For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 16 Januari 2013

Macam mana aku tak gemok uolls??? ngeh ngeh..


As salam...
Semalam abam membebel.
Dia cakap...
"Orang pakai tv baru kau pon nak tv baru"
"Orang pakai kereta besar..kau pon nak kereta besar.."
Huh la sangat uolss.
Cuba korang tukar pada makanan sebenarnya.
Dia asyik cakap mengada ngada nak makan itu ini.
Sebab malas nak melayan bini kuat makan.
Itu jer...Alasan konon konon tak nak kasi sakit hati.

Ok, demam durian crepe sudah berheni.
Aku sensorang jer baru upload.
Masa demam durian crepe melanda...
Aku pun ambil kesempatan membuat durian crepe sendiri.
Hasilnya cukup cantik & sedap...(matilah...puji masakan sendiri sedap)
Tapi sediki tebal.
Kata first time kan..
Haruslah....janji rupa ada, rasa ada...its ok....
Durian crepe ni aku buat penat penat..
Aku ingat Abam nak makan.
Bersemangat dia tolong aku tebar nak buat kulit crepe hari tu.
Namun...dia makan segigit jer.
Owh.....bagus bagus...tak suka..aku boleh makan sorang.
Lepas tu korang boleh tahu sekarang berapa KG berat aku..
kahkahkah...
Resepi? Sila Google sendiri.
Aku ikut resepi kak Azlita .Thanks you kak. 

Lepas tu aku cipta sendiri demam Kebab hand made.
Hari hari makan kebab buatan sendiri pun tak pe.
Abam sekali dia sukalah.
Masuk hari kedua, dia cakap boleh tak goreng kan dia telo mata goyang 1?
Haa.....nampak kan?
Siapa yang suka berkira pasal makan sekarang ni...
Kebab ni bukanlah ayam yang golek macam kat kiosk tu uolls.
Aku ni bab bab mengubah, meniru nombor satu.
Aku ubah jer, dari nugget di goreng, hiris hiris sikit,
lepas tu, campak dalam roti tu.
Campak pulak bawang besar sikit, timun jepon sepotong dua...
Last sekali mayonis dengan cili sos..
Hah...Nampak? Kantoi Atkin lagi....


Pavlova ni bukan aku buat.
Yang ni aku belum lulus ujian lagi.
Ini jiran aku yang beria suruh aku rasa Pavlova dia buat.
Sedap uolls.
Tak manis.
Tapi...Abam korang aku bagi rasa sikit...
Terus buat muka tak happy.
Bukan dia nak cakap tak sedap.
Tapi bagi dia makanan macam gini tak healthy.

Aku dulu macam peliks la...
Apsal Abam tak jadi doctor ek??
Bising dia bila aku nak habis kan Pavlova ni.
Macam manalah tak gemok macam tempayan???
Adoi...terus esok tu aku diet atkin sampai pukul 9am.
Lepas tu aku tertewas dengan segelas Nescafe panas..
Kantoi lagi...


Aku paling malas nak buat Popia.
Apa kenalah dengan kemalasan yang bersarang dalam jiwa aku ni.
Sebab...aku nak perabis kan duit poket dengan beli Popia Kak Raja.
Sangguplah beratur panjang demi 3 ketul popia.
Padahal aku bukan tak boleh nak buat sendiri.
Jadi, dengan niat yang tulus ikhlas...

Aku pow abam beli kulit popia instant
Lepas tu baik punya lupa...beli sengkuang.
Alih alih buat popia berhintikan kentang dan isi ayam hancur.
Wahh....resepi inti kentang korang boleh tiru cara buat inti karipap.
Sama.
Lepas tu da siap masak boleh gulung atau buat bentuk samosa.
Aku buat 2 kali terkoyak kulit popia bila melipat.
Tu yang titiba jadi bentuk popia.

Yang ini menu lepak lepak kat Pannaz.
Sedap memang sedap.
Nak nak orang yang belanja.
Cabonara apa tah namanya.
Walaupun tak der cerita pasal cabonara ni..
Tapi saje jer nak letak gambar ni.
Bagi terliur....

Jahat budak jahat....heeeeee...

**Cubalah untuk mencuba sesuatu...sebab, demi kegagalan tiada kejayaan.

Tiada ulasan: