Sebenarnya...dah lama aku x mengintai blog aku ni..actually,aku ada banyak masalah yang perlu diselesaikan 2-3 minggu lepas..tu sebab la..nk intai blog sendiri pun x ada masa..Sepanjang ketidak "update"pan blog ni...aku telah lalui macam-macam keadaan...ada yang pahit...(sebab abah aku Sakit) ada yang manis..."tu biar aku sorang2 jer yang tahu eh..."paling best...semua sedara-mara aku telah datang melawat abah,sewaktu dia di hospital..
Pada semua sahabat-sahabat abah yang datang,TERIMA KASIH aku ucapkan..NURSE2 kat PPUM tu sampai kata abah aku ni 'pesakit glamour' yang ada kat spital tu..mana x nya...wad abah 7U SURGICAL katil 28, x penah tiada tetamu..pasti ada yang sudi datang.
Pada kawan-kawan mak...Cik som, pn hajah maimunah,Induk, ika,noor, makcik su, mak Teh, makcik yam, cik saedah, mak cah, cik kiah, dalin, kak fauziah dan semua-semua yang sudi datang jenguk abah..terima kasih..ni semua dari makcik2 dan pakcik2 dr blok 7-8 yang baik2 hati sudi menziarahi abah aku sewaktu sakit..
hampir 2 minggu aku x keruan kerja waktu tu..datang keja sekejap, mak aku dah mula call aku kat office...cakap abah aku pengsan depan LIF..nak suruh abang aku datang...dia kat JOHOR, nak suruh arul adik lelaki bawah aku balik...dia jauh kat IPOH, hanya aku ngan adik bongsu aku aje yang diketogorikan dekat yakni aku di KJ, adik aku tu di PUTRAJAYA.
Aku pun bergegas pulang kerumah...aku lihat ramai orang berada dirumah aku..hati aku mula memikirkan perkara yang bukan2..aku belum tunaikan janji aku pada abah aku...iaitu**tut**tut
aku rasa sedih sangat waktu tu..bila tengok orang yang aku sayang terbaring lemah x bermaya..
anak buah aku hanya panggil "atok2"berulang-ulang kali di sisi abah aku..tersentuh hati aku..
Setelah abang & adik aku pulang kerumah..mereka menghantar abah ke hospital, bukan tiada jiran yang ingin menghantar...tetapi atas permintaan abah aku sendiri..mungkin dia x mahu menyusahkan jiran-jiran kami..tu lah abah..mungkin lebih senang suruh anak2 lelakinya..
**thank u for Dr Ng & all Dr/nurse at 7U surgicAL..
sebab jaga abah aku dengan baik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan