For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 21 Jun 2013

Family Holiday : Terengganu 2



As salam...
Selamat hari jumaat uolls.
Mari kita menyambung cerita jalan jalan yang lepas.
Orang jalan pergi oversea tak buat part by part ok.. 
tapi aku malas nak type panjang panjang..boleh??
Lepas jer sampai kat parking area Hotel Sri Malaysia Marang kan..
Terus je laju laju check in.
Lepas tu, dah la kena naik tangga tingkat 3.
Sekali abam ajak check in hotel lain.
Dia cakap kesian share room.
Sebab macam penuh.
Aku jenis ok jer.
Tapi abam lah kan..

Nak tidur kat HSMM pun memang tak boleh juga.
Sebab room semua penuh.
So...decide cari kat area yang terdekat.
Ambil semua barang then terus melilau cari hotel.
Sampai lah kat betul betul Bandar Terengganu.
Memula kitorang bersama sama tanya room kat counter.
Last last aku suruh abam je yang turun naik.
Lebih kurang 10 hotel mahal plus paling hauk dia tanya.
Semua pun Fulllllll....
Punca semua hotel full adalah sebab musim mencandat sotong.
Orang sekarang bukan nak tidur kat pulau dah kata friend aku yang stay kat Pulau Kapas.
Semua pun nak balik hotel lepas mencandat.
Camp site pun tak meriah macam dulu..
Sendu uolls.....kesian bila kawan aku cakap macam gitu.

Bila ternampak signboard Felda Residence ni, terus suruh abam naik kat lobby.
Sekali abam turun buat muka happy
Aku tanya kenapa...?
Abam cakap room ada..Al-hamdullillah.
Terus park kereta dan naik ke lobby.
Sekali pekerja malam itu tanya nak separate room ke?
Aku terus ketawa...kenapa suami isteri x boleh satu room ke aku tanya?
Terus dia pun ketawa..
Apa apa je lah...

Lepas check in...phewwww lega.
Terus bersihkan diri..sekali abam cakap lapar.
Owhhh...memang lapar.
Sebab last makan masa kat kenduri rumah Angah kat Pahang.
siap siap pergi late dinner.
Arround 2am baru betul betul dapat baring atas katil..
hermmmm....letih kan?


Ni family aku breakfast kat HSMM.
Best jer aku tengok.
Abah cakap meriah sangat.
Rugi korang tak der...
Dorang semua asyik wasap wasap gambar je lah.
Redho akak korang yang sedang lena membuta.
Eh...tak juga, sebab kitorang pun dah bangun.
Tengah siap siap nak pergi breakfast kat tinggat 11 ke 14? tak ingat..


Lepas dorang breakfast... aku ingat dorang masuk bilik siap siap.
Sekali tak uolls.
Wassap lagi gambar tengah nak terjun tiruk kat pool.
Terus hati aku panas.
Kahkahakah..
Bukan main lagi...berenang renang korang yer..
Tengok kaki Ayyen pun buat aku geram..
Kemain lagi kakinya..
Seperti menari ballet  gitu kan???


Nasi Dagang aku punya.
Ini first round.
Nasi sedap.
Tapi ramai nau umat manusia masa tu.
Aku ngan Abam kira turun paling awal lah breakfast.
Arround 7am dah turun mencekik.
Maybe ada group rombongan Cik Kiah ke terengganu...mungkinn??


Abam korang titiba kat hotel makan Omelet lah pulak.
Feeling omputeh breakfast lettew.
Menyampah ai.
Tapi sebelum tu nasi dagang segunung.
Nasib baik itu lauk ikan aye.
Kalau ayam mesti lagi banyak abam makan.
Aku tengok tulang belulang ikan aye dalam tray banyak.
Takut gak tercekik tulang.
Walaupun tulang ikan aye besau besau...
Eh, sapa tak tahu ikan aye itu ikan apa??
Ikan Aye sama dengan ikan kayu tak pun ikan tongkol.
Sedap weiii kari ikan aye versi nasi dagang kat terengganu..


Permandangan dari tempat breakfast kat Felda Residence Terengganu.
Tapi sayang uolls...
Tingkap ni dorang tak bersihkan.
Dari dalam bersih la..
Kat luar tu kotor sangat.....
Tapi ada ke yang tolong cuci ek?


Sambil makan sambil borak borak masa hadapan.
Kalau boleh nak beli satu kapal yang lalu kat bawah..
Kahkahkah....yeye je kan?
Titiba tengah syok makan aku sakit perut sangat.
Nak terberon sangat.
Tengok tengok tandas pulak tak der.
Abam dah la tengah syiok main game.
Aku ajak balik bilik tak nak pulak.
Berpeluh gak aku tahan nak memerut...
Benci tauuuu...


Ok, penutup gambar separuh encik suami aku yang tomei itew..
Tomey ke????hahahahaha...
Lepas tu balik bilik baring baring sementara tunggu check out.
Lagipun tunggu sibling aku tengah seronok sangat mandi pool kan.
Sebab ada lain lain destinasi nak diterokai selepas tu..

ok, itu je nak cerita..
Nanti sambung lagi.
Gambar semua credit from my adik fb.

XOXO,

Daela.

Tiada ulasan: