For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 4 November 2010

::Jom Masak Masak Bersama Chef D::

 
Salam & good morning kawan kawan.
Waoo....pagi pagi ni saya sengaja letak gambar makanan.
Mana tahu, menu yang saya masak ni boleh buat idea untuk masak ditengah hari nanti.
Paling tidak pun untuk menu pilihan masa lunch nantikan?
Ini adalah cubaan pertama.
Semua pun cubaan pertama selepas menjadi wife kepada Amy.
Laksa adalah makanan kegemaran Amy.
Kalau pergi pasar malam, sure nak beli laksa.
Aku dah naik muak ngan bau laksa.
Satu hari Amy suruh aku belajar masak Kuah laksa.
Nasib baik mak aku sudi mengajar secara bergayutan menalefon
Ha...beli 5 ekor ikan sardin
beli 1 ikan sardin dalam tin kecil.
Daun kesum jangan lupa letak.Daun kantan juga.
Kalau nak lagi sedap, bubuh byk2.
Semua direbus..bla..bla..bla..
Aku dengar dengan teliti.Thanks emak...coz sudah mengajar aku kedapur
sejak dari umur 9 tahun.
Aku tidak kekok untuk kedapur sebenarnya..
Cuma beza sebelum & selepas kahwin,
Ini yang membuatkan lebih beerti.
Aku hanya menolong emak didapur dulu dulu.
Tidak lagi sekarang..Bersingsing lengan menyiapkan sendiri..

 
Ini pula Soto carca merba yang aku masak.
Macam biasa, ayam direbus untuk membuat sup soto.
Aku lebih suka menggoreng ayam separuh masak sebelum membuat sup, masak kari ataupun masak kurma.
Pelikkan?
Tapi inilah yang aku lakukan.Aku tidak lalu makan jika tidak digoreng.
Abah aku pun seperti ini.
Jadi, bila abah request untuk makan antara  masakan itu, mak atau aku sendiri
kena buat macam itu.
Begedil pulak aku lebih suka menggoreng kentangnya.
sedikit isi ayam, daun bawang , bawang goreng & serbuk perasa.
Sila tumbuk dengan lesung batu kerana lebih lembut & sedap aku rasa.
Campurkan semua bahan bahan tadi kemudian pecahkan sebiji telur dan salut begedil yang di buat seperti 
kuih cucur badak dalam telur.Goreng dengan api yang sederhana.
Kuah kicap itu sungguh kick.Kalau tak KICK sila tendang dinding rumah korang sendiri.haha
Seulas bawang putih, beberapa biji cili padi kampung
Sesudu gula kemudian tumbuk dalam lesung batu.
Sesudah lumat baru masukkan kicap.
Maaf...aku terlupa snap gambar suhun selepas di goreng.
Aku suka soto.Jadi kena goreng suhun.
Amy suka bihun sup.Aku juga rebus bihun.
Masih kuah yang sama.
Sayur kobis cina tu, sangat sedap kalau makan bersama bihun sup.
Tapi aku bedal jer...

 
Ni adalah breakfast minggu lepas.
Berzaman tondan mahu hapdet disini.
Owh...tiba tiba Amy mahu makan nasi lemak.
Tapi dia nak aku yang masak.
Hahaha...Dulu dulu mak yang sediakan.Bangun pagi nasi lemak kurang pedas sudah ada diatas meja.
Macam tidak percaya, aku boleh lakukan..
Amy selalu cakap , aku kalau masak macam untuk makan 10 oarang.
Ya...memang betul..itu kelemahan aku.
Aku masih tidak pandai mengagak sukatan dalam anggaran berdua.
Masa dulu jer kat rumah mak orang ramai.
Jadi terbawa bawa perangai tu.
Nasib baik Amy tidak suka membazir.
Seharian suntuk dia cuba menghabiskan Nasi lemak itu.
Sebekas pula aku sudah tapau kan untuk emak.
Sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, ayam goreng bertepung 
telur rebus.Bila sebut telur rebus ni kan, 
Aku terebus telur ni agak sekejap.
Aku tak dapat mengagak ketepatan telur ini sama ada jadi atau tidak.
Ilustrasi gambar cantik.Tapi sedikit cair isi telur itu.
Tapi...sebabkan lapar..makan saja.
Amy tidak suka memuji.
Jadi, kalau dia sudi bertambah...maknanya...sedap lah kot?

Rabu, 3 November 2010

Iron Board terbakar..

"Al kisah..taibbb..
Al kisah tersebut la kisah...taibbbb..
Sangkancil datang beramai ramai mengadap Sultan Firaun...
Mana Firaun pakai sultan.."

Siot je.Semalam aku dapat Sms dari Amy.
"U ni nak bakar rumah ke?"
ha...?Aku terkujat sekejap.Aku rasa semua plug,  iron plug, dapur gas dah tutup masa nak pergi keje pagi semalam.Dua kali cek tu
Aku reply"Mana ada.kenapa ea?"
Amy tidak membalas sms aku.
Tapi..Aku rasa memang nak tergelak gila babas semalam.Depan PC aku gelak gelak teringat peristiwa On Tuesday..
Ni mesti Amy baru perasan iron board terbakar.Padahal kejadian tu masa selasa lepas.
Damn...!!!Tengah excited nak pergi keje, gosok baju..sekali terpusing habis temperaturenya,
sekali aku try gosok kat iron board, terus melekat.bukan sekali tapi dua kali.Sebab dua lubang kesan iron board berlubang.Aku cepat cepat gosok baju dan tutup iron board dengan kain batik.Fuhh..selamat untuk hari selasa.
Tapi tak selamat juga. Bila semalam dia bebel bebel kat sms.
Aku serba salah pulak.Sure.Memang aku cuai.
Aku mengaku nok..Aku tahu Amy marah.Sebab dia yang beli.
Sebab dia jenis tak cuai macam aku.
Susah nak tengak dia buat perkara perkara yang bukan bukan sebab dia tak cuai.
Sekali lepas Aku  sampai rumah ptg smlm,
dia sengih sengih suruh aku bakar rumah pulak.
Nasib baik mood dia ok.
Hahaha.Mana kita nak tinggal kalau rumah aku bakar..
Kita tido kat dewan.
Hahaha.Sungguh tak lawak aku rasa.Dia sindir aku.
Jarang aku dengar dia membebel secara lisan.
Aku pun mendengar dengan penuh rasa serba salah & janji tak mahu ulangi lagi.
Pagi tadi, aku iron baju secara berhemat.
Aku rebus air pun, bila dah masak 2-3 kali aku memastikan gas ditutup dengan baik.
Terima kasih Amy...sebab ingatkan aku..
Kalau tak, memang terbakarlah bagai bagai barang dalam rumah tu, sebab aku tak cermat..
adeh...

Happy Belated Birthday Alili

 
Happy Birthday to my beloved niece Alili.
Semoga panjang umur, semakin bijak,
Kurangkan sikit keaktifan ya...
Eh..eh...Apsal aku wish budak kecik tu cam gini kan?
Btw, dah lama aku peram cerita birthday Alili ni..
Since camera sudah dapat kat tangan aku kembali,
So  entry sudah ada gambar semula.
Tapi..mood untuk letak gambar sendiri semakin berkurangan.
Kenapa tiada gambar alili dengan cake?
Ooo...bukan tidak ada.
Ada sekeping dua.
Tapi...Masya Allah...
Semakin bertambah usia, semakin macam macam budak kecik yang semakin membesar tu.
Gambar semua tidak semenggah.
Dia sudah pandai buat mata KL-Klang.
Dia sudah pandai beraksi sambil mengeluarkan lidah.
Dia sudah pandai tidak mahu bergambar.
Ini yang paling membuatkan saya marah.
Tapi...dia hanya budak kecil...Jadi...saya  tak jadi marah..ahahaha..
Cake gambar BEN-10 ni jadi pilihan hatinya.
Berlambak gambar cake animasi yang lain,
BEN-10 gak pilihannya.
Aku memang tidak sukakan kek.
Sedikit pun aku tidak merasa kesedapan kek alili tu.
Maafkan Anyah Alili..

Ni Cik Farano.
Girlfriend adik aku Azrul.
Terima kasih kerana bersusah payah membantu,
Bakal biras mu.
Dia datang awal.Aku pun datang lambat masa tu.
Kebetulan ketika keluar dari rumah ,
hujan menderu deru sekali petir.
Aku & Amy berteduh dibawah jambatan.
Lagi 500meter sampai kerumah Abang aku masa tu.
Kalau diteruskan perjalanan,
Confirm...basah kuyup kot.
Kalau patah balik kerumah,
Aku rasa..sasah orang semua pulang..baru kitorang sampai.
Hujan rahmat Tuhan.
Lagi pun, lama  juga tidak bercinta cintun di bawah jambatan akibat hujan.
Tapi tak boleh juga....ramai juga orang dibawah tu.
Ngan petir lagi..Ahahaha..
 

Ini juga Girlfriend adik ku.
Adik bongsu aku.
Comelkan orangnya.
Kalau korang pernah jumpa dalam SYP tu,
Memang dialah orangnya.
Apa dia SYP?
hahaha..cari sendiri.
Dia juga sangat rajin.
Alili suka perasan yang Kak Cik ni GF nya.
Kak cik memang sayangkan kanak kanak.
Sebab itu juga Alili gedik gedik mengaku kak cik GFnya..
Kalau ada kak Cik, gedik Alili nak manja manja.
Surh belikan mainan la...suruh snap pictnya la..
Macam macam.


 Hu..Dari kiri, Adik bongsu aku.
Abang ipar Adik adik aku.Sambil makan karipap.
Baju kuning Azrul.
Sebelah azrul, Farid.
Dia ni sepupu aku.
Baru juga bertunang masa raya ke-3 hari tu.
Yang budak kecik tu..
sapa lagi kalau bukan Alili.
See..kan aku kata, dia sudah pandai macam macam.
Alili juga sekarang ni sudah pandai demand.
Letih kalau melayan kehendak budak ni.
Kalau nak buat susu,
Mesti abah aku @ atok alili yang kena buatkan.
Kalau mak atau adik adik aku yang buat, 
sure dia akan menebeng kat sebelah orang yang buat tu.
Pastu dia akan komen sendiri.
Suruh letak susu lebih,
milo lebih.
kalau buat tak sedap..terus terang tanpa segan silu dia complain.
Inilah gara gara Enfargrow dari sejak lahir..