For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 4 Januari 2012

Suatu hari yang tenang di Tasek Shah Alam...

 Assalammualaikum...
Hai korang...busy ke..?
Oklah..dah lama aku tak tulis blog pasal memancing kan?
Kalau dulu..pernah juga aku tulis pasal ikan..kan kan?
Now, busy bee sebab abam asyik ajak tengok orang memancing pulak.
Tak pun..Abam busy ajak pergi kedai tengok anak ikan..
Tapi..anak ikan besar telunjuk pun koman koman 3-4 ratus seekor.
Ikan apa yang mahal tu kawan kawan..?
Ya..betul..Arowana..seindah namanya..dan secantik ikannya.
Tahun lepas...Padahal bulan lepas..kakaka..macam kelakar pulak.
Aku dengan Abam pergi tengok pertandingan memancing kat tasek Shah Alam.
Mak aii..ramainya orang..
Aku tanya Abam kenapa dia tak masuk joint bertanding..?
Dia cakap tak nak lah.
Sebab apa..aku pun malas nak tanya banyak..kan?
 
Masa aku dengan Abam sampai..pertandingan sudah bermula setengah jam yang lalu.
Mana taknya...parking jer jenuh nak mencari...
Hambik kau...penuh dengan orang masa tu.
Selalu Aku dengan Abam pergi kolam berbayar.
Kalau pergi kolam...orang yang nak memancing adalah terhad.
Ini..sampai berlapis pancing aku tengok.
Abam cakap ramai pemancing baru yang masuk pertandigan tu.
Sebab Abam pernah joint event ni beberapa tahun yang lepas.

 See...hadiah yang ditawarkan..
Sangat lah lumayan..
No.1 jer dah boleh buat kahwin..
Kan kan?
 Haaa...setelah penat meronda sekeliling taman tasek tu...
Basah ketiak aku weii..
Dengan panasnya..Maklumlah..matahari terpacak kat atas kepala yer masa tu.
Last last terjumpa dengan tempat dorang timbang ikan.
Terus snap pict.
Besar besar ikan yang ada dalam tong tu tau.
Entah sapa tah yang bertuah kan?
Dapat 40k..
Kemudian aku dapat call dari kedai.
Suruh pick up barang yang kitorang beli.
Seminggu juga baru ada stock.
Nasib baik masa first beli tak ikut hati..kalau tak tentu rugi..
Apa..? Apa..dia?
Alah...mainan kanak kanak jer..tak perlu review kat sini kan...

**Ok..Nanti aku review pasal ikan Arowana eah...babaiiii..

Ex-bf eh bukan..best friendlah dah nak menikah..tahniah..



Assalammualaikum...weeee....sorry guys...blog aku agak sunyi lately ni..
Thanks..sebab masih ada yang sudi membacanya..
Ok uoll..semalam kan..aku dapat panggilan yang mendebarkan..Ayat poyo leteww..
Phewwww....berpeluh aku bila ternampak miscalled dari kawan lama..
Kah kah kah...Dengan kawan lama pun nak berpeluh kan?
Iyalah...lama kot kawan lama aku tu tak call.
Last call masa malam lepas aku menikah.
Kann...?Adakah dia frust..or merajuk sebab aku menikah?
Hahah..tak der maknanya. 
Dia last call sebab nak bagi hadiah kahwin.
Lepas jumpa dia malam tu...dia terus hilang membawa diri..puii...

Cerita ni semua yang lepas lepas.
Abam pun dah tahu...Nasib baik abam tak marah.
Itu kat mulut dia jer..kat hati dia aku tak tahu..
Namun..Abam lebih bersikap terbuka kan...
Itu yang aku nampak..hahaha
Aku ngan kawan lama aku ni just best friend.
Tak pernah rasa apa apa pun. Kalau rasa lebih lebih tu mungkin dia kan..perasan lebih leteww..kah kahkah
Sebab masa tu aku ngah mabuk kepayang kat Abam.kahkahkah
Kawan aku ni satu tempat kerja dengan aku.
Dia banyak tolong selesaikan masalah kat tempat kerja aku dulu.
Maklumlah...dia maintenance kat kilang aku dulu.
Dia yang paling top bila repair mesin.terbaikk woo..
Disebab kan aku baik dengan dia...owhhh...senang nak panggil repair repair mesin yang selalu 
breakdown kat line.
Yang aku peliks bin ajaib tu...Bila line leader aku panggil dia...dia tak mahu masuk line kan..
Cer aku yang call...laju jer dia datang..Pelik disitu bukan?

Tup tup semalam dia call nak jumpa.
Ahaha..aku dah dapat agak dia nak jumpa sebab bagi kad jemputan kahwin.
Mana aku tau..?ehemm...aku pasang spy..ehh..tak tak..
Kawan aku tu..serumah dengan kawan Abam. Kecik jer dunia kan?
Macam mana aku boleh tau?
Dah tentu abam yang cerita..
Kawan abam tu pelik..macam mana kad jemputan kitorang kahwin dah sampai kat rumah dorang dulu..
Dah tentu..aku pos dulu kat kawan lama aku tu dulu kan..
ha...gitulah ceritanya.
Semalam, kawan lama aku bawa tunang dia sekali.
Owh..comeii orangnya.
Pernah jumpa masa dia hantar hadiah kahwin.
Laju jer korang ingat aku jumpa dia berdua duaan taw..
Dan sebelum jumpa dia...mintak izin dari abam dulu..
Sebab aku pun tak tahu dia datang dengan tunang dia sekali..
Jumpa pun kat bawah rumah mak...hahaha..
bukan cover line..bukan..bukan...
Sebab dia nak jumpa orang lain juga.
Hahaha...sorry sebab letak gambar ni lagi.
Ini lah kekasih yang buatkan satu ketika dulu aku mabuk kepayang..kahkahkah.
Tak kelakar pun ok.SEKARANG PUN...hahaha

**Selamat pengantin baru yer kawan lama..semoga berbahagia hingga keakhir hayat..:)

Isnin, 2 Januari 2012

Wish tahun baru yang sudah terlewat sehari...namun nak wish jugak..

Assalammualaikum...

Selamat malam Isnin youall..
Aiseh...masih tak lewat lagi nk wish..
Selamat tahun baru...dan selamat semua nak layan azam tahun baru kan..
Macam biasa..target nak slim macam Agnes Monica tidak kesampaian.
Sad kan...?
Tahun ni mari mencuba lagi..
Tahun ni adalah tahun yang nak buat aku berhijrah..
Insyaallah..dah tentu dari yang buruk ke arah kebaikan..
Yang buruk datang dari aku..
Yang baik datang dari Allah..

Soalan yang sering aku terima adalah..
Bila nak mengandung..?
Pada sesiapa yang berkahwin..tapi tak mahu mengandung tu masalah.
Aku nak mengandung..tapi belum ada rezeki.
Mabuk sudah..demam sudah..muntah sudah..tapi belum menjadi..
Sedih?siapa yang tak sedih..?

Lewat malam tahun baru aku wish kat abam..
"Selamat tahun baru abam..."
"Selamat tahun baru isteriku...semoga tahun ini kita bertiga.."
Sob sob..sob..drama air mata..and again..
Semua yang datang dari Allah..
Jika Allah nak kurniakan..cepat, lambat, itu urusannya.
Jadi..aku sebagai hamba Nya..akan redha.

**semoga tahun ini..tahun yang penuh kegembiraan..

***aiseh..hujan lebat sangat sekarang ni..mak baru lepas basuh kubik petang tadi..
Sob sob sob..sambil tangan gosok gosok mata..