For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 16 Oktober 2013

Aku jer senyum lebar...kucing buat muka boring...boleh??


Assalammualaikum.. Selamat Hari Raya Aidiladha  untuk semua yang beragama Islam.
Lama sangat tak berblog iolls.
Tak busy sangat pun..tapi entah baru hari ni teringat password & email add kot.
Menyampah iolls.
Hah..kebetulan pulak malam tadi saja nak check blog.
Kot kot duit nuffnang naik berganda ganda kan..
Tup tup...baru perasan ada orang hack blog aku ni.
Apa kejadahnya????
Blog suam suam kuku pun ada yang teringin nak hack.
Tak da keje gamaknya..
Jadi, lepas ni kena tukar pasword yang baru..

Lamakan aku tak menulis....?
Rindu tetap rindu nak menulis.
Gambar pun ada banyak.
Tapi gambar makanan.
Haha...aku kan kuat makan.
Puiiiii...itu kira gambar yang terselamat dari delete-tan abam.
Heran betul aku asal aku snap gamba makanan jer..
Esok gambar da clear.
Bila aku tanya kenapa delete?
Dengan comel dia jawap tak nak aku bertambah gemok..
Hello...orang gemuk ni comel tau..
Orang gemuk ni cute..gulp..
Aku jawap dalam hati je la..
Redho dengan apa yang dia cakap tu..

Tapi memang betul pun.
Hari ni aku masak lemak ketam, esok lusa aku masak lemak ketam lagi.
Bukan apa..nak improvekan kebolehan je kot.
Tak pun, save gambar makanan or masakkan orang kat offc,
Balik rumah buat muka manja nak mintak belanja.
Itu sebab abam jadi macam gitu.



Phewww..Ini bukan lah menu raya korban tadi.
Ini mee kari lebih kasih sayang.
Sebab nya..tengok isilah.
Semua aku bedal. Ikut suka.suka suka hati..
Lepas tu first time buat mee kari campur cili giling.
Disebabkan dr. Pakar menasihatkan supaya tidak memakan mee kuning,
Jadi jom pandai pandai ubah dengan spegetti.
Abam komen spegetti tak sedap.
Speggeti tak sesuai untuk gantikan mee.
Aku...aku pedulik hapa.
Dia kata tak sedap tapi aku tengok nak minta tambah.
Aku tambahkan...aku tambahkan..
Sebab tak sedapkan??
Hahahahahahaha...

Menu raya tadi semua mak aku yang sediakan.
Aku tolong tolong saja..
Menunya, daging masak hitam, laksa, ayam masak merah.
Kuah kacang kerang dan nasi impit.
Aku...selamba je layan ayam masak merah dengan nasi sejuk.
Tekak aku tekak mengada.
Lepas dah kenyang tu...baru teringin nak makan dengan nasi impit pulak.
Lemang adalah rasa seking dua.
Laksa...haa..yang ni aku makan banyak kali.
Sampai pergi rumah abang ipar aku pun masih aku bedal laksa kakak ipar aku.
Huiiii sedap weiiii...lagi lagi ada nenas.
Terbaik dari Alam Megah.

Bila aku bergambar dengan kucing tu..bermakna aku datang melawat mak abam.
Walaupun aku senyum lebar..tapi kucing buat muka boring.
Owh..oklah dah lewat malam da ni..
Selamat malam..

Assalammualaikum...

Xoxo:
DAELA

2 ulasan:

nur amni berkata...

sedapnye...nak try la..tq sis .

daela berkata...

@nur amni

please dear try this. sedap. akk pun first time katanyaaaa....