For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 6 Januari 2012

Nasib baik kau cantik....Kalau kau hensem..dah tentu Abam jeles...

Yuhuuu...Assalammualaikum...Selamat petang.


Ehem....Terbatuk korang tengok pict ikan ni?
Ke...sebab tajuk entry nya?
Jangan lah weii...Memang lah..ini ikan idaman aku.
Abam suka hati jer marah marah kalau aku pasang angan angan nak membela ikan ni.
Jenuh aku google  pict untuk dapatkan gambar arowana yang terbaik untuk korang.
Cantikkan warna ikan ni..
Golden plus coklat gitu...sangat rare.
Sebenarnya..ini first time aku tengok warna ni.
Selalu tengok Gold semua.
Titiba masa google ni, terjumpa warna secantik ini..
Terus...macam tak sabar nak beli jugak hujung tahun akan datang.
Hujung tahun akan datang tu..bukan bermaksud tahun depan tau..
Tahun tahun tahun akan datang..puiii
Makna kata..bukan dalam masa yang singkat..


Punca aku suka ikan ni memang dah lama.
Tapi..semenjak abam suka ajak pergi kedai ikan sekarang ni..
Makin galak pulak.
Tapi...nak beli..memang tak mampu.
Abam cakap kalau ada duit, kena beli aquarium dulu.
Aquarium pun kena beli yang main kaki kaki jer panjangnya.
Kalau setakat yang besar bola tu, rentikan lah..
Jadi modal nya kena besar juga.
Lepas tu barulah boleh beli anak ikan nya..
Ohya, anak ikan nya pun bukan yang murah.
Sebab taste aku nak beli yang rare jer..
Yang biasa biasa tak mo....puii lah kan.


Ini Info ikan Arwana aku cilok kat sini..:)


Asian Arowanas
(a). Super Red Arowana(Chili and Blood)
(b). 1.5 Grade Red Arowana(xbreed between Red and yellow tail Arowana)
(c). Malaysian Crossback Arowana
(d). Green Arowana
(e). Red Tailed Golden Arowana
(f). Yellow Tailed Arowana

South American Arowanas(a). Silver Arowana
(b). Black Arowana

Australian Arowanas
(a). Pearl Arowana
(b). Golden Pearl Arowana
(c). Red Pearl Arowana (very rare)

African Arowanas
(a). Araipaima Gigas(not suitable for aquarium tank rearing)

The main difference between the Asian Arowanas and the rest are the scales! Asian Aros have 5 steps of scales comparing to their counterparts which are having 7 steps of scales.

RTG = Red Tail Golden
XBACK = Cross Back
YT = Yellow Tail
YTL = Yi Tiao Long ( straight line scales on 6th level )
TKL = Tikum Leng
PLJ = Protruding Lower Jaw
SR = Super Red ( Grade 1 Red )
CR = Chilli Red
ER = Emperor Red
BMB XB = Bukit Merah Blue
PG = Panda Gold
PHG = Pahang Gold
PR = Purple Red
EBXB = Electric Blue Crossback
VFSR = Violet Fusion Super Red
BB = Beneficial Bacteria
SABF = Singapore Arowana Breeding Farm ( Farm based in Singapore )
DFI = Dragon Fish Industry ( Farm based in Singapore )
QH = Qian Hu ( Farm based in Singapore )



Ok, sambung cerita balik.
Abam cakap ikan ni makanan dia semua yang kena beli.
Lepas tu semua mahal mahal jer makanan dia.
Paling tak tahan tu, anak katak.
Terus aku wekk..wek...muntah.
Ni semua bukan sesaja jer nak kasi makan macam tu jelas Abam.
Setiap makanan ada fungsi.
Untuk kasi sisik cantik lah, berkilat lah..
Abam cakap ingat nak kena kasi nasi ke?
Hohoho...tergelak aku.
Lain lain makanan dia adalah cengkerik, anak ikan, ulat, etc.


Ikan nikan..kelebihan dia kalau dia berenang tu...lemah lembut.
Pendek kata PEMALAS.
Tapi slow motionnya buat aku jatuh cinta...
Pernah aku tengo ada sampai Puluh ribu harganya.
Mungkin sebab sebab diatas..
Mengikut pandangan orang Cina..ikan ini membawa tuah..kepada pemeliharanya.
Dorang yang anggap.
Aku lebih percayakan Tuah, rezeki adalah kurniaan Allah S.W.T


**Ok, rega yang buat aku nak pengsan bila terjumpa kat kedai ikan Arowana adalah 15k untuk seekor.
Ha...sila pitam sekarang.kakaka...

Aku pun kadang kadang tersasar jugak...

Haiii...Assalammualaikum..

Apa cerita korang hari ini ea?
Aku..?Macam biasa, bukan ada cerita yang hot kot.
Selalu cerita cerita yang aku selalu peram peram dan kemudian baru publish.
Bukan apa, kadang kadang baru aku lepak rumah mak aku.
Nak type entry pakai henpon garu owh tidak galak macam dulu.
Sumpah kecik, sakit mata aku menaip sesatu.
Kadang kadang tu, typo error yang selalu berlaku tu, korang kena abaikan.
Tapi...kalau dah selalu sangat typo error tu, naik menyampah pulakkan..?
M.A.C.A.M orang tak reti menulis atau mengeja.
Aku juga mengakui bahawa tulisan aku dalam blog memang teruk.
Aku terus terbayang, bertapa selamatnya pengunaan Bahasa Melayu ketika aku SPM or UPSR dahulu.
Selamat atau tidak, aku masih Credit untuk semua Bahasa Melayu or Bahasa Malaysia.
eh!!Itu cerita dulu...era 90-an.

Baru baru ini aku ada bersembang dengan kawan lama aku.
Kitorang sebaya, tapi jodoh dia lebih awal.
Jadi, anaknya sudah darjah 4 & 5.
Tengah galak berborak, dia tercerita pasal masalah anak anaknya.
Kalau nak ikutkan perangai emaknya,
Memang aku pun tak boleh nak kata apa.
Maknya nakal.
Jadi, kalau anak nakal...memang " karma" aku menyakatnya.
Walaupun maknya nakal, tapi emaknya pandai.
Bukanlah UPSR dapat 3A 1B but 4A sekali gus.
Time SPM pulak sapu habis credit.
Tapi sayang, dia gedik nak kahwin cepat. kah kah kah.
Kawan aku bercerita.
Kedua dua anaknya ada hand phone masing masing.
See...bertuah kan budak budak sekarang.
Zaman aku dulu, hah...jenuhlah nak telephone mak bapak aku, kena dayung basikal pergi ke public phone.
Kena yang rosak, kena dayung basikal hujung jalan...jauh tu weii..
Anaknya sorang lelaki & sorang lagi perempuan.
Jadi, anak kawan aku ni sangat suka ber"sms" dengan kawan kawan mereka.
Nak dijadikan cerita kot,
kawan aku ni titiba sengal nak check buku BM karangan anak anak nya.

Terus tergamam kawan aku tu.
Anak anak nya menggunakan bahasa SMS untuk karangan Bahasa Melayu.
Penuhlah muka surat dengan contengan dari cikgu kata kawan aku.
Korang bayangkan kalau karangan itu macam ini

" Pd satew hari , sy b'sama kwn sy telah pergi melepak di pasaraya.
Kami smpi setelah lm menunggu bas di bas station. &then, kami terus pergi mkn.
Setelah kami mkn titibe t'serempak dengan kwn hami jugak.wahhh...terus sungguh hepy giler."

Contoh lain:

Apew, itew,pls , nak g ner, wak da mkn?,lebiu(ni kadang kadang aku juga gunakan.)

adoi...lebih kurang gitulah kawan aku bercerita.
Aku yang rock ni pun tak reti nak tulis gitu kan..?
Nak menaip pun macam eh...annoying sangat aku rasa.
Bergenang air mata kawan aku ketika menceritakan kepada aku.
Sebagai kawan, aku hanya mampu berkongsi pandangan.
Pantauan dari ibu bapa lebih penting.
Bukan semata mata serahkan pada guru.
Aku cakap kau kena bersyukur sebab tergerak hati nak check buku sekolah anak anak kau.
Kalau langsung tak pernah tengok?
Kalau langsung tak pernah nak tanya..?
Tentu kau tak pernah tahu kan?
Baru baru ni aku ada call bertanya masalah ini pada dia..
Apa tindakkan susulan yang dia telah lakukan?

Kawan aku cakap, dia telah ambil semula hand phone yang telah dia berikan.
Dia berjanji akan memberikan anak anak nya time cuti sekolah atau weekends.
Perubahan yang dinanti kan masih belum berhasil jelas kawan aku.
Sebab kini, fenomena FB juga melanda.
Ramai kanak kanak menghabiskan masa dengan kewujudan fb.(ini aku ada terbaca di news paper)
OMG...terus aku juga tergamam.
JIKA ANAK KAU TERUS DIBUAI ARUS KEMORDENAN MASA, BUKAN ANAK KAU SAHAJA YANG ROSAK TATABAHASA NYA.
ANAK ORANG LAIN JUGA..Mungkin anak aku juga satu hari nanti...

**Jadi, rajin rajin melihat buku anak anak yer...:)

Sent from iPad

Khamis, 5 Januari 2012

::Abam berperang mulut dengan Pengkid malam tadi..::

Assalammualaikum...

Selamat Sejahtera...
Aku kan...nak ketawa berdekah dekah kalau boleh.
Sejak malam tadi aku asyik senyum sensorang.
Nak harap Abam senyum...memang lah tak.
Abam cakap aku sewel sebab senyum sendiri..
Ok...minggu ni Abam menoreh waktu petang.
Lewat malam kang baru balik.
Lepas aku balik kerja..., aku singgah kedai beli bahan bahan untuk dimasak.
Then balik rumah..masak.
Siap siap masak..baru membasuh kain.
Disebabkan aku gemuk..Abam cakap tak payah beli mesin basuh.
Senang nak menyental kain..kasi semua tubuh badan berfungsi.
Nak suruh bersenam malas kan..See...panjang abam membebel.
Tapi..bila bab bab sidai kain..memang kerja Abam.
Dia cakap aku sidai kain tak cantik.tak kemas.
Huuiiii....tensi jugak masa mula mula kahwin dulu.
Semua dia komplen..kecik hati aku tau..kecik sesangat...aku sentap sekejap dengan Abam.

Adalah dalam sebulan tu sekali 2 aku sidai kain.
Lepas tu...tak sampai 10 minit aku sidai..Abam dah ubah balik..
Aku kenallah cara aku sidai dengan dia sidai..sob sob sob..
Now..aku memang aku tak pernah sidai kain...
Best kan...hahaha..



Image from En. Google TQVM

Malam tadi..Abam macam biasa, akan sidai baju selepas sampai rumah.
Aku pulak over rajin goreng kan sayur malam malam buta..
Titiba aku dengar suara perempuan yang garau maybe baru lepas smoking membebel.
Antara ayat yang aku dengar..
"Hoi...perah lah baju tu...orang lain pun nak sidai kain jugak...pan*** betul lah...."
Pekik suara dari bawah rumah aku..
Itu mesti suara pengkid tu.
Abam terus menjawap..aiseh...
"Jangan sampai aku curah clorok pulak pasni...lain kali pasanglah owning...."
Kan...
Aku macam terkejut jugak...dengar abam menjawap.
Aku ketawa jer sepanjang menggoreng sayur malam tadi.

Ok, lumrahlah yer anak anak..kalau duduk rumah flat macam gini.
Nak nak pulak...orang kat atas rumah korang tak beli mesin basuh.
Paling keji bila rumah orang bawah tak pakai owning.
Abam pun bukan sengaja nak sidai kain tanpa tengok tengok bawah.
Rumah kat bawah tu...rumah perempuan bujang.
Tapi ada Pengkid.Lantak pianglahkan...
Bila Abam jengah jengah kat bawah kang...aku mesti nak cakap dia mengurat.
Jadi...dia terus jer sidai kain.
Memang selama ni pun membasuh kain tak pakai mesin basuh.
Logik ke tak logik yang Pengkid tu nak menjerit jerit?
Lain lah...selama ni guna mesin basuh..titiba mesin basuh rosak kan?
Ini...hari  hari aku membasuh kain...Aku jenis tak suka longgok kain baju sebab "memang tak suka"
Dah sasah hari hari air basuhan akan menitis kebawah...
Jangan kata Abam tak perah kain kitorang tu tau..
Aku awal awal lagi dah pastikan hanya sikit air yang tinggal.
Takkan Abam tak der akal nak perah dalam baldi kan...
Adoiyaii....

Abam cakap mungkin Pengkid tu Period malam tadi.
Tu sebab titiba mencarut bagai malam tadi.
Aku sambung ketawa masa teman Abam makan.
Titiba dia cakap lagi..
"Jangan sampai esok Abam curah dengan air panas pulak kat bawah tu.."
Aik....

**Pasal air menitis pun nak marah..siap maki hamun lagi..Aku duduk berdua jer..2 helai sepende, sepasang stokin, Sepasang baju kurung, 1 baju abam dengan seluar menoreh 1.
Fikir fikir kan...dan selamat beramal.eh