For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 14 Februari 2012

Hari ,Hari, pun Hari Kasih Sayang...kan kan??

Assalammualaikum....

Busy ke korang today?
Aku memang hari hari busy.Busy body!!Puittthhh
Hari ni mesti ramai je Gadis gadis muda belia gelejat nak balik office awalkan?
Ada yang siap apply cuti.
Heeheee...sapalah tu agaknya kan..
Dulu mungkin aku salah sorang dari tu.
Sebab masa dulu dulu aku Jahil.
Mak bapak cakap tak mahu dengar.
Ikut kata hati jer...Kenapalah kan???

Ok, lupakanlah kisah lama, malas nak ungkit ungkit lagi kan..
Hari tu, aku teringin sangat nak makan Tutti Frutti ni.
Aku ajak Abam. Tapi Abam cakap dia tak tahu kedai ni dekat mana.
Area Sunway & Subang Jaya.
So, buat luahan perasaan kat adik aku.
Adik aku cakap ada selang beberapa kedai dari tempat kerja adik aku.
Bila dah tahu tempat, Abam pulak tak free..
Jadi, terus call Sue & pergi mencekik Tutti Frutti tu bersama sama.

Ini adalah cubaan aku merasa TF (Tutti Frutti).
Rasanya masam...maklumlah Yogurt kan?
Takkan rasa manis gula pulak?
Disebabkan itu adalah cubaan pertama, walaupun dah selalu nak cuba tapi tak dapat dapat.
Aku tetap rasa TF tak boleh nak lawan Baskin Robin.
Lepas tu, Abam cakap, aku memang..kalau yang untuk kesihatan, yang ada rasa buah- buahan,
Semua tak berkenan kat tekak.
Cuba bagi ice krim yang ada kek ke, biskut ke...laju jer cakap sedap.
Eh, tapi betul apa...memang sedap...takkan aku nak tipu pulak..

Hahaha...sikit tak sama tajuk dengan cerita kan?
Sebabnya today is 14 Feb 2012.
Tapi, bagi aku tak ada makna, sebab bagi aku..setiap hari adalah bermakna..
Namun galak juga  tulis tajuk macam gitu.
Eh, oklah...jumpa lain kali...

**Pagi tadi masa aku turun bawah bayar parking, Ada orang yang nak bertanya sebab dia sesat dalam perjalanan. Dalam kereta dia u all...penuh bunga- bungaan...best jugak kalau ada orang belikan bunga.
Tapi kalau beli sendiri pun ok apa..?Silalah hargai diri sendiri...

1 ulasan:

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

setuju banget. BR memang feveret akak, masa pregnant firdaus suka sangat makan BR. tuti teputi akak tak pernah cuba lagi.