Omak aiii...cukup seminggu lebih dengan kesunyian dalam blog aku kan?
Tiada seri lagi indah sopan santun maki hamun sementara waktu.
Mood minggu lepas adalah bersedih.
Cuba tengok gambar.
Takkan Abam dah duduk berkerusi roda aku nak gembira gembira tulis blog kan?
Paling tidak reti untuk meluahkan kesedihan dalam catatan seperti biasa.
Aku lemah untuk segala galanya.
Jadi, aku ambil masa untuk pulihkan segala duka lara yang lepas.
Kira ambil waktu untuk berehat dari menulis di blog.
Walaupun.....aku jarang jarang mengupdate blog sekarang ini.Kaannnn?
Lagipun aku sengaja gelapkan gambar Abam .
Sebab Abam pakai seluar pendek.
Bila dah gabra, semua benda pun terlupa..iya kan?
Minggu lepas adalah minggu keluar masuk hospital.
Seronok bukan?Memanglah tak.
Abam mengalami sakit di bahagian rusuk sebelah kiri.
Adakah sebab malam malam aku termengigau , lepas tu pergi tumbuk rusuk dia kuat kuat?
Bukan..bukan.
Abam sakit bukan sebab aku..
Masa Abam kerja petang 2 minggu yang lepas, abam cakap dia sakit bahagian tu.
Aku ajak pergi klinik buat check-up dia tak mahu.
So...sampailah hari yang ke 3 lepas kejadian...Abam pucat lesi suruh aku hantar dia ke hospital.
Sebab dia susah nak bernafas.
Itu pun dah puas aku membebel..last last nak pergi juga.
Masa ni adalah hari kedua dalam hospital.
Mujur adik aku sudi nak teman kan kakak nya yang sengal mencari jalan.
Aku memang fail kalau guna GPS tanpa bantuan orang sebelah.
Mana sempat nak tengok GPS dengan jalan kot.
Adakah alasan aku munasabah...atau aku memang mengada ngada sebab selalu Abam yang bacakan?
Bukan sengaja atau tunjuk jam buruk yang dihadiahkan oleh Abam walaupun cap ayam kampung.
Tetapi nak snap time tu adalah menghampiri pukul 1 pagi..
Lemau gila masa tu.
Abam dah senyap lepas kena injection.
Aku nak merayau rayau dalam hospital? Sensorang?
Memanglah takkkkkkkk...............!!!
titiba.
**Sekarang keadaan Abam dah beransur pulih..Al-Hamdulillah...:)
~~~Kembali Senyum~~~
1 ulasan:
Alhamdulillah dah ok...tapi apa sebab sakit tu nok...mak paham jiwa gelora laki sakit ni..org laki sakit dia tak baper tahan..teringat aku megat kena demam denggi..aduhai memang aku orang kuat la..
Catat Ulasan