For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label sebelum raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sebelum raya. Papar semua catatan

Rabu, 24 Julai 2013

Adik Igi with Love



Assalammualaikum...wbt.
Salam 15 Ramadhan.
Selamat berpuasa kawan kawan blogger.
Lamanya aku menghilang.
Rindu nak berblog sebenarnya.

Tapikan...
Tiada ubat rindu selain Adik Igi.
Adik Igi adalah Rayyan Zarif.
Anak adik aku.
Gila tak comel??
Dia senyum je buat aku nak menyinggah kat rumah mak aku.
Itu baru ada dapat wasap gambar dari mummy nya.
Belum lagi mak aku cerita Adik Igi sengih2 kalau bunyi telepon mak.
Mesti mak aku bagi dia dengar suara Mak Ngah dia yang serak ni.

Sekarang dia dah ada Gigi.
Itu yang dapat nama Adik Igi tu.
Macam tau jer...kitorang panggil dia Adik Igi.
Cepat cepat toleh.
Senyum sikit je.
Lepas tu buat muka macam tak ada perasaan.

Minggu lepas teman Mummy Adik Igi kat Tesco Ampang.
Kemain kejar nak dapatkan Signature Jovian Mandagie.
Awek awek kat kaunter Tesco semua geram kat Adik Igi.
Sebab susah nak senyum.

Esoknya Adik Igi dengan Nenek atuk nenek pergi shopping baju raya.
Tahun lepas Adik Igi masih dalam kandungan.
Tahun ni adik Igi boleh kutip duit raya banyak banyak.
Gambar pun tengah test pakai baju raya.
Aku macam biasa, tak dapat nak tengok adik Igi menge - test
Baju baru ....sobbbsssss...


Semalam genap 8 bulan dah Adik Igi.
Sangat berat & tersangat tembun.
Pipi pau pun semakin bulat.
Mak selalu cerita kat aku pasal perangai Adik Igi.
Dah semakin besar...semakin cerdik.
Semoga menjadi anak yang baik ya Adik Igi...

Xoxo :
Daela.

Khamis, 30 Ogos 2012

Raya 2012 # Lepas main mercun..sila cuci tangan sebab nak continue Project ke dua!!!


Woahhh....suka gambar pelita ni..
Ok..lepas jer berbuka puasa untuk hari yang terakhir di tahun ini kan
Titiba hati aku rasa sayu jer.
Aku takut, tahun hadapan masihkan aku berpeluang berpuasa lagi??
Adakah tahun ini yang terakhir untuk aku??
Lepas solat mahgrib tu, cepat cepat jadi mandor suruh adik adik basuh pinggan mangkok.
Eddy cepat cepat pasang pelita.
Yer...dorang menjadi taukeh mercun malam tu.
Tapi...semua ambik feel belum beraya coz pengumuman raya belum lagi di TV.
Masing masing masuk balik berkumpul depan tv.
Dah ramai ramai tu, macam macam pe'el.


Lepas jer pengumuman raya uolls,
Macam berperang uolls kat sana.
Sana sini bunyik dentuman meriam.
Woahhh....meriam yer?
Macamlah kitorang bermeriam sangat.
No...tak ada meriam. Sebab masing masing takut putus jari.
Tapi kan....ada stock mercun bola size XL 200 biji.
Ni....semua abam punya angkara.
Aku baru jer perasan ...ada dua kotak dalam bilik yang telah di renovate menjadi almari baju.
Aku pun usha usha kotak apakah itu kan..
Sekali kau...mercun bola.
Terus aku membebel ka Abam.
Geram pulak aku.
2 biji mercun bola boleh hancurkan 10 jari.
kalau 200 biji???
Hoooooo.......panjanglah kena bebel lepas tu dengan aku..


Husband cousin aku Eddy & Acik.
Masing masing busy main mercun macam budak budak.
Dulu kan...Adik aku Acik ni..pernah mercun meletop kat tangan.
Sapa sapa yang masih ingat dengan mercun KATAK..tak??
Yup...mercun itu meletop kat tangan dia.
Nasib baik tak putus jari tangan kau Acik..


Tunang Adik aku yang hebat main mercun.
Aku memang penakut banyak bila bab mercun mercun macam gini.
Gambar tangan orang berbaju kaftan itu sekadar lakonan sahaja.
Kakakaka..


Lepas dorang dah puas puas main mercun.
Aku suruh semua tentera mercun basuh tangan.
Dan....mari mengacau dodol pulak..
Woahhh...first time aku tengok cara pembuatan dodol uolls.
Batak nya...aku...!!!
Aku masa dodol masih cair lagi rajin lah mengacau nya.


Hah lepas dah pekat kan..aku lariksss..
Adik aku dengan Abam yang continue buat pulak.
Lepas aku snap gambar...aku layan tv jap..
Then naik bilik tido.
Tak kuasa nak tunggu lama lama.
Aku biasalah..memula jer excited..lepas tu hampeh.

Esok subuh subuh tu, aku tersedar abam da baring sebelah aku.
Nampaknau aku tido mati...kekeke
Aku terus kejut suruh bangun sembahyang subuh..lepas tu pergi surau sembahyang raya.
Woahhh...semangat terus bangun uolls.
Aku sempat tanya...malam tadi tido pukul berapa?
Dia cakap pukul 2 pagi...woaahhh...
Next entry nanti aku tunjukkan watak watak sinetron yang lain....
ok bai...

Selasa, 28 Ogos 2012

Raya 2012 # Project membakar buloh berisi pulut sehingga bertukar menjadi lemang..



Haaaa......akhirnya siap juga isi pulut dalam lemang dan ready untuk dibakar.
Gambar ni memang kelentong korang lah.
Lemang ni dah siap pusing pusing.
Tak kuasa aku asyik nak ambik gambar jer.
Kang mak aku hentuk aku dengan batang lemang pulak.
kekekeekekekeke...
Disebabkan lemang ni buat sendiri kan..?
Korang tengoklah sendiri.
Pendek panjang tegolek telanjang...eh.
Abah aku cakapkan...tak per..panjang pendek pun buloh tu.
Bukan nak berniaga pon kan???
Aku memang tak hingin nak sentuh sentuh atau menyebok bila dorang bakar lemang.
Sebab aku malassssss.....bukan sebab apanyerpunoii


Sebelum abam yang amik alih tugas jadi jaga ni kan..
Dia membuta kat atas pangkin.
Elok api membuak buak panas kan...dia relax jer tido berdekatan dengan tempat bakar lemang nih.
Dua tiga kali gak aku suruh dia beralih tempat.
Manalah tahu kan..dia pusing pusing lepas tu terjunam kat dalam api..
woahhh..tak jadi lemang wehhhh..
Bila aku cakap nak bakar lemang kan...terus laju jer bangun.
Haaa...tulah...curi tulang.orang lain busy buat keje...dia tidooo...hehe

 Bila tengok gambar sekarang ni kan...
Barulah perasaan nak makan lemang sekarang ni membuak buak.
Raya hari tu...aku cuit sikit jer.
Entah...perasaan nak makan pulut tu....ada.
Tapi tak berselera.
Aku makan ketupat nona segera.
Lepas tu sepupu aku buat kuah kacang kerang.
Aku makan cicah ketupat dengan kuah kacang tu pun tak banyak.
Sebab aku risau muka naik jerawat.
Dah la jerawat kat muka aku ni degil. keras kepala.
Tumbuh sebiji jer.
Sekali sekala pulak tu.
Tapi....nak hilang amik masa 2-3 minggu.
Nasib baik lepas tu terus hilang tanpa meninggalkan kesan kan..
Tu sebab aku biarkan jer lah...baik lah kau sendiri wahai jerawat..

Abam kalau bab bab lemang ke...ketupat daun palas ke..
pulut kuning ke...semua tolak tepi.
Semua tak makan.
Last choice baru makan katanya.


Masa ni dah nak mahgrib.
Dah boleh bergerak secara aktif.
Sebab sekejap lagi dah nak berbuka puasa..
Hah...melompat yer...siap lah abam nanti...
Malam sikit nak dera memasak lagi...
Masak apa?
Argghhhh...nantilah aku update blog.
Citer sekarang x best pulakkk...

Raya 2012 # Rare...Tapi gambar yang last paling rare...hehe

 Assalammualaikum....amboi...cantik betul permandangan sungai ni.
Aku tak pasti sapa yang ambil gambar ini.
Gambar diambil diatas jambatan.
Dan...kat atas jambatan inilah...dorang dok kecoh memancing pagi petang.
Agak sunyi masa ni.
Sebab semua orang pun busy masak masak kat rumah.
Aku rasakan...ini kerja Acu..
Acu sekarang nak jadi photographer gamaknya.
Tak kisah segala benda dia nak tembak.
Macam lah hebat sangat.
Tapi oklah...timba ilmu sendiri..
Benda pon free..gunakan jerlah.


Helmet buruk ni pon dia tembak.
Abah aku asyik ketawa tengok Adik aku tangkap gambar helmet buruk ni.
Dorang cakap ini adalah helmet arwah Paklang aku.
Jadi buruk...sebab tak siapa nak guna or pinjam.
Lagi pun kena hujan...kena panas.
Itu yang buruk lain macam tu..


Betul kata pepatah...mulut tempayan boleh ditutup..
Mulut manusia tak boleh.
Tempayan ni rare gila.
Sejak aku kecik dah ada tempayan ni.
Maklang aku buat tadah air hujan kot.
Sebab tu memang ada kat luar rumah.
Aku usha jugak...kot kot ada jentik jentik ke kan?
Kang tak pasal pasal kena saman pulak.
Yer...memang tak ada.
Tapi aku tengok kat permukaan atas jer.
Tak pulak sampai bawah.
Eh....geli laaa...sebab air tu air tak bertutup.
Manalah tahu najis burung dah masuk dalam tu kan.

Lagipun air dalam tu memang tak digunakan pun.
Abah cakap Guri = Tempayan kalau tak diisi air nanti dia bocor.
Aku kan...kalau abah aku bercakap....kadang kadang tak boleh pakai.
Sebab abah aku memang suka bergurau...
Kaki membongak kitorang pun yer gak...
Abah aku suka cakap banjar dengan Abam.
Aku kadang kadang kekeh kekeh gelak sebab abam kena bongak ngan abah.
Abam pun lebih kurang jer...Abah bongak...dia layan kan...
Lepa stu dari jauh jerit jerit tanya aku apa maksud itu ini..
Comei jer...
Tapi kalau dah asyik tanya benda yang sama...
Nak muntah pulak.
Kahkahkah...
Now abam dah boleh faham sikit sikit.
Tak boleh nak kelentong sangat..


Ini gambar paling rare.
Abam beripad di beranda atas.
Entah bila dia baring kat atas tu pun aku tak tahu.
Memang cuaca panas berangin kat bendang terbaik.
Nasib baik berangin...

Isnin, 27 Ogos 2012

Raya 2012 # Project Pertama Setelah Sampai Kampung...yey!!!

 Hollaaaaa.......Woahhh....Assalammualaikum..
Aku baru sempat duduk kat kerusi sekarang ni.
Tadi dok menebeng kat Tesco Damansara dengan budak budak nakal.
Amboi..Jah...time keje kau mengular.
No..no...Aku baru lepas shopping barang Pantry office.
Kering kontang uolls...kahkahkah..ada ke?? itu pun mau kecoh ke??
Ok, tahun ni kan...Aku nak over tulis blog pasal raya boleh?
Boleh ke...tak boleh ke..?
Nak tulis jugaaaaaa....
Ini gambar permandangan pertama lepas sampai kampung aku.
Owhhhh...selama ini aku suka cakap kampung dah jual.
Yer...kampung sebelah mak dah jual.
Sebelah abah aku...belom lagi.
So...tahun ini beraya di rumah Pusaka Arwah Nenek aku.
Kira rumah Abah aku dulu dulu.
Tapi sekarang, rumah ni Mak lang aku yang duduk.
But now...dah jarang jarang duduk.

Lepas jer Paklang aku passed away kan..
Mak Lang aku kesunyian.
Jadi, dia ambil keputusan tinggal dengan sepupu aku yakni anak tunggal Mak lang aku Feeza.
Lagi pun maklang bukan lah sihat sangat.
Nak berkemas pun selalu penat.
Maklang aku ada sakit jantung.

 Tahun lepas kan...aku beraya di rumah mertua.
Jadi...tahun ni, aku paksa abah aku masak lemang.
Hohoho....masak lemang yey...masak lemang.
Abah cakap, buloh lemang kalau beli kat kampung, mahal.
So...abah tempah beli kat orang jual lemang.
Murah la dua tiga kupang.
Gila laaaa....kat kampung aku buloh lemang mahal kot.
Plan nak membakar lemang ni memang idea Acik yakni adik aku.
Yer lah...sebab tahun ni dia over exciting. Bini pun dah ada..

Subuh subuh hening sabtu dorang dah kecoh call call aku.
Nak konvoi balik kampung bersama.
Konon konon lepas bersahur nak gerak...
Tapi...hampeh.Aku bersahur pun masak maggi.
Abam maggi sup, aku maggi goreng.
Lepas tu kelam kabut kemas baju.
Motif kelam kabut...??
Sebab aku Jumaat masih bekerja.
Jumaat malam sabtu tu...2 jam sebelum bersahur..masih melepak kat jalan TAR.
Aku pun pelik laaa...apsal aku masih kat sana...!!!
Nak kata memborong kat Jalan TAR tu...memanglah TAK.
Kitorang kan...lepak makan Ayam goreng.
Lepas tu tengok ragam manusia kat sana.
Haiii laa....tah hapa hapa punya perangai..
 Masa aku snap gambar abam ni kan, dia tengah mengasah pisau.
Abam memang terer bab bab mengasah pisau.
Memang semua pakcik makcik aku cukup suka suruh abam asah pisau.
Tajam betul kalau dia yang asah.
Abam pun cool jer layan kan.
Maklumlah...pisau semua amik masa 3 jam untuk potong daging sekilo kot.
Kalau nak masak 5-6 kg?
Mau sampai pagi raya baru siap potong daging kan???

Lepas Abam siap mengasah pisau,
Aku dengar abah ajak Abam ikut dia.

 Rupanya......Abah ajak Abam potong pelepah pisang.
Pelepah daun pisang nak buat lemang.
Nasib baik aku tak gelejat nak ikut.
Aku tengok dari rumah maklang jer..
 Banyak jugak abah aku potong pelepah tu.
Lemang pun banyak batang jugak dorang buat.
Aku tak kira berapa banyak.
Lebih 20 batang kot.
Letih jugak nak membuatnya.
Abam dia dah biasa bekerja keras buat lemang.
Aku je yang jakun sikit.

Abah aku cakap, daun pisang tu kalau nak dia elok masuk dalam buloh lemang,
Kena salai dengan cahaya matahari.
Memang cahaya matahari sangat cantik hari sabtu tu.
Lepas jer abam siap kutip daun pisang kan, dia pun bantai tido sampai pukul 3 petang.
Aku kejut suruh masukkan pulut dalam buloh pun tak mo bangun.
Oho...Mak aku cakap, biarkan Abam kau tido....cissss..!!!
Mana boleh!!
Sebab aku yang kena dera masukkan pulut dalam buloh.
Tapi best jugak.
Sekali sekala buat benda yang rare macam gini.
Gila lah...terasa seronok sangat nak berhari raya macam kecik kecik dulu.

Bukan aku jer terasa macam gitu.
Setelah bersembang dengan adik beradik yang lain..
masing masing cakap raya tahun ni meriah sangat.
Memang lah meriah...sebab aku ada.
Kakakakakakaka....
Nanti aku sambung next entry yaaa....babaiiiii...

Isnin, 28 September 2009

::Malam menjelang 1 Syawal::


Salam Syawal....Halooo...Masih dalam mood bercuti lagi kah korang skrg ni?Aku..seperti biasa...Dah mula busy tuk melakukan tugas...Ok, aku nk ulang balik citer2 raya kat korang semua...korang nmpk kan Afiq ngah happy go lucky jer tu kan..Yes..., this years afiq x beraya ngan kitorang, Maknanya abang aku yg sulong kena balik berhari raya kat kampung bininya kat MUAR, JOHOR...Maka..tinggallah aku 3 beradik jer yg beraya ngan mak & abah aku..


Tapi kitorang ada big event pas masa raya ke-3 nanti..So abang aku balik kelumpo teramat la cepat..tu yang dia kata..Afiq ni, kadang2 ada gak meniru aku..sawan camera mcm makngah nya..Pantang jer..nmpk pakai baju lawa sikit..mula la minta tangkap gambar dia..Baju kuning tu..kejap jer berupa baju...kang ada lah sisa2 coklat melekat kat baju dia...Apsal aku tulis mcm tu..sbb afiq mmg suka mentakedarah coklat..

Dah abis abg aku mintak maaf kat Mak & abah aku..time dorang nak balik kampung dah...Sedih jer...Afiq tu..Tapi kan...Aku gumbira...coz abang aku bagi duhet raya....yey....!!!Dapat duhet raya...Pas jer abang aku & famili gerak, adik2 aku ajak g kolumpo kat jalan TAR...wow...shopping last minit kata dorang...akakakaka...aku pun laju jer follow dorang...Mlm tu mmg sesak gila ngan umat manusia..x sempat pulak aku nk tangkap gambo...Pegi dalam pukul 10mlm, dalam pukul 2am kitorang balik...haiz...esok nk raya dah...mcm2 x prepair lagi nih...