Gini...semenjak kitorang mendirikan rumahtangga kan,
Tak pernah lagi aku joint sayam pergi memancing.
Dulu masa sekolah ,gila tulis hobi suka memancing.
Padahal memancing kat sungai dapat anak ikan sepat ronggeng jer kot.
Korang pun tahu kan...sayam aku ni suka sangat memancing.
Kalau ikutkan hati..nak jer aku curi curi snap peralatan memancingnya & bubuh kat dalam blog ni.
Hahaha.Kang sia sia dapat tendangan percuma Safee Salleh.huh..titiba.
Lelaki berbaju merah itu sayam.
Kitorang baru habis berjogging kat Taman Tasik Kelana Jaya last week..
Tapi kitorang nak memancing kat Tasik Subang.
Korang penah rasa boring?
Ya...bila tak dapat ikan terus aku rasa boring.
Betullah orang kata, sapa yang suka memancing..orang itu penyabar.
Mungkin bukan aku orangnya.
Sayam...hermm..agak penyabar orangnya kot.
Sebab itu dia suka memancing.Kalau ikutkan aku..nak terus dapat ikan jer.
Tak mahu tunggu tunggu aihh...buang masa kot.
Baik beli ikan kat pasar dari menunggu ikan yang belum tentu dapat kan?
Macam hari tu lah...
Baru sekali pancing, dah terus aku tanya dah dapat ikan ke belum?
Tension kot Sayam bila aku asyik tanya soalan yang sama ?
Makna kata...aku bukan seorang yang penyabar...
Baru 10-15 minit sayam baling umpan dalam tasik.
Aku dah gatal gatal kena gigit dengan semut.
Ha, belum lagi 2-3jam.
Kalau seharian semalaman pulak?
Sasah aku kronik rindu nak peluk bantal kan.
woaaahhh...syok lagi duduk kat rumah diam diam tengok Prison Break kot.
Kawasan pemancingan di tasik subang jaya.
Tah tah kawasan kumbahan Hotel hotel yang ada kat depan tu tak?
Huii..tidaklah aku makan ikan pancingan tasik kalau Sayam dapat hari tu.
Kebetulan masa memancing kat situkan,
Ada sorang uncle ni dapat ikan toman dalam 500grm kot.
Wah...berkobar Sayam nak dapatkan jugak.
Yang bini kat sebelah dah sibuk sibuk ajak pergi breakfast.
ha....kitorang breakfast dalam waktu lunch.
Semua gara gara nak memancing.
Last last, sayam cakap..
Nak pergi memancing masa dia keje malam karang.
Mancing kat Klang.Dengan kawan kawan dia.
Aku kasi jer...sebab tiada larangan jika dia mahu memancing lagi selepas kahwin.
Ini janji aku pada dia.
Bila balik dapat ikan Siakap 1.8kg...wow...
Terus hantar ikan kat rumah mak mentua kot ..
Mak mentuanya terus masak ikan siakap goreng garing tiga rasa..
Sedap..sedap...ha...kang senang...aku pun boleh relax relax sambil layan raja lawak
kat rumah mak aku sambil tunggu sayam balik..
tak gitu...?

