Tapi tetap cover line cakap yang aku akan cuba masak.Kalau tak sedap sila marah lepas tu.
Setelah bahan bahan dibeli,
aku balik rumah try masak.
Lucky day coz amy tak menggangu aku didapur.
Sebab aku rasa kekok kalau ada mata mata yang memerhatikan aku kat dapur.
Rasa macam semua kau buat serba tak kena.
Nak nak pulak orang yang ada kat dapur tu kaki komplen.
Sure aku gabra semacam saja:)
Masak Nasi ayam ni sangat mudah.
Mula mula rasa macam susah.
Tapi selepas jadi plus siap terus rasa mudah sangat kalau kita rajin.
Hahaha..titiba pulakkan?
Ayam potong 4.
Rebus anggaran 5 minit.Kemudian perap ayam dengan kicap, cinnamon & sos tiram.
Kemudian goreng.
Sup ayam buat macam biasa.
Nasi  pulak, Majerin , sup ayam.
sayur pulak seperti gambar diatas ataupon 
korang boleh rujuk kedai kedai nasi ayam yang korang suka makan.
Ha...pandai pandai korang la nak buat nasi ayam lepas ni..
Adeh laparnya tengok gambar ni...