For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 31 Oktober 2011

Geng Pailang Semua Dah Kahwin

 Assalammualaikum...

Wahhhh..Tak boleh belah tajuk entry aku petang ni.
Korang rasa aku ni pailang sangat ke?
Memang lah ya.
Kalau tak...Sure aku dah jadi Cikgu ke...Ustazah ke.
Ok..ok, semalam untuk penutup nya kawan kawan seangkatan
Gangster kampung Dusun yang terakhir telah selamat mendirikan rumahtangga.
Kalau ikutkan dari segi banyak sangat boyfriend nya kan..
Memang tak masuk akal aku kahwin second last.
Sebab dalam Gang gang aku dulu dulu...
Akulah paling tak berkenan nak bercinta cinta kot.
Memang lah aku tak reti...
Hua..hua..hua.

What past is past, now...Selamat Pengantin Baru buat Rehan & Pasangan.
Aku memang tak kenal pasangannya tu.
Tapi kerap gak berjumpa.
Semoga Jodoh korang berpanjangan, dan cepat cepat dikurniakan cahayamata.
 Bila dah berjumpa macam ni,
Masing masing kecoh.
Aku dah la dengan peti suara titiba meragam sejak Jumaat lepas.
Nak bercakap pun payah.
Bila dah jumpa kawan kawan...huii...memang macam macam topik keluar.
Padahal selalu jer kitorang berjimba jimba bersama.
Alahai...korang...dah 3 series dah kita rupanya.
Tak sangka, kejap jer masa berlalu..
Dari nakal nakal korang, now anak pulak yang nakal kan..?
Dorang ni semua anak dah masuk 2-3-4 orang.
Yang tak pernah berubah...kening dorang.
Maintain dari sekolah sampai sekarang..haha
 Oppsss...
Sepatutnya kirang berlapan termasuk pengantin perempuan.
Punk pulak busy ada appointment last minit.
Mencik betul la...
Nasib baik berganti ngan Puan Masniza.
Dia ni dulu Penyanyi Kelab Mecom.
Semalam jenuh gak suruh kawan kawan aku menyanyi.
Masing masing malu.
Masing masing cakap da retired.
Tapi..bila dengar ada joget lambak, huiii..
Laju jer tanya start pukul berapa kan ?

Iskkk...dorang bergurau je.
Kalau nak pergi joget lambak kena bawak handbag korang sekali.
Thanks pada Abam coz tolong ambilkan gambar.
Abam cakap kengkawan aku semua sengal.
Bila aku jauh sikit dari abam..
Ada jer yang interview.
Maklum lah...Abam aku tu pemalu...puii..
Abam jarang jarang nak joint lepak bersama.
Coz Abam memang busy dengan nak memotong getah lagi.
Memang lah tak kan..

Owhhhhh....semalam lepas balik dari kenduri rumah rehan,
Abam ajak pergi dating..
Ya amat jauh tempatnya..
Nanti aku update ya....hik hik..

Tiada ulasan: