For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 28 Mac 2011

Jangan Membazir!!!!

 
Sila senyum simpul bila tengok paper bag itu.
Dalamnya cuma ada seluar kecil sahaja.walaupun ada 2kan?
Yang lagi best, ini bukan aku or Sayam punya.SEDIHKAN?
Ok ok.Bukan cerita itu aku mahu papar kan.
Minggu ni, Sayam keje malam.
Hari hari aku mengankut kain baju ibarat seperti mahu pindah.
Dan hari ni, last day dia keje malam.BEST!!
Cuti baru baru ni pun dia kena kerja.
Adoiyai..Nak merungut pun tak boleh.
Bila nak minta beli itu ini pun macam kesian.
Bak kata Sayam, "tolong tengok glove i ni, pastu...fikir fikirkan lah.."
Dalam hati aku berkata.."mak aii..sampai koyak rabak kot glove sayam ni?"
" Kata harga getah naik..apsal dorang tak kasi tukar glove baru?"
"ekonomi merundum"
hahahaha.
Baru baru ni aku ada minta keizinan nak beli barang.
walaupun kami masing masing bekerjakan..haruslah tanya..:)
Sayam jenis suka buat aku berfikir.
Kalau boleh dia nak kasi aku sambil berfikir..sambil memikirkan.
Dia jarang membantah apa yang aku nak atau pun suka.
Tapi bila jawap, NO or senyum kambeng, aku kena panjangkan akal.
Ada benda kadang kadang, mampu kita miliki.
Ada benda yang banyak ada kat rumah.Tapi sebok sebok nak beli.kan kan?
Macam aku lah.Contoh tak payah bagi kat orang lain.
Baju & Kasut.
Memang perempuan..benda benda nilah yang paling kita suka.
Kalau baju, macam macam jenis baju.
Belum lagi baju kurung kan?
Berbagai bagai jenis kain ada. Chiffon la, sutera la..crepe la.
Cotton la.Tu belom lagi yang beli borong kat Jalan TAR.
Selagi tak roboh kat tempat hanger baju..selagi tu..dok membeli.
Kalau kasut pulak, semua jenis ada kot.
Wedges la, boot la, flat la, sandal la.Selagi tak penuh kat ruang kasut tu..tak sah.
Bila dah duduk serumah dengan Sayam, barulah dia tahu..yang aku ni kuat membazir.
Aku pun baru sedar yang aku kuat membazir.Sedara Setan wei..org yang kuat membazir ni..
Itu pun kalau dia tak bagi tazkirah hari tu, aku masih tak sedar.
Hahaha.Sayam jarang jarang membebel.
Sekali membebel, huii..syok kot dengar.Makan dalam!!!
Memang benda benda tu, tak perlu aku beli pon.
Saja.Suka penuh penuh isi  kan rumah.
Sambil tu sekali sepah sepah kan rumah ngan benda benda tak berfaedah.

Pagi tadi masa kau pakai kasut selipar jepun yang lama berkhidmat dengan aku ni
dah nak putus jurai jurai nya..
Ha...ada change nak pujuk pujuk beli selipar jepun yang baru..yey.!!!!

 

Sabtu, 26 Mac 2011

Akuditinggalkansementara!!!


As Salam & Afternoon yall...
Tajuk aku hari ni macam sedih jer kan..
Aku berliputan dirumah emak aku.
Dah 2 hari tak jumpa Sayam.
Sedih windu...hahahaha.
Ayat tak sedih pun kan?Tapi dalam hati...hurmmm(tarik nafas dalam dalam)
Jadi, tak salahkan jika aku hapdet gambar kitorang bersama ni..

Mana pergi Sayam?
Oooo...Dia keluar negeri untuk beberapa hari atas urusan menoreh getah.
Maklumlah, semenjak harga getah turun naik ni, Sayam pulak tak tentu hala kerja nya.
Aku mula mula emo jugak dengan jadual waktu menoreh ni..
Tapi rehda kot..:)

Ok, meh aku nak merepek sikit ni.
Korang penah kena tempik tak tentu hala tak?
bukan apa...kadang kadang, sebab nak jaga bontot sendiri,
orang lain yang jadi mangsa.
Kan kan?
Ye la..ko yang nak makan sedap sedap..ko laa pergi order sendiri.
Ni dah la ko kirim kat orang, lepas tu salah amik order, ko nak tempik tempik pulak?
Apakejadah nya tu kan?
Eh, apa aku merepek nih?
Kalau ikutkan, nak jer aku tempek cerita
bohong tu kat sini.
Kang ramai pulak yang merempan.Huh.B^$@#^*(&*(*(...
Aku ni jenis bukan berdendam..tapi aku akan amik hati lepas tu simpan.
Lepas tu lama lama aku ok kot.

Aku tak suka marah marah melainkan aku tengah marah.
Paling kuat aku tahan marah..aku menagis..tapi..buat apa aku nak menangis?
pasal ni kan?
Silap besar lah kot...
eh, ok lah...aku nak keluar sekejap ni...da...!!!!

Rabu, 16 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Peeeewwww...As salam u all..
Berhabuk blog aku ni kan.Almaklum jer la...seminggu sekali pun belom tentu aku nak upload.
Keje rumah berlambak lambak nak kena buat kan..
Eh.korang dah tengok HMM ni ke?
Kitorang cuti bersama sama tau...semalam.
Aku berkesempatan malam semalam menonton wayang bersama sayam kat Sunway Pyramid.
Ha..semenjak kahwin ni rasanya, baru 2nd or 3rd time jer kitoang bersosial tengok wayang.
Sebabnya, sayam asyik kena menoreh jer.Tiada had limit menoreh.
Jika tak menoreh, dia akan menghabiskan masa dengan tidur.Lagi best, pergi memancing.
So, aku jarang jarang nak sekat apa yang dia lakukan.Sebab masa terlalu berharga.cewahhh..
Selepas jer start tayangan bermula kat pawagam, aku try google blogger antaranya BN.
Sebab aku nak tahu cerita ni best atau takkan..
Kalau tak best, aku ada cerita lain yang dah sasah syok layan..hahaha..
So, aku baca kat Abg nara tu, dia bagi 3/5 star kalau tak silap.
Ok lah kot...sebab aku kalau nak bagi 10 bintang pun lepas aku tengok suka hatilah kan..
So, setelah gigih beratur panjang malam tu,
dapatlah 2 tix HMM.lepas tu kitorang pusing pusing sambil tengok tengok poket, kot kot boleh beli apa yang mampu kan ditengah tengah bulan ni..
tapi sayang, tiada yang menarik...hahahaha..alasan.Ada ok..Guess sale!!!pejam mata mak lalu kat situ..

Arround 1005pm, masuk panggung.
Satu yang paling tak best bila menonton wayang kat Pyramid adalah seat nya.
Sumpah sakit leher & pungkoq aku.
Seatnya ya amat keras dah tak comportable..
Ini yang paling aku tak suka.Memula nak pergi kat Summit USJ.
Tapi Summit USJ punya tayangan sampai pukul 830pm sahaja.Itu yang aku riki dr on9.
Jadi..terpaksalah aku menahan kesakitan leher selama 1 jam 45 minit..
haaa..macam kucing nak beranak kot...tak selesa...
Bagi akulah kan,
sebagai penonton yang kadang kadang tengok wayang ni,
cerita yang dihasilkan sangat sangat best.
Dan aku berbangga sebab anak tempatan boleh menghasilkan cerita yang sebegitu rupa.
Aku memang tak reti sangat nak mengkritik atau memuji lebih lebih.
Janji, cerita tu aku faham..walaupun kena ambil masa untuk difahami..

Cerita ni, mengisahkan, Merong Mahawangsa yang  menolong Raja ROM untuk mengahwinkan
Putera mereka yang bernama Putera Marcus dengan Maharaja dari China.
Perjalanan mengambil masa yang agak lama untuk menemukan antara Putera Marcus & Tuan puteri China tu.
Setelah berjumpa, mereka telah diserang oleh Kerajaan Garuda.
Kerajaan Garuda mencolek puteri raja sebagai tebusan dan...ingin menahluk semua kerajaan yang ada.
Ni kira Kerajaan tamak la kot.
Pelbagai kejadian yang menarik sewaktu Merong dalam usaha belajar bagaimana untuk menghapuskan
Kerajaan Garuda yang diasaskan oleh TAJI & KEMAWAS.
watak kemasan ni agak keji sedikit...tapi menjadi..hahaha..Suka la Abg Khir Rahman berlakon jadi miang miang gitu kan...?
Ada satu perkara yang boleh membuatkan Taji & kemawas mati...
Ha..tak reti reti lagi korang pergi beratur dapatkan tiket wayang ke?
Ke...korang nak tunggu kat Astro Fiesta?
Btw, cerita ni menarik kalau pencahayaan yang clear.
Tapi..kalau kat Pyramid jer yang agak gelap...x buleh nak cakap apalah kan?
Aku ada juga yang terbaca komen pasal bila dorang berlawan tu, berlawan secara laju laju.
Ya...memang agak laju.Terlalu laju kot sampai cerita dah jadi sedikit kelam kabut.
Kalau nak lawan 1 per 1, tahun depan pun cerita tak habis habis kan..?
Percikkan darah yang agak real..
Tapikan, Group nak melawan Garuda tu, dorang ni team Merong,
KURUS KURUS.sumpah hingar bingar dalam cinema orang ketawa...

Ok lah...aku nak kasi 4/5 bintang untuk cerita ni..
Sebab pagi pagi aku bangun dari tido,
Sayam sudah merepek mengajuk dialog Dato Rahim Ghazali kat telinga aku..
Makna kata, filem ni berkesan sampai sayam boleh terikut ikut mengajuk bahasa tu..
ok, dah lewat malam ni..aku dah nak tidur...
Sayam kena menoreh 2 minggu waktu malam...
da....(sambil buat mimik muka sedih...)