For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 3 April 2012

Al- Fatihah Untuk Arwah En. Azly a.k.a Boss

Assalammualaikum...

Hai kawan kawan..
Tengah hari disini, mendung seakan akan mengiringi tangisan hati kecil kami.
Boss kami di bahagian Financial, telah pulang kerahmatullah pada awal subuh pagi tadi dalam pukul 2:30am.
En. Azly telah lama mengidap Kanser yang sering menyerang beliau.
Pernah juga beliau koma untuk beberapa ketika.
Namun, beliau cukup tabah dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan melawan kesakitan.
Aku sangat jarang jarang tengok beliau sakit.
Hari hari beliau akan datang ke office untuk menyiapkan tugas walaupun beliau tidak cukup kuat untuk bekerja sepatutnya.
Tapi dengan semangatnya yang begitu kental, dia berjaya..
Mengharungi tempoh usia yang Doctor jangkakan..akan pergi dahulu meninggalkan kami.

Tentu kami akan merindui setiap kata kata yang bising setiap kali dia membebel.
Kami juga akan merindui setiap susunan kemas boss diatas meja atau rak kertas yang sering berterabur..
Setiap inci pasti dibetulkan..dan setiap inci yang bergerak..sambil lalu dia akan membebel sambil kemaskan.
Nice bukan? Seorang boss lelaki suka membebel seperti mak mak?
Kami semua tak pernah nak sentap sebab dia memang suka bergurau..sob sob sob..

Memang 2 minggu ini keadaan beliau tidak setabil.
lebih 5 hari beliau berada dalam ER di SJMC.
Kemudian, selebihnya dalam wad biasa sehingga nafas terakhir beliau subuh tadi.
Staff di sini, semua akan berasa risau jika masing masing dapat call dari isteri atau sahabat sahabat beliau.
Namun pagi tadi,
aku terkejut sangat dengan berita kematian beliau.
Dengan tubian SMS ke henpon garu sejak subuh lagi.
Terima kasih kawan kawan, kerana memberi tahu aku..

Sesampainya kami di Masjid Mutiara Damansara pagi tadi,
Sekujur tubuh kaku boss menanti kedatangan kami.
Aku & kawan kawan, segera menghadiahkan bacaan Yassin & Al- fatihah untuk boss yang terakhir..
Selepas jenazah selamat dikafan kan..
Air mata ini tidak dapat ditahan tahan.
Kucupan terakhir seorang CEO dan juga sahabat baik jenazah membuatkan air mata aku mengalir.
Air mata seorang sahabat tidak dapat ditahan lagi..

Selepas selesai di sembahyangkan jenazah,
Aku dan beberapa orang kawan kawan, tidak dapat menghantar jenazah ke tanah perkuburan..
Kami kembali menjalankan tugas seperti biasa..

Jelaslah...bilik dihadapan aku sekarang ini..
Akan kosong sehingga ada pengganti..
Semoga Allahyarham En. Azly tenang disana...Amin..

Al-Fatihah..

1 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

AlFatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat