For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label reunion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label reunion. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2011

Forever In Time

 Assalammualaikum u all..
Semoga korang semua ceria seperti aku.
Petang  21 April 2011, aku ngan kengkawan lama masa sekolah,(geng2 mafia)
turun lepak dan makan makan bersama.
Wah..meriah gila kot.
Kalau ikutkan semua yg di invite kena datang.Tapi ada 3 orang yang tak dapat datang.
Nasib alasan dorang tu boleh diterima pakai.
Maca biasa, aku hanya boleh joint berlepak lepak menghabiskan masa jika sayam kerja malam
dan masuk kerja awal..kalau dia menoreh start pukul 11 pm, mintak maaf aku tak dapat joint.
So, dorang memahami & aku juga memahami dorang.
Bukan main susah nak arrange time ni tau..

Lokasi, Sunway pyramid chicken buffet.
21++ per head.
Murah & sedap.
Memula ingat nak ajak lepak kat TGIF
Kalau 3-4 orang yang datang sure aku ajak dorang lepak kat sana..
ini adalah lebih kurang second reunion untuk kengkawan balik ke status bujang.
Ya...yang datang hampir 96% dah kawen.
Wah, aku tengok  semua muka happy gila sebab dapat duduk bersembang berlama lama.

Mana taknya, dulu masa sekolah...semua mat lajak.
Kaki belasah orang..hak tui..
Time belajar cikgu tengah mengajar kitorang semua lari dari kelas senyap senyap.
Ada jugak kes yang masa sekolah perang dingin.
Bila dah jumpa gini siap emo emo sedih..what pass is past ok...
Aku pulak memang suka lepak ngan lelaki.
Aku belajar pun aku lebih suka refer kat kawan kawan lelaki aku.
Now...sampai sekarang pun aku masih macam dulu.
Tiada perubahan.Aku baik ngan kawan kawan perempuan aku,
& baik juga dengan kawan kawan lelaku aku.

Kalau cerita panjang lebar pasal nakal kat sekolah, kat dalam kelas..
memang tak habis habis.
Ada yang datang sekolah sebab nak jumpa aweks,
ada yang datang sekolah sebab tuntutan & terpaksa."sapalah agaknya ea?"
Tak kurang jugak yang datang sekolah lepas tu tido sebab malam buat part time banquiet  kat sunway hotel..
Gila la...

I love u my friends,coz sudi luangkan masa bersama..
Dorang semua pun macam senorok gila babas sampai lupa nak balik rumah.
Lepas lepak & mencekik kat pyramid, team aku sambung lagi kat char kue tiaw sampai 1am.
Dasyat mak mak orang ni kalau dapat keluar kan?
Aku, memang tak berapa nak ada modal nak berborak..
Tolong ketawa je lah..
Topik yang paling hangat GEM..................................UK.
Jadi, panjang kan lebar untuk hasut dorang beriadah.
Ini aku suka...Jom bersenam erobik.
Bincang punya bincang..next time..dalam masa yang terdekat nanti..

Btw, thanks pada aku punya penaja malam tu.
semoga Allah memanjangkan usia kamu & menambahkan rezeki yang melimpah ruah pd dirimu.
Walaupun kamu sudah berjaya, kamu tidak pernah melupakan aku.
Aku juga telah memanjangkan rezeki yang kamu beri pada ku..

**Nama dia tak boleh sebut..sbb dia glamer..walaupun dia duduk depan aku, tapi dia minta gambar dia tidak ditangkap...hahahaha..menyampah aku.......!!!!!

Jumaat, 21 Mei 2010

::GBM Kembali::

 



Salam n Selamat pagi u all....Lama betul aku x menaip kat blog aku sendiri...Hahaha..aku tahap malas gaban kan..?Ha...ko ada malas?Aku hadoo...Okey, semalam aku n GBM berjimba dan bersua muka-an setelah lama x berjumpa...Actually kalau jumpa pun aku adalah salah sorang geng yg paling last sekali post entry..X pun Aku peram-peram citer..& paling teruk aku la...yang x kuarkan entry bersama...Upppps....hahaha..Aku mmg busy kedaung, nak2 lak tinggal 41 or 42 hari lagi majlis kan..?hahahaha....Tapi hakak x stress ok...no..no..no...

Ok, saper yang x kenal Kak Ayu the Sun aku ni kan..?Sebenarnya baru naik pangkat ok..Hee....Mee radja SSMurni 1 kak ayu kan..?Aku ngan kak Ayu mmg teramat rapat hahaha...Dia jugak pakar penasihat untuk aku..yeeee...(ko hado?)Maklum r...dia lebih makan garam dari aku ni kan....Semua advice nya amat lah berguna...thanks akk..(muka kak ayu berseri2 macam bulan penuh r...skrg..apsal ea?)

Sid...Selalunya begitu bukan lah trademark Sid. Sejujurnya Sid la...yang paling susah sekali mahu pandang Camera..Aku pun tatau la apsal smlm dia senyum simpul jer kan..?heeeee...Aku telah di pick up oleh Sid..Macam biasa la..Aku x der kereta sendiri..jadinya..menumpang...tq Sid, tq kak Ayu..

 
Apsal lak gambo kak rose ni x nampak muka kan..?Kak Rose ni pun dah upgrade dalam kehidupan..Aku,  Yan, Sid &Kak Ayu x do...tapi Dia dah Ado..Ada ape..?ngeh3x...Seb baik semalam Kak Red & Kak  Rose x mintak beg plastik kan...Maklum la...hujan lebat rahmat TUHAN..

Yanok tu plak...ketogeri lama gak x jumpa..Last jumpa dia masa My Engagement ari tu..Lama kan..?susah nau nak dapat berjimba sekali beramai2 bertentang mata ni kan..Now, Yan sudah pulang kepangkal jalan..Tapi dia tetap pilih jalan yang jauh jugak..  Email jer usah cakap la kan..Sehari x bukak, 300 plus- plus ok..PITAM akk u...



Yoo...Surat watikah ape kah yang Kak Red edarkan ni..?Seram sejuk sekejap Aku...Yang penting kena bukak sesama ,aku semalam request untuk no 14.And, thank u very much Kak Red...Sape yang x suka barang free kan?Ko Hado?ahahahhahaha....Apsal muka Yan macam tu?Confius jap..tapi still comel...Owh..Kak Red  & Kak ayu suka cakap aku pendiam & sekali sekali bercakap or balas email...aku paling melezer...hahahhaa....teruk betul tahap tu..Malu jap aku..

Aku jenis jujur, tidak pandai untuk jadi hipokrit kan..?Aku akan diam, lihat, bagi pandagan sendiri, dan cuba selesaikan sendiri jika aku yg ada masalah..Aku x reti nk serang2 hendap orang..Aku mmg style macam tu..Tu sebab aku nmpk macam pemalu..huhuhu..(pemalu kah..?) Aku jenis bukan senang nak makan hati..but watch out, aku diam bukan beerti kalah atau mengalah.., Aku diam sebab x mahu keruhkan keadaan..tu diri aku.Tapi kalau korang mahu aku advice korang ker hapa...x layak dek non oii...Tu sebab dalam blog aku pun mmg x pernah  nak kondem sesiapa pun..Even aku makan hati ,orang lain makan tulang pun aku x kesah..lantak piang la...



See, Kak Red tengah mengirakan majlis perkahwinan aku..Hahahhaa....Empat jari tu..maknanya 4 hari bulan sekian2 la kan...ibu jari dia tu..sila abaikan...walaupun itu adalah bukan topik sebenar...ooo...I ter hipokrit pulak..Sedar x sedar..soseh-soseh bergelak gumpita ibarat dewataraya Mr.Sirman pun datang..eh..eh...agak berisi lah Jejaka Pojaan hati Kak Red tu sekarang...oppppsssss....belom Gemok macam saya pun..Saya gemok..dan harus lah kalau bergambar menyorok2 belakang yanok or disebalik tangan kak red kan..Heeeee...And I mintak Kak Red buat tips dalam blognya untuk nampak kurus bila bergambar...weeeeeee.....Btw, mlm td, semua pakej makan malam adalah di bayar oleh Suami terchenta Kak Red..Tq Sirman, Bulan 7 kang saya pulak belanja korang...ahahahha...Siap dapat diskaun lagikan...Korang ado????Maklum r...Kak Red g mana-mana pun ada share...Ai Like....



Finally, 
I really miss them & sangat-sangat appreciate bersahabatan bersama-sama mereka.... Dari blog kami bersahabat, dari blog kami berjumpa, dari blog kami memahami hati masing-masing dan dari blog juga  telah menambah eratkan persahabatan kami..Dari pengalaman silam yang telah memberi pengajaran, dari pengalaman silam juga memberi kekuatan...Yeah...Kami semakin ERAT...ko hado????