Assalammualaikum...
Adoi..emosi terganggu aku malam selasa ni..
Aku tau..korang pun penuh emosi tengah lap lap air mata kan tadi..?
Cover line sikit babe...
Aku jenuh juga sorok sorok nangis sebab cerita Cinta Elysa..
Abam bukan main suka tengok aku nangis bila tengok cerita atau drama.
Bukan suka sebab apa.
Suka cakap aku syok sendiri
Yang beria menangis tu apa pasal pulak katanya..
Tulah lelaki...
Bila ada cerita yang emosi sikit, mulalah cakap ikut perasaan.
Dah cerita yang ditayangkan tu penuh emosi.
Takkan aku titiba nak ketawa pulak.
Nak nak pulak time si "Pak Su " meninggal dunia?
Aku ada rasa nak ketawa ke kan..?
Abam tengok tv...lepas tu tengok aku..
huaaaaa.....aku teriak kuat kuat kang!!!
Abam boleh bantai gelak gelak.
Dia cakap aku kuat emosi..
Hello..aku memang la nampak kental.
Memang lah aku merempit pergi kerja kan..
Tapi hati aku tetap lembut..
Aku kan lembut hati..aku juga berhati keras.eh.
Sebenarnya aku jarang jarang layan drama bersiri.
Sebab aku malas nak terjebak.
Bila dah terjebak..adoiyaiii..
Mulalah tak tentu arah nak tinggalkan tv.
Padahal bukan YouTube or TV TV online tak ada kan..?
Menyampah dengan perasaan ni.
Abam selalu bising bising.
Bila dia ajak dinner kat luar ,
Aku mesti cakap nak ajak hari lain boleh kecuali hari selasa.
Korang macam aku jugak tak?
Dulu masa drama Prison Break.
lagilah...siap terjebak berepisod episod.
Tak cukup tayang kat tv, beli DVD.
Korang rasa aku layan lagi Prison break tak?
Hahahaha...Abam cakap bila aku tengok PR sensorang,
Dia cakap aku dah naik hafal dialog.
Sebab aku suka cakap apa yang dorang cakap.
Eh..apa yang aku tulis nih..?korang faham tak?
Masa first PR dulu, aku belom mendirikan rumah tangga.
Jadi, boleh mintak excuse tak mahu dating dengan Abam on Monday night.
Kalau dengan kengkawan pun sama jugak.
Aku malas nak keluar...
Ha...itulah yang aku malas follow drama bersiri.
Aku dah lama tak layan drama kat tv3 pukul 10.30 malam tu.
Kalau tak silap cerita tu tajuknya Jiwa & Lara.
Aku tak nak terjebak..
Ramai orang cakap cerita tu syok...
Hermmm..
Oklah, dah larut malam dah ni..
Aku nak tidur...babai...
1 ulasan:
ramainya layan cinta elysa..best ek..hahaha aku gak tak terjebak sbb laki aku layan drama cina, korea tetiap malam...bosan
Catat Ulasan