For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 29 Ogos 2013

Pengaruh pembelian dalam talian...AGAIN???????? tapi berbaloi- baloi


Assalammualaikum... Salam sejahtera uolls..
Adoiyaiiii...kegilaan membeli belah dialam maya telah kembali lepas bulan Ramadhan ni.
Punyalah aku asyik ignore untuk membeli belah lagi lagi makanan macam gini kan.
Akhirnya...terjebak juaaaaaa....
Living social lah, Groupon lah, My deal lah..
Semua mampu mempengaruh aku sekarang ni.
Ada jer yang aku nak beli.
Tu yang aku malas nak simpan duit dalam bank2u tu...hahahaha...ALASAN.
Inilah risiko yang aku sering amik..puiiih.

Jenis rakan rakan semua habis darjah enam.
Tak nak belajar sampai SRP.
Suruh beli groupon  ke, my deals ke...aku gak yang  buat urusan.
Hahaha...tak lah, dorang busy menoreh getah..
Jaga lembu..
Tak reti pakai computer...
Itu jer alasan dorang. 
Aku dah la busy nak sangat.
Dan dan jer...
Tapi..bila bab bab nak membeli ke...pandai pulak dorang kan?
Huh... celik pulak IT nyaaaaa...
Pelik sangat kawan kawan aku ni tau..

Spagetti Olio 2 kali tambah oooo.... = 4.2 star

Aku beli kupon makanan ni kat Living Social.
Sila pandai pandai mencari yer...
Per head rm 39 nett.
Sebenarnya nak ajak ramai ramai kengkawan.
Tapi check check balance kat bank, tinggal duit aku 40 hengget.
Tak pasal pasal suruh sue yang belikan untuk yang lain lain.
Baik korang cepat cepat tengok kat web site tu.

Kebetulan pulak this week Abam menoreh waktu bulan mengambang.
Selalu abam akan menoreh awal.
Tup tup lambat pulak hari tu..
Tak pasal pasal kena makan nasi lemak yang aku tapaukan.
Bukan tak mahu ajak Abam pergi.
Tapi kupon yang aku beli ni terhad.
Maksud aku dah la beli kurang 24 jam.
Lepas dah beli tu kena booking tarikh nak pegi pulak.


Apa apa pon food semua sedap sedap belaka.
Kek, kuih tradisional pun ada uolls.
Mousse pun ada. tapi aku tak sempat nak merasa.
Sebab perut comel dah full.
Mana tak nya, aku pulak sedang berpuasa hari ke 5 untuk puasa 6.
Jadi...makan sikit jer dah full.
Disebabkan teruja melihat semua makanan yang chef hidangkan..
Terus semua pun nak di rasa.
Fuhhh...nasib baik abam tak ada uolls.
Kalau tak...segunung aku makan sayur...kahkahkah...

Bagi sapa sapa yang suka dengan kuih traditional tu, boleh lah makan kuih lapis tu yer.
Sedap. Kuih sri muka pun ada.
Cuma Kuih cara berlauk tu sejuk maybe kena aircond.
Kalau tak...5 ketul selamba jer aku makan.


Selepas bergosip dengan kengkawan tu,
wajib tambah makanan lagi.
Owh la lupa nak bagi tahu.. 39 nett tu buffet ok.
BUFFET. Sila makan sampai lebam.
Disebabkan aku ter- booking untuk aircond room jadi semua pun menggigil sejuk.
Sambil tu mata masing masing melilau tengok tengok jiran jiran meja sebelah menyebelah ambil makanan.

Lepas tu..ternampak ada guest ambil kambing bakar.
Harus...terjah ok.
Segunung kambing bakar Sue ambil kan.
Sedap gila 3 kali kitorang ambil.
Ayam bakar pun sedap.
Kuah pun sedap sangat.
Lepas tu masing masing cakap..
"eh...apsal lah kita tak nampak kambing bakar tadi...?''

Ye....kambing bakar , ikan bakar, ayam bakar semua kat luar.
Pihak Kitchen bakar kat open air kat luar lah.
Kang ada pulak baju bau arang.


Eh..eh..satay pun ada ok.
Roti john, roti canai pun ada.
Ini semua tak sempat nak rasa.
Bukan tak sempat rasa.
Kenyang sangat.
So..tengok tengok jelah.
Yang pasti ada 2-3 ketul je masa aku mengintai dalam pinggan.
Maknanya...SEDAP.

Dalam sentap sayu ada kengkawan yang masih belum sampai itu..
Titiba dorang sampai.
Terus riuh rendah uolls.
Duit kepuk kepuk..tapi pakai selipar jamban ok.
Alasan...nak lari dari tentera tentera ( anak anak lettew..)


Sue pun joint gak masa itu.
Lama korang tak nampak sue dalam blog aku kan?
Mungkin ada orang  ingat aku dah bergaduh dengan Sue.
Sebab orang orang ni, suka sangat buat andaian tersendiri..
Sue pun sekarang bukan main malas update blog dia.
Mungkin busy jugaaaaa...
Hahaha..


Mak buyung yang sering menjadi mangsa.
Bukan apa...kadang kala...orang lain yang mengidam..
Dia gak yang kena.
Jaja kesayangan ni dah hampir dengan due bersalinnya.
Kalau tak silap tempoh hari dia ada cakap yang due nya 31/8..
wahhh...kalau betul betul bersalin dengan tarikh tu..
senang kau nak ingat date birthday anak nanti kan..?

Lama juga dia menanti untuk mendapatkan anak yang ke 3 ni.
7 tahun menunggu...
Semoga segalanya dipermudahkan sahabatku.. :)


Heh...sapalah pipi bulat macam belon ni?
Saja jer taruk tangan kat pipi.
Agak ter cover gak tembun pipi tuan rumah blog kan?
Hahaha...ini semua poyo.

Ok, kawan aku yang pakai selipar jamban tu ugut aku kalau aku masukkan gambar dia dalam blog.
Dia kata kalau aku masukkan gak...
Confirm esok beli lemang kat kedai dia sebatang rm40 hengget.
Jadi...aku pun pasrah untuk memasukkan gambar comel dia.

P/s: kadang kadang letih nak puaskan hati semua orang...betul x? aduhaiii...

XOXO,
Daela

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

This is a topic that's near to my heart...
Cheers! Where are your contact details though?

Feel free to visit my web blog: seo cheap