For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 29 Januari 2013

ZARA & Popia Kak Raja Kg. Medan


 Hai uols..
Assalammualaikum...warghhh...cuaca mendung sangat area KL, Damansara, PJ dan sewaktu dengannya sekarang ni kan ??
Mood nak buat kerja memang malas je.
Tapi...demi tugas..gagah aku bangun pagi tadi.
Kat office aku ni tinggal 4 kerat jer yang kerja.
Lain lain semua sedang bergumbira menghabiskan cuti 5 hari termasuk hari ni.
Aku gak..yang terlebih rajin datang office..keke.
Tapi semalam...Abam aku rajin menoreh getah.
Tinggallah aku terkontang kanting...
Kekeke...Apa barang kan?
Gua ada motor ler..
Terus sms sms manja kat Abam minta izin nak pergi rumah mak aku kan..
Abam belum reply yes pun aku dah excited siap siap.

Tak sempat nak panas punggong sampai rumah mak,
Adik bongsu aku ajak pergi jualan gudang ZARA, Pull & Bear , Massimo Dutti kat Pearl Point Hotel.
Alamak...sapa sapa...yang gila babas kat barangan jenama itu..
Sila lah serbu kat sana.
Memang jualan gudang gila...
Penuh umat manusia weii..
Rimas aku.
Pesanan aku..kalau setakat nak beli baju selai harga RM 10 hengget...lepas tu beratur macam ular kena palu..silaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...kan.

Hah...Nampak?
Bertapa aku bengang gila semalam tu.
Nak beli seluar skinny jeans untuk Abam pon cancel ok.. CANCEL!!!!!
Sebab tak lalu nak beratur panjang.
Last last...balik.

Otw nak balik tu...aku cakap kat adik aku...wei..jom masuk Kg. Medan.
Akak kau ni dah hari hari dok mengusya Popia Kak Raja yang fofuler itu..
Tapi...iya...semenjak masuk JJCM kan...
Terus rating pembeli ramai sangat kat gerai popia itu.

Budak sawan gembira dapat nombor 24.
Lebih kurang 60 minit baru nombor kena sebut selepas itu.
Ha...bestkan?
Lama menunggu popia TOP ni dari merayau kat gudang ZARA tu aku rasa..
Korang, yang mana mana belum lagi & teringin nak beli popia Kak Raja ni..
Boleh datang arround 3pm.
Lepas tu...jangan buat buat happy sangat bila sampai kat situ.
Sila ambil nombor yang dorang sediakan.
Aku ulang lagi..
SILA AMBIL NOMBOR YANG DORANG SEDIAKAN..
Sebab semalam...wah...Ada orang tu..
buat muka happy , lepas tu dia lupa amik nombor.
So..aku yang datang lewat dapat nombor dan order popia tu.

Kesian...nak tegur suruh ambil nombor...bukan tak dengar dah Pakcik kat kedai tu asyik ulang ulang suruh ambil nombor kan..
So...bersabar lah..
Hahaha..

Kepada peminat popia goreng..
Memang ada juga disediakan.
Satu popia harga RM 0.80
Ada juga jual cucur udang.
Ha...yang ni sedap.
Abam kalau makan....mesti habis kalau beli rm2.00

See..Popia basah Kak Raja yang fofuler itewww...
Sangat lain bentuk gulungannya kan?
Aha...disebabkan beratur lama sangat..
Aku order 10 keping popia basah.
5 keping popia goreng.
Singgit cucur udang.
Belum lagi sampai kat rumah..
Cucur udang dah selesai aku ngan adik aku makan.
Terus rasa bersalah...
kengkonon untuk Abam lettew.
Tapi...disebabkan bengang akibat beratur lama sangat..
terus terlupa..

Ish..ish...
Alamak...lebatlah hujan kat luar ni..
harap harap reda arround 5 nanti.
yehhhaaaaaa......

Ok bai.

**entry minggu lepas tapi tak publish...hampeh betul..!!!

1 ulasan:

Lee berkata...

Hello Daela, I love poh pia basa....And anytime boleh habis 8, 10 pieces easy. I used to have in Penang.
I enjoy both, Malay poh pia as well the Nyonya ones.
Love your pics here....and that poh pia looks so delicious too.

By the way Daela, you really have a beautiful smile...
the kind of smile boleh lupa nama mak, ha ha.
You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.