For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Isnin, 31 Januari 2011

::Lipstik Warna Merah::

 credit to sayam google
Happy days & Salam sejahtera..
Ini hali ar, gua mahu celita pasat ini liptik.
Eeeeehhh..apsal aku tulis ni macam orang Cina cakap jer?
Mood CNY dah nak tiba agaknya..:)
Ok, last week masa aku berdatingan bersama geng geng sewel kan,
Aku & Zana pergi ke SaSa.
Aku dah lama Aim nak beli lipstick warna merah darah ni.
Tapi Sayam tak kasi.
Dia kata , kalau aku pakai , macam buntot ayam.
Ala..macam dia pernah tengok bontot ayam.(ayat derhaka)
Jadi, bila bersama Sayam..meh kita batalkan niat suci murni nak beli lipstick
warna merah darah impian aku tu.

 credit to sayam google
Ha..kan sexy plus mengiurkan kalau berbibir merah gini kan?
Bibir aku ala ala neng baizura kalau pakai kan..sure lagi la..
Nampak tebal macam negroto.
Punca punca Sayam tak suka aku pakai warna merah ni,
di suatu hari yang gumbira di pasaraya:

Aku telah cuba test lipstick Tok Ti.
Ya..warna merah yang aku tuju dulu.
Memang cantik kot.Tapi sebab bibir aku munggil Anjelina Logis,
makanya..huii..mengerikan suami ku!!!
Aku pun mula memuncungkan bibir ke arah Sayam.
"BAIK PADAM cepat..."
Sekali aku kena jerit ar kat dalam kedai tu..kekekeke..
Kelakar pun ada.
Cepat cepat aku padam ngan tisu free kat kedai tu.
Seharian aku kena bebel kot.
Macam macam kot, dia kata.
Buruk, macam buntot ayam, macam buntot kera jugak..
ha...aku diam jer..
sebab nak bagi dia cool balik kan.hahaha.Isteri yang keji.
 credit to sayam google
Ha...inilah warna warna yang selalu aku gunakan.
Nude nude kan color nya.
Baru nampak natural kot.
Aku pun bukannya suka sangat pakai tebal tebal.
Sekali sapu jer sudah memadai.
Agak agak nampak merah sikit sikt jer sudah cukup.
Mesti korang macam pelik jer kan..kenapa aku suka nau nak pakai warna merah tu?
Ala....mesti punya kan..korang nak tau..
heee...sebab, aku perlu pakai sikit sikit jer.
Kan jimat.lagipun kalau pakai merah ni, sure nampak macam bibir asli.
eh...ye ke?
Bukannya seperti pict no.2 tu.kalau macam tu punya cara pemakaian,
tak sampai sebulan dahhabis.
Teringat dulu dulu zaman kerja kilang dulu,
Ada lah sorang dua suka pakai lipstick tebal tebal gini.
Aku try tanya, sebulan berapa kali beli lipstick?
Dia cakap sebulan sebatang..hahaha..korang bayangkan la..
macam mana pulak dia tonyoh kat bibir nya..hahaha!!!

 
See...tidaklah setebal mana pun aku pakai lipstick .
Pakai sebatang lipstick jer ambil masa berbulan bulan baru habis.
Kalau expired, ke tong sampah jer lah jawapnya.
Tapi, serious nak kasi tahu,
Aku memang dah beli color merah tu.Aku degil
Siap simpan baik baik dalam beg sebab tak mo kasi Sayam jumpa.
Kata duduk serumah.
Aku simpan dalam beg make up pun dia terjumpa.
Padahal tiada kena mengena pun dengan barang dia kat dalam tu.
Selalu aku beli lipstick brand cap Ayam jer.
Sayam  tau dah, kalau aku singgah kat kaunter tu, sure dia tau aku nak beli lipstik kan..
Yang warna merah ni aku beli cap itik.
Sure la..bentuknya agak berbeza.
Nasib baik dia tak marah.
Tapi dia cakap aku degil...Heeee...:)

p/s:tidaklah aku berani pakai lipstick merah merah sebenarnya.

Khamis, 27 Januari 2011

::Setabak Pyramid dengan Makpiah::

Nama Tipu: Along bukan Ah long

Nama Gelaran: Anak Mat Jan
Kenderaan masa dulu: E pangkah 5. (Minah raydos)
Status: Ibu beranak 1, dan nak masuk dua(bila bila masa jer ni)
Pangkat:Ketua Pengganas.
Job: Kaki Pukul
Spouse: Fayeed Al-Saad
Sinopsis: Dulu masa sekolah teramat jahat dia ni.Tu sebab aku panggil dia Ketua Pengganas.Kalau boleh dulu dulu sekolah dibakarnya..ha..tinggal tapak terbakar jer lah sekolah tu sekarang(itu kalau dia bakar..tapi dia x bakar..hatinya jer terbakar).Paling kuat ponteng sekolah.Suka suka datang sekolah sebab kena paksa dengan kawan kawan.Lepas tu belum lagi waktu balik, dia sudah ada kat rumah.Tapi itu dulu..sekarang sudah baik...sudah menyesal..hahahaha...gelak syaitonirojim..
Nama Tipu: Kissmewanie(hee...geli aku tau )

Nama Gelaran: Punk
Kenderaan Masa dulu:Pinjam Moto Bapak
Status: Ibu beranak 4
Pangkat:Assistant Sahaja
Job: Jual Besi Tajam Kat area KL
Spouse: -
Sinopsis: Dia ni suka melaram time kat sekolah.Orang lain semua pakai public phone(zaman itu).Dia sudah ada henpon botol air.Gila famous kot sebab hand-phone lepas tu kena rampas ngan Cikgu Mah.Paling awal kawen.Dan anak dia sudah darjah 3.Paling terus dia ni suka gelak sampai semua orang akan pandang pandang.grrrrrr....
Nama Tipu: Jaja Shi Shi

Nama Gelaran: Anak Sidek@ Aja Tonggek
Kenderaan Masa dulu:Sama macam diatas.
Status: Ibu beranak 2
Pangkat:Pun Sama. Assistant je.
Job: Tukang kira wang
Spouse: Nijam
Sinopsis: Dia ni suka menyanyi, menari.Dulu dulu kalau ada apa apa berkaitan pasal ni, semua dia nak ceburi.Tamak gila.ke..gila glamour?hahaha.Suka tiru gaya artis macam DIVA Ziana Zain.Dia paling riuh kalau time nak pergi sekolah.Kalau tiru gaya gaya orang yang dia berkenan nak kutuk pun dia hebat.Sekarang dia dah tak kutuk orang dah.hahaha..
Nama Tipu: Cik Jana yang dah perasan konon konon CIK sangat la tu..

Nama Gelaran: Janaton
Kenderaan Masa dulu:Bapak belikan moto E pangkah 5
Status: Ibu beranak 2.Bila nak tambah ni?Ngeh ngeh ngeh..
Pangkat:Assistant No.3
Job: Tukang kira stock kat kedai Ubat
Spouse: Zamani Slam
Sinopsis: Dia ni suka ikut kawan kawan.Masa dulu dulu la.Pernah dulu kena kejar dengan parang sebab malam malam buta sebuk nak pergi joget lambak bersama sama ketua pengganas.Dulu sangat sangat kurus cun melecun.sekarang sudah tembun banyak.Suka mencekik & kuat mencekik.Nasib baik masih cun.Kulit dia tidak pernah dijangkiti jerawat.Halus jer..(macam iklan nescafe)
Nama Tipu: Daela, deklah

Nama Gelaran: Tiada.Sebab aku baik
Kenderaan Masa dulu: Menumpang.Lepas tu baru bapak belikan EX5 jugak
Status: Isteri
Pangkat: PA
Job: Tukang Jawap Soalan soalan matematik
Spouse: Amy the General
Sinopsis: Agak pendiam.Suka ketawa.Agak nakal masa sekolah dulu.Paling teruk bila kena tangkap joint budak budak lelaki kat kelas main duit..(kira judi gak tu)dia tak joint.Tapi dok leka bagi sokongan moral kat kawan kawan.Sekali kena libas ngan cikgu jugak.Tak pasal pasal sorang jer pompuan berdiri sama dengan budak budak lelaki.eeeiii..malunya masa sekarang tengah type ni.Ketua tingkatan yang paling best bak kata budak budak lelaki kelas aku.Mana tak nya, ketua tingkatan pun joint lari dari kelas tambahan..hahahaha..Agak menyesal dengan sikap yang lalu.Harap harap anak anak KITA tak jadi macam kita...adehhh...
 Adeh..korang, aku gelak gelak sendiri.
Bila baca apa yang aku tulis ni.Ini semua kisah silam kitorang.
Ada 3 orang lagi yang aku tak taruk kat sini.
Ha..sapa suruh tak datang kan?
Bukan main susah nak suruh dorang ni berkumpul.
Nama duduk Satu Taman.
Tapi..mak aii...susahnya..
Tapi, kitorang masing masing memahami.
Sudah ada keluarga.Sudah ada tanggungjawap.
Jika tak dapat datang tu, di maafkan.
Baik bersikap pemaaf dari berdendam.
Baik bersangka baik dari burukkan?
Macam biasa, adik ketua lanun Elin, Kakak Tentera Rehan & Mak itam Amaz tiada.
Kalau ada..best betul berkancah.
Kitorang ni kalau melepak, memang tak boleh jauh sikit dari kawasan jajahan.
Nak pergi jauh jauh buat apa kan?
Kata rumah dekat dengan Sunway Pyramid?
Jadi..berbondong bondonglah kitorang kesana.
Tidak ada yang me-raydos macam muda muda dulu.
Semua dok pakat pakat menumpang.Kata sekawan sejajahan kan?
Punk jer yang runner sendiri.Dia sudah pindah dari kepompom katanya.
Ye la sangat tu.Tapi tetap kena balik ke situ jugak.
Dah Uncle Jamal masih duduk sana kan..Harus lah..balik juga..
Time ni kitorang tengah bincang bincang pasal next reunion.
Hai...bertuah badan.
Kali ini reunion telah di sponsor oleh CIP.
Cip mana?CIP MORE kot?
Malam tu, dia datang..tapi dia malu malu kucing nak bergambar.
Sebab dia ni lagi pemes dari kitorang.
Sampai Ketua pengganas nak jadi hang cangkul..ataupun hang kebun.
Dia kata, aku boleh jadi pak pacak, tapi kena slim balik macam masa muda.
wowowowo...hampeh jer kan..
Cip lepak tak lama, lepas tu dia kena pergi KL..
Katanya kena jadi pak pacak lagi..dem la ko kan..
Aku ngan cip adalah rakan baik.Sebaik sekarang.
Tidak pernah bermusuhan.
Sebab itu sampai sekarang Cip akan ingat aku walaupon aku dah montel.
Walaupun aku dengan Cip tak sekelas, tapi cip suka melepak dengan aku.
Kalau imbas imbas kembali zaman cip masa sekolah dulu, cip lah paling rendah.
Cip lah paling comei.
Sekarang cip dah tak comei.hahahaha..

My best friend masa dulu kini & selamanya.
Kitorang ni berkawan sejak dari umur aku 9 tahun.
Now dah masuk 30an.woaaaa..sudah tua kalau ikut angka.
Tapi masih muda..huii perasan.
Sekejap jer sudah berputar kan?
Dulu masa kecil kecil, main tanah main pasir
Dah remaja..merendek naik moto.owh..dia juga yang ajar aku bawa moto.
hahaha..jana..ko ingat tak..kalau aku tak hadang moto aku dulu..ko mesti dah masuk sungai kan?
huh...scary sekejap!!!
The mommies.
Bukan mummy return ya.
Time time nilah dorang dapat free dari anak anak & suami.
Sekali sekala best juga dengan bebelan si ibu ibu ni.

 
Ha..ini food ibu mengandung.
Layan coffee sambil makan ni memang terbaik.
Dan menambah berat badan.
Lepas saja Punk balik, oh ya..dia balik dulu.
kitorang memyambung sampai kedai nak tutup.
Ha..masih tak habis meeting,
sambung kat kedai char kue teow di kawasan jajahan.
Bertapa kebulurnya ibu ibu ini rupanya.
Titiba teringat punk cakap...
"sapa sapa free boleh la joint dia swin kat DP, excessive kat GIM rumah dia.
woaaaaa....lemak harus dilupuskan.."
Kemudian, Hubby Along sampai,
wah....
"makcik, Sayam kamu cakap hari in persatuan isteri isteri kita mesyuarat"
hahaha..Sayam aku sudah bagi tahu laki along..
"Sasah bini aku tak masak kat rumahkan..." fayeed cakap lagi 
hahahaha..

Kita tamatkan entry ini dengan penuh nilai murni persahabatan..


Rabu, 26 Januari 2011

Kenapa aku boring ?

 Hallo...korang.Apa hobi korang ea?
Gini...semenjak kitorang mendirikan rumahtangga kan,
Tak pernah lagi aku joint sayam pergi memancing.
Dulu masa sekolah ,gila tulis hobi suka memancing.
Padahal memancing kat sungai dapat anak ikan sepat ronggeng jer kot.
Korang pun tahu kan...sayam aku ni suka sangat memancing.
Kalau ikutkan hati..nak jer aku curi curi snap peralatan memancingnya & bubuh kat dalam blog ni.
Hahaha.Kang sia sia dapat tendangan percuma Safee Salleh.huh..titiba.
Lelaki berbaju merah itu sayam.
Kitorang baru habis berjogging kat Taman Tasik Kelana Jaya last week..
Tapi kitorang nak memancing kat Tasik Subang.

Korang penah rasa boring?
Ya...bila tak dapat ikan terus aku rasa boring.
Betullah orang kata, sapa yang suka memancing..orang itu penyabar.
Mungkin bukan aku orangnya.
Sayam...hermm..agak penyabar orangnya kot.
Sebab itu dia suka memancing.Kalau ikutkan aku..nak terus dapat ikan jer.
Tak mahu tunggu tunggu aihh...buang masa kot.
Baik beli ikan kat pasar dari menunggu ikan yang belum tentu dapat kan?
Macam hari tu lah...
Baru sekali pancing, dah terus aku tanya dah dapat ikan ke belum?
Tension kot Sayam bila aku asyik tanya soalan yang sama ?
Makna kata...aku bukan seorang yang penyabar...Tapi itu bab bab memancing jer la...
Baru 10-15 minit sayam baling umpan dalam tasik.
Aku dah gatal gatal kena gigit dengan semut.
Ha, belum lagi 2-3jam.
Kalau seharian semalaman pulak?
Sasah aku kronik rindu nak peluk bantal kan.
woaaahhh...syok lagi duduk kat rumah diam diam tengok Prison Break kot.

 
Kawasan pemancingan di tasik subang jaya.
Tah tah kawasan kumbahan Hotel hotel yang ada kat depan tu tak?
Huii..tidaklah aku makan ikan pancingan tasik kalau Sayam dapat hari tu.
Kebetulan masa memancing kat situkan, 
Ada sorang uncle ni dapat ikan toman dalam 500grm kot.
Wah...berkobar Sayam nak dapatkan jugak.
Yang bini kat sebelah dah sibuk sibuk ajak pergi breakfast.
ha....kitorang breakfast dalam waktu lunch.
Semua gara gara nak memancing.
Last last, sayam cakap..
Nak pergi memancing masa dia keje malam karang.
Mancing kat Klang.Dengan kawan kawan dia.
Aku kasi jer...sebab tiada larangan jika dia mahu memancing lagi selepas kahwin.
Ini janji aku pada dia.
Bila balik dapat ikan Siakap 1.8kg...wow...
Terus hantar ikan kat rumah mak mentua kot ..
Mak mentuanya terus masak ikan siakap goreng garing tiga rasa..
Sedap..sedap...ha...kang senang...aku pun boleh relax relax sambil layan raja lawak 
kat rumah mak aku sambil tunggu sayam balik..
tak gitu...?