For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Memaparkan catatan dengan label sue. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sue. Papar semua catatan

Khamis, 29 Ogos 2013

Pengaruh pembelian dalam talian...AGAIN???????? tapi berbaloi- baloi


Assalammualaikum... Salam sejahtera uolls..
Adoiyaiiii...kegilaan membeli belah dialam maya telah kembali lepas bulan Ramadhan ni.
Punyalah aku asyik ignore untuk membeli belah lagi lagi makanan macam gini kan.
Akhirnya...terjebak juaaaaaa....
Living social lah, Groupon lah, My deal lah..
Semua mampu mempengaruh aku sekarang ni.
Ada jer yang aku nak beli.
Tu yang aku malas nak simpan duit dalam bank2u tu...hahahaha...ALASAN.
Inilah risiko yang aku sering amik..puiiih.

Jenis rakan rakan semua habis darjah enam.
Tak nak belajar sampai SRP.
Suruh beli groupon  ke, my deals ke...aku gak yang  buat urusan.
Hahaha...tak lah, dorang busy menoreh getah..
Jaga lembu..
Tak reti pakai computer...
Itu jer alasan dorang. 
Aku dah la busy nak sangat.
Dan dan jer...
Tapi..bila bab bab nak membeli ke...pandai pulak dorang kan?
Huh... celik pulak IT nyaaaaa...
Pelik sangat kawan kawan aku ni tau..

Spagetti Olio 2 kali tambah oooo.... = 4.2 star

Aku beli kupon makanan ni kat Living Social.
Sila pandai pandai mencari yer...
Per head rm 39 nett.
Sebenarnya nak ajak ramai ramai kengkawan.
Tapi check check balance kat bank, tinggal duit aku 40 hengget.
Tak pasal pasal suruh sue yang belikan untuk yang lain lain.
Baik korang cepat cepat tengok kat web site tu.

Kebetulan pulak this week Abam menoreh waktu bulan mengambang.
Selalu abam akan menoreh awal.
Tup tup lambat pulak hari tu..
Tak pasal pasal kena makan nasi lemak yang aku tapaukan.
Bukan tak mahu ajak Abam pergi.
Tapi kupon yang aku beli ni terhad.
Maksud aku dah la beli kurang 24 jam.
Lepas dah beli tu kena booking tarikh nak pegi pulak.


Apa apa pon food semua sedap sedap belaka.
Kek, kuih tradisional pun ada uolls.
Mousse pun ada. tapi aku tak sempat nak merasa.
Sebab perut comel dah full.
Mana tak nya, aku pulak sedang berpuasa hari ke 5 untuk puasa 6.
Jadi...makan sikit jer dah full.
Disebabkan teruja melihat semua makanan yang chef hidangkan..
Terus semua pun nak di rasa.
Fuhhh...nasib baik abam tak ada uolls.
Kalau tak...segunung aku makan sayur...kahkahkah...

Bagi sapa sapa yang suka dengan kuih traditional tu, boleh lah makan kuih lapis tu yer.
Sedap. Kuih sri muka pun ada.
Cuma Kuih cara berlauk tu sejuk maybe kena aircond.
Kalau tak...5 ketul selamba jer aku makan.


Selepas bergosip dengan kengkawan tu,
wajib tambah makanan lagi.
Owh la lupa nak bagi tahu.. 39 nett tu buffet ok.
BUFFET. Sila makan sampai lebam.
Disebabkan aku ter- booking untuk aircond room jadi semua pun menggigil sejuk.
Sambil tu mata masing masing melilau tengok tengok jiran jiran meja sebelah menyebelah ambil makanan.

Lepas tu..ternampak ada guest ambil kambing bakar.
Harus...terjah ok.
Segunung kambing bakar Sue ambil kan.
Sedap gila 3 kali kitorang ambil.
Ayam bakar pun sedap.
Kuah pun sedap sangat.
Lepas tu masing masing cakap..
"eh...apsal lah kita tak nampak kambing bakar tadi...?''

Ye....kambing bakar , ikan bakar, ayam bakar semua kat luar.
Pihak Kitchen bakar kat open air kat luar lah.
Kang ada pulak baju bau arang.


Eh..eh..satay pun ada ok.
Roti john, roti canai pun ada.
Ini semua tak sempat nak rasa.
Bukan tak sempat rasa.
Kenyang sangat.
So..tengok tengok jelah.
Yang pasti ada 2-3 ketul je masa aku mengintai dalam pinggan.
Maknanya...SEDAP.

Dalam sentap sayu ada kengkawan yang masih belum sampai itu..
Titiba dorang sampai.
Terus riuh rendah uolls.
Duit kepuk kepuk..tapi pakai selipar jamban ok.
Alasan...nak lari dari tentera tentera ( anak anak lettew..)


Sue pun joint gak masa itu.
Lama korang tak nampak sue dalam blog aku kan?
Mungkin ada orang  ingat aku dah bergaduh dengan Sue.
Sebab orang orang ni, suka sangat buat andaian tersendiri..
Sue pun sekarang bukan main malas update blog dia.
Mungkin busy jugaaaaa...
Hahaha..


Mak buyung yang sering menjadi mangsa.
Bukan apa...kadang kala...orang lain yang mengidam..
Dia gak yang kena.
Jaja kesayangan ni dah hampir dengan due bersalinnya.
Kalau tak silap tempoh hari dia ada cakap yang due nya 31/8..
wahhh...kalau betul betul bersalin dengan tarikh tu..
senang kau nak ingat date birthday anak nanti kan..?

Lama juga dia menanti untuk mendapatkan anak yang ke 3 ni.
7 tahun menunggu...
Semoga segalanya dipermudahkan sahabatku.. :)


Heh...sapalah pipi bulat macam belon ni?
Saja jer taruk tangan kat pipi.
Agak ter cover gak tembun pipi tuan rumah blog kan?
Hahaha...ini semua poyo.

Ok, kawan aku yang pakai selipar jamban tu ugut aku kalau aku masukkan gambar dia dalam blog.
Dia kata kalau aku masukkan gak...
Confirm esok beli lemang kat kedai dia sebatang rm40 hengget.
Jadi...aku pun pasrah untuk memasukkan gambar comel dia.

P/s: kadang kadang letih nak puaskan hati semua orang...betul x? aduhaiii...

XOXO,
Daela

Jumaat, 28 Disember 2012

Hadiah kena Sebat di Hari Perkahwinan Sue...Biadap betol!!

 Yuhuuu.... Assalamualaikum uolls..
Ha...mesti kerap jengah jengah blog mak kan?
Sebab tak sabau nak tengok gamba friend mak kawen kan?
Sabau sikit boleh dak?
Mak busy macam macam lately ni.
Eh....bukan.
Mak busy hari hari.
So bersabau lah kengkorang yer...
Walaupun dah seminggu kawan mak tu dah melayari rumahtangga kan??

Sue, suruh mak sediakan bunga tangan untuk weddingnya tempoh hari.
Mak yang super serba boleh ni *tangandibahubuatmatajulin*
Terus setuju untuk membuat gubahan itu.
Mak memang tak dapat nak hadirkan diri masa Sue menikah.
Sebab mak ada tanggungjawap lain untuk di uruskan.
Memang teringin nak pegi...
Tapi...sob sob..sob...
Tak kesahlah kan.
Janji Sue dah selamat jadi isteri sekarang ni...
Ha....Best tak sue?bila da jadi isteri orang???
 Inilah bunganya.
Ada banyak gambar kat Camera besau.
Tapi..terlupa nak transfer gambau kat external plak.
So...adalah seketul dua dalam iphong kupu kupu mak ni.
Pasal bunga ni jari mak cedera akibat terkena duri duri bunga ros.
Abam korang dia pandai ngelat.
Aku suruh cabut daun pun malas.
Last last dia yang tolong ikatkan bunga tu..
Itu semua bukan mak yang buat.
Mak tolong cabutkan daun jer uolls.

Ok, sebelum mak nak sambung story wedding Sue,
Mak ada bad story nak cerita.

Pagi Ahad , Situasi Di Rumah:

Mak ngan Abam memang tengah siap siap nak menghadiri kenduri.
Arround 8:00am dah siap siap.
Lepas tu sambil bancuh air untuk abam yang tersayam
Ada call. Owh...kawan mak.
Dia nak Follow kitorang rupanya.
Tapi aku offer dia naik dengan kitorang.
Gila kau naik moto bertiga??
Memang lah...naik kereta..kekekekeke...

Lepas tu, aku yang selalu jadi mangsa buli abam apabila membawa kereta..
Titiba laju jer cakap hari ni malas nak drive.
Nak jadi mandor duduk kat sebelah.
Lagi pun nak jugak tumpang kereta baru orang uolls..
So, call member tu balik...then tumpang dia..

Di sebabkan agak pagi kitorang keluar..Abam ajak breakfast kat Hentian rawang RnR.
Tapi kan...nak dijadikan cerita uolls,
Abam titiba suruh member mak yang tengah drive tu singgah kat RnR Sg. buloh.
Aku sebenarnya agak pelik banyak.
Sepanjang kitorang selalu ulang alik KL-Ipoh- Sg. Behrang-KL baru sekali berhenti kat situ.
Sebab Abam tak berapa nak gemo...nak berhenti kat situ.
Dia cakap selalu full.
Yer memang betul.
Ramai sangat orang masa kitorang stop breakfast kat situ masa tu.

Member mak tu agak kelam kabut sikit orang nya.
So, mak dengan Abam dah berdiri kat tepi kereta.
Lapar sangat lah tu kot.
30 minit lepas tu.
Abam jalan agak cepat.
Maklumlah...bini Abam pakai kasut wedges 3 inci.
Nasib tak tergolek dog kan...
Itu pasal jalan pun mengalahkan pengantin..
kekekekeke...huduh nau kalau diingatkan..
Sampai kat kereta, aik....nampak pelik plak keadaan dalam kereta.
Sebab hadiah kitorang bawak untuk Sue dah tak ada.

Ok, fine.
Kereta kena pecah.
Bukan cermin kena pecah.
Dalam masa 30minit penyamun sempat buat JOB.
Cibai betul la weii...
Hadiah aku beli untuk Sue dah kena sapan.
Cilaka punya penyangak.
Menyumpah yumpah kitorang lepas tu.
Hadiah dalam kereta member mak tu ada dua.
Satu from her dan satu lagi from aku ngan Abam.
Dalam bonet pulak ada hadiah member aku nak kasi kat boifriendnya.
Itu pun kena sebat.
Memang lah cibaiiii.....

Sepanjang perjalanan pencuri tu kena maki.
Sapalah yang bertuah sangat rembat kan?
Haissshhh...
Kesian Sue,
Bukan rezeki kau lah sue...
 Ok, nah gambar Sue bersama suami nya.
Tema Sue adalah Merah.
Aku jer datang pakai warna biru air laut masin.
Heee...ado aku kesah.
Sebab Sue yang belanja aku baju sebenarnya.
Siap suruh pilih kaler feberet kot.
Yer...Warna kesukaan telah berubah...
Hehe...
Ok what.
Hati pon boleh berubah inikan pulak warna.
Apalah sangat!!!!
Gambar ini aku curik kat IG Sue.
Semoga Sue & suami melayari rumahtangga dengan bahagia hingga ke Jannah.
Biasalah...lepas duduk serumah dengan laki ,
dia main main campak jer stoking merata.
Baju sidai kat kerusi meja makan.
Hehehe...Lepas tu makan tak cuci pinggan.
kan kan???

* * "Pernah terkecil hati dengan Abam ketika mula melayari rumahtangga angkara basuh kain.
Sungguh bana rasanya time itu..."

Rabu, 30 November 2011

Double Zinger Burger yang terhangat dipasaran...eh..iya ke?

 Ho Ho Ho..Kenyang perut suka hati kot?
Eh..Assalammualaikum...Selamat tengahari uoll..
Akhirnya...Setelah mengidam berhari hari...dapat jugak aku mencekik
Double Zinger Burger dari KFC ni.
Ini semua terjebak gara gara Nok..mak geram nok...
Lagi tamak sebab Nok nak makan sampai dua biji sekali gus..
Mana aci nok...mak pun tamak gak...ahahhaa..
Memang lah beli dua biji sekali gus.
Tapi satu Cik Sue punya.
Satu lagi hakak punya.
Sebenarnya mak mengidam nak makan Pizza Hut.
Masih belum makan lagi..
Walaupun jumaat lepas dah mencekik Domino's kan..
Tapi..tekak tetap mengada ngada.
Memang lah nak tambah lemak berganda hahaha.
 See...isi perut burger ni.
Malam tadi abam tengok gambar ni dalam henpon garu.
Sentap terus kekasih gelap hitam manis aku tu.
Sebab aku tak makan dengan dia.
Sapa suruh pergi menoreh time aku cuti kan..?
Wahhhhahahaha...ayat yang kejam aku rasa.
Bila nak pujuk balik, senang..ajak jer dia makan burger kat Subang Jaya yang jual atas lori tu.
Insyaallah hati Abam akan tenang lepas tu..
kah kah kah..nampak nau aku ni kedekut kan..
Tapi memang lah tak..Sebab abam memang suka nau dengan Burger kat SJ tu..
Sedap sangat katanya..Tapi memang iya pun.
Murah & lazat...meleleh air liuq aku teringatkan kelazatannya..hahaha.
Tambah lemak seganda lagi...
Dengan kuah mushroom nya yang melimpah ruah..
disaluti dengan sekeping daging burger ayam..
woahh...malam ni nak pergi beli..esok mak taruk kat blog ok..
gulp..glup..!!!!
Lepas menternak lemak lemak dibadan..
Operasi mencari pinggan mangkuk pulak.
Dalam ramai ramai jenis pinggan mangkuk yang cantik cantik..
Ini jer yang menawan kalbu ku.
Tapi..Abam pangkah..dia kata nampak clasik.
Dia kata itu tak modern.
Macam lah modern sangat kot.
Rumah kita pun pakai dapur kayu kan Abam..?
Celah mana nak bermordern sangat..
Dah pilih warna biru biru pun susah nak rasuah..
Ini kan pulak warna buah strawberry...sure sure lah dia tak nak.

**Idea datang mencurah curah sekarang ni...nak jadi wedding planner lah pulak..kah kah kah..
lepas tu siap la...ramai datang rumah mintak ganti rugi...kakakaka...

Jumaat, 12 Februari 2010

Rezeki yang Allah Kurniakan...Alhamdulillah

 
 Salam..kawan2...Haaa....lambat giler aku hapdet barang2 hantaran aku yg x berapa nak cantik ni kan..?btw, hantaran ni semua adalah kebanyakannya aku yg gubah sendiri..Yang buat cantik tuk pandangan mata aku bila, my few cousins, fwen2, my untie2 yang datang tolong comment dan betulkan balik..So, bg aku kepuasan tu yang paling penting...(amy selalu cakap aku cerewet...)Why..aku pilih fresh flower?ooo...mmg aku x nk pun fresh flower tau..tapi demi x kecikkan hati my best friend, aku buat gak...n thanks for value money beb..lebiu...Idea ni pun last minit gak aku search kat internet..Mak aku hari2 bising pasal semua barang hantaran aku x siap...lagi 5 hari..aku still boleh g jalan2 ngan En. tunang aku..Korang sendiri tau la kan...x kan nk gubah fresh flower awal2...mak2...biasalah....i love my mom 4eva...Tajaan Cik daun Sireh ni adalah ehsan dari friend surau mak Aku...Mak cik Limah namanya...Dah namanya hidup berjirankan...Untie tu baik hati bagi lebih 100 helai daun sireh..(oo...mak cik tu ingat aku nk taruk semua kot..)Tapi, aku mmg keji giler..x sampai 30helai pun aku taruk tuk gubahan..Org sekarang mana makan sireh..heeeeeeeeeeeee.....betul kan..?
  
 Ha...Coklat & Strawberry ni adalah pemberian dari My Lover sister in law...Mama afiq..!!!Korang bayangkan..1 bulan sblm tunang dia suh aku request nk mintak ape...eeeeiii ai x reti nk mintak2... Pastu, dia kata sbb aku x byk bunyik kan..so dia kata aper yg x der dia nk tolong belikan...So, coklat & buah jer x de lagi masa tu..She said, "Akk jer la belikan..but i need strawberry to letak dalam dulang tu sekali..."yeeee haaaaa...Ai terus senyum sampai telinga...!!!
  
 Ha...ni gubahan pun dari kawan Mak ai...Cik SueAzmi family aku panggil namanya...Sbb ramai nau org nama sue ni kan..?So, tuk mengurangkan tahap pengeliruan...panggil jer Cik SueAzmi..Dia ni mmg pakar tuk gubahan hantaran...& buat baju kurung..Bunga rampai ni..mmg dia bagi tuk aku..1 sen pun aku x kuar modal tuk bayar dia..Terima Kasih kak SueAzmi.
                                       
 Kawan2 mak ai, mmg sangat2 baik hati..Dorang hadiahkan sebakul buah hantaran tuk Amy tau...Dorang gigih tau hias2 siap banyak kali tanya theme warna ape...Aku cam lurus bendul jer jawap..kalau dah 2-3 Untie tanya2 kan..confirm nak bagi benda gak..Terharu beb..Untie2 kat umah aku ni, semua berkat bermuafakat..Walaupun dorang x baca blog aku yg suam2 kuku ni kan...Aku ttp gak nk ucapkan terima kasih daun keladi..
  
Haaaa..haaa..haaa...Mesti family tunang aku cam pelik jer kan..Apsal la..dalam bayak2 hantaran biru titiba ada Hijau plus purlpe kan?Yer la...Last minit aku kuarkan coz standby mana lah tau, kot2 hantaran belah Amy byk kang boleh la kuarkan segera kan...Haaa....mmg yer pun...Hantaran Family Amy mmg byk sgt bg kat aku..Rasanya more 20++ aku rasa..Aku pulak yg kurang..Mlm before majlis tu, kelam kabut suh kak SueAzmi buatkan..Haaaa....Dalam gaya ala2 modern tu, terselit gak gubahan traditional...eeeiii ai like!!! 
  
 Kalau dah namanya Emak, tanggungjawap Mak tuk mengingatkan both of us untuk Sembahyang x pernah dilupakan..Thanks Mak sbb mengingatkan kitorang...Mak menghadiahkan aku sehelai telekong & 2 sejadah..maknanya tuk Amy juga..
  
 Kuih-muih ni semua nya import from my Untie2..Thanks to all my Untie..Ada yang bagi kek..home made chocolate cake..Butter cake...Bahulu from Pahang pemberian from my Makngah neighbor, Mak wan..
  
 Owh gosh...(gambar terbalik)!!!this is from my beloved bro...Cik Din..Dia bagi Aku 2 Cake tuk majlis pertunang aku...Dia mmg baik sanagt ngan aku..Since keje LS dulu pun dia teramat baik tuk aku..A big thanks to my bro...Cake yg dia bagi ni..sgt2 sedap dan specialnya sebijik lagi kek tu ada gambar..heeee....
  
 Apsal ada gambar Sue?coz dia ngah mengikat Halwa yg mak aku kirim kat maknya...N, bila mak aku nak bayar, dia kata x payah...coz mak sue bagi...Sue terima kasih byk2 eh...Sebenarnya banyak lagi hantaran yang aku dapat, tapi dorang suh bagi kat aku maksudnya dorang nk tukar, dan hantaran tu aku dapat balik..& pada masa tu jugak, mmg macam2 lagi yg dtg bawak bagai2 buah tangan..Terharu jugak sebenarnya tau...Aku bersyukur kerana dianugerahkan Keluarga,saudara-mara, jiran-jiran & kawan2 yg sangat baik disekeliling aku...

Khamis, 14 Januari 2010

Redbox Sunway


 Aduhaiii....Aku mmg kedaung giler la bulan ni...blog cam nak x nak jer...bagi aku cukup nafas balik tuk hapdet hari2 cam dulu...boleh ngak???Nak kata keje melambak..semua aku dah kasi clear..nak kata aku kena dera ngan boss aku...x penah sekali pun rasa diri aku terdera...hermmm...aku malas nk hapdet kot..yer..tu jawapan yg pasti...from bottom of my heart..ha..akk speaking London dah kan...Aktiviti aku..mmg melambak2 ni x kuar kat n3..Ha...kalau dah namanya jumpa loving2 ai tu...makanya klu x makan, x sah...Pastu, aku dapat adiah sempena aku tunang from kak Ayu..ermm..mmg kena bg adiah ker kak?Aper pun..terima kasih...sudi dtg, sudi tunggu lama..coz rombongan delay...heeeeeeeee..............
 
Ha....ni lah penyanyi2 tegar redbox yg subuh2 hening da datang..Kowang bayangkan..seawal jam 11 dah terpacak kat situ...Kak Ayu, cam biasa..organizer..mestilah dia yg sampai dulu..walaupun umah aku ngan Pyramid, adalah sekangkang kera..kan sue kan...Kak Ros lak...sikit lmbt la..dlm 10 minit jer..Sbb, umah dia jauh...Ha...kalau dah namanya pegang Microphone tu...susah sikit la...nk bg can kat orang lain...lepas sue, sue..la kan...
 
Kalau korang nk tahu, aku la paling konker microphone tu...heeeee...Pandai2 jer kata sue kan...?Uppsss..lupa lak..Kak Rose bawa Mia..herm..pandai gak Mia tu nyanyi Dancing Queen..Kak Rose ni saper yg nyanyi eh..?Dila nak test nyanyi gak la...heeeeee...

 
Dah puas melalak, makan...time tuk Cekidoutt...   cekidot(balik daaa...), tapi dorang ni semua x mo balik...dorang ajak gak g SASA..haaaa...hasilnya..boleh merabak kan poket setiap akk2 aku ni..x percaya...Korang tanya dorang sendiri aper yg dorang beli..?Aku...hermm...x terjebak la....Aper pun Sid , Kak Red(owh..sememang nya kak red x suka nyanyi...) & Yan...x der masa tu..masing2 busy kedaung kan2..Ha....masing2 pulang kepangkal jalan..Sbb aku nk g dating ngan bf   tunang aku pastu..Owh...pestime dating as a Fiance..heeeeee....malu la...


Selasa, 8 Disember 2009

Puncak Cinta Tertinggi Ye..Ye...







 Vavavava....Janji tetap aku tunaikan..Ni lah HUDA..dia ni dah macam adik aku sendiri...Dulu masa kitorang sebilik, serumah...mmg kamcing gila...Dia ni sikit brutal..tup2 pakai baju pengantin ni...alahaiii...sweet jer aku rasa..terlupa lak yg dia ni ala-ala minah gengster kampung dusun..Hubby dia nama Din.Aku kenal2 mcm tu jer la...dulu2 masa dok sebilik, mmg kecoh la..Nak2 lak time cuti..semua dok berkumpul sambil kemas2 umah..woo...rajin kan2..
 
 Masa otw nk g umah dia...dalam kotak fikiran aku masa tu...ha...ampun...jauh nau umah dia nih..Jenuh pusing2 Map yg dia bagi..Umah dia kat Umbai(Merlimau) kitorang lak masuk ikut Ayer Keroh..ha...kan ker jauh sesangat..Ker..aku jer yang rasa mcm tu..?Kata org, masa kita dalam perjalanan semua pokok2 kat tepi highway tu tanya...nak g mana..nak g mana?tu pasal la...kita rasa mcm jauh sgt...lagi2 kita x pernah sampai @ tahu dimana tempat tu..
 
Aku terlupa nk masukkan gambau ni tadi..Eh, korang cam pelik x tajuk n3 aku hari ni...mcm biasa jer kan...ni aku cilok lagu tok ti la...Destinasi Cinta tu...yer la...kita ni kalau berkawan atau bercinta dengan seseorang..kita mahu dia yang menjadi milik kita..So Nurul Huda telah mencapai impian cintanya..Aku bila lagi.....????

Menuju Ke Destinasi ye..ye...


 Salam Ceria pagi Selasa u all...Hiks, smlm aku kebusy-an terlampau beb...N3 lak buat separuh2 jer...idea x berkembang lak smlm..citer pun jadi cam x best jer klu ikut mood kan..?Jadi kisah semalam- semalamnya aku war2 kan kat sini...Okies, korang dah berapa lama x g Melaka?Aku...hermmm...hampir 2-3 tahun lama nya x menjejaki tanah bersejarah tu...Since aku sekolah dulu, selalu sgt g rombongan cik kiah g Melaka..Asal sikit jer kwn2 aku organize g Melaka..mentang2 dia org melaka..Asyik g sana jer la...Aku lak joint jer..

 
 Namun kali ni, aku g Melaka kerana jemputan Walimatulurus atau lebih senang nk sebut, majlis kenduri kahwin..Waaaah...sampai Melaka aku ngan Sue g tau...Sebenarnya banyak juga kenduri kendara yang aku ngan dia g..utara- selatan...4 bulan lebih gak aku ngan dia merancang nk g sini...Sbb kitorang takut crash ngan event masing2..hiks...mengalahkan selebriti lak kan..??
 
Herm...ni aku citer lite2 jer la...Gambau pengatin nya aku simpan bagi korang GERAM sikit...Aku ngah edit2 pict dak huda tu eh...Harap bersabar..Pengantin Suka warna Hijo..Jadi sebagai tuan rumah a.k.a geng2 serumah bujang dulu pun kena datang ikut warna tema Famili dia...Warna pilihan famili nya adalah purple..haa...kami semua sporting jer nk ikut warna TEMA dia..kang kalau Adik- beradik,kwn2, mak bapak pakai baju HIJAU, mana 1 lak pengantin kan...sbb semuanya glam2 kan...harap bersabar eh...gambau pengantin aku N3 kan sebentar lagi...adios...

Jumaat, 20 November 2009

Dinner At Popeye SUNWAY




Salam u oll...hiks...Pagi2 aku da buat review pasal food kan?huh...teruk betul x der la kurus diri ku ini kan...Macam mana nih...x kurus2 jugak kan..Okies..kita biarkan dengan aku yg masih x kurus2 tu...kan???btw korang penah makan kat Popeye x?Service nya sama dengan semua fast food yang ada kat Malaysia ni..(sbb aku tatau kat obersea yer...coz akk blom kuar negara lagikan....)Food nya adalah sedap..Yang sue makan ini adalah udang goreng bertepung kalau bahasa melayu nya..Ada 9 ketul jer..Dia punya patato mmg terbaik aku penah makan..sgt soft patatonya..kalah branding yg ada kat M'sia ni kot aku rasa..Pastu kuahnya lak..pedas2..sour jugak..

Sayur nya sangat Fresh...Sedap jer kan kunyah kalau fresh..hasil potongan sayur gak memainkan peranan...Bila kita nk target KIDs boleh makan sayur..sila lah hiris nipis2..ni kalau potong gedabak-gedabak..kidos tgk pun seram...So, sila amik perhatiannnnn..................!!!!!


Dalam ni jugak ada gak makanan lain macam Ayam...kentang goreng...hah...aku tatau nk citer aper lagi dah...over to sue pulak..tu pun kalau dia rajin nk citer pulak kan...

Rabu, 11 November 2009

- Karok At Redbox Sunway -


Hello..morning u oll..Aper hobi korang sebenarnya eh?Aku...kalau dah boring tahap x tau nk buat aper..Aku tdo..kot mau pejam2 mata tdo x per kan...kot2 x mau...cegat jer mata..Tapi, aku ada hobi baru..eh..bukan selalu ker aku citer kat kowang yg aku suka g karok menyanyi?Sedap ker suara aku?tah...kang kalau aku ckp sedap..korang kata aku puji diri sendiri..Okies, baik aku merendah diri jer..Suara aku biasa2 ja..Aku lama x tunjukkan kat korang gambar budak kecik baju merah/biru tu kan?uiii...dia semakin bijak..Yang baju ijau tu adalah my SIL..dia keje spital yer...korang pernah terjumpa dia??ahahaha...akk....kalau ada reader sy kenal akk..akk cucuk buntut dorang ngan jarum ya.....(ha..ader ker reader aku nih?adakan...walaupun x  ramai...thanks u oll)

My bff Sue & dalin..Bukan darling yeah..Dalin ni mmg suka bangat berkarok..Malam buta kalau kena angin pus2 dia..dia perosah aku suh teman g karok..pulak tu kalau g nyanyi..20hengget dah tentu dah..Sore dia sedap..Aku ingat lagu 5-6 tahun dulu..dia nyanyi karok kat umah kwn aku..masa tu dia ngah test2 nak blajar nyanyi..huiii....sedap lagi kalau dia diam dr nyanyi kan....ahahahaha..uppsss soe dalin..Sue pulak, kalau g karok sepuloh aku nyanyi, 1 belum tentu lagi dia nk nyanyi..Ahahahaha..dalam mulut sue ada emas agaknya..milo ais 1 sue..ahahahahaha..

Aku nak bergambar ngan budak kecik ni...bukan main susah tau..Dia sekarang dah 3 tahun..dah banyak cakap..pot-pet2 mulut dia nk bersembang..Macam2 dia tanya..Yang paling latest dia cakap mcm ni kat aku"huyooo mak ngah sexy giler...."saper yang ajar ko Afiq???padahal aku pakai jeans jer ngan bj t-shirt x der lengan..ater kat umah lg kan..tunggu my Amy lama sgt..kang pakai cardigan panas pulak..waaaa...malu aku  u oll...semua salah Amy coz dia lambat pick-up aku...!!!

Apsal makan buah jer?nan ado mentakedarah buah..tu gambar cover line jer tu..Makanan yang bukan2 sumer dah abis kitorang bedal..Malas nk tunjuk kat korang..kang meleleh pulak air lior korang kang..

Yer..budak kecik yg menyanyi lagu Pak belalang..Pastu request nak nyanyi lagu Boom-Boom Pow dr BEP=black eye Peace..ha...nahai..pilihan lagu dia..aku yg sekat2 cakap omputih pun x amik lagu omputih..dasyat mu afiq..nak lagu jason marez dia kata..Im jos...padahal Im Yours..ha...nak kata aper kan..

Sbb bapak nya yang ajar anak g menyanyi..Sbb bapak afiq pun sebenarnya gila kat karok...tu pasal la kuah dah tumpah kat nasik..Nasib baik budak kecik ni pandai ngaji jugak..kalau x...harus aku bising2 kat my abg tu..

Ni sampai pejam2 mata..terguling-guling dalam bilik karok nih..afiq dah tunjuk belang tarung dewataraya nya..Ni hanyalah lakonan jer..Afiq pandai berlakon bila kau nak snap gambau dia..hiks..i miss afiq now..

**Padahal...bila sampai ka umah jer..aku tension tgk dia sepahkan umah aku...huaaaaa.....

Isnin, 17 Ogos 2009

::P.O.Y.O sedih::

Salam Hari Isnin Kawan2..



Korang selalu rasa sedih X?



Aku...herm...jarang2 la...rasa perasaan ni..



Nak2 pulak..kalau aku sentap..



Bukan ngan bF jer tau yg boleh buat sentap



Ngan kwn2, ngan famili..Ngan moto..ngan...semua lah..



Tapi...Ni pasal Kesihatan...



Aku mmg sedih kalau melawat org sakit..



Waima org tua aku sakit pun aku sedu-sedan nangis kat tepi..



Yer...aku mmg cembeng..



Tapi...tu adalah akukan..



Kalau korang sedih korang suka tunjuk x?



Aku...kadang2 terus jer tunjuk..



Kadang2 larik tempat lain..pastu sedih sendirik..



Lately ni banyak nau adegan sedih tau..



Huh...x dapat nak dielakkan lagi..



Datang ngan gumbira..Balik ngan duka..



Kenapa??



coz..sakit..



Cer bayangkan klu orang yg korang syg sakit..



Nak2 lak...ko yg teman dia..



Uiii...x sanggup beb..



Memula cam gelak2 kan gak kan..



tapi..bila tgk jarum gajah masuk kat tangan..



waaaa....sedih x dapat di bendung lagik...



Tp..control marr...



malu r...



Tapi..apsal nak malu kan??



Dia sakit..Aku syg dia..Jadi..



Aku nangis sbb kesian tgk dia cenggitu..



Tiba2 jer aku rasa macam2 yg x baik boleh berlaku..



dalam sekelip mata..



Hidup...Mati...Soal Ajal..



Mmg di Tangan TUHAN..



Semalaman Aku x boleh tdo lena..



ngan sejuk air-cond,



ngan tdo duduknya..



huh...sungguh menyiksakan..



bukan aku salah kan dia..



Tapi..itukan kenyataan..



kita menumpang..harus punyai kesedaran..



Dalam dia menanggung kesakitan..



dia TERMARAH aku..



Harus hati ni terus sentap..



Aku terus keluar hilang dr pandangan dia..



x sanggup aku..



keluar melepaskan segala duka lara hati..



Dah cool masuk balik dan buat cam biasa..



dia diam..aku pun diam..



pastu dia mulakan patah kata..



Aku terdiam..



Dia usik aku..dia kata makcik kat depan tu nangis tgk lakinya..



Maluuu.....dia tau aku kuar sbb tu..



Dia tahu aku kuar beli tisu..



dia tau mata aku merah..



Pujuk...??



Dia sukar nak memujuk..



Tp dia buat lawak..



Aku gelak jugak akhirnya..



Dia tau Aku sayang dia..



tu sbb dia try buat aku ketawa...



Malam telah disusuri..



Begitu panjang aku rasa..



waktu seakan terhenti..



Aku sukar lelapkan mata..



Hati berbelah bagi..



Kerjaya @ dia??



Aku tekad pilih kerjaya..



kerana dia telah berjaya melawan kesakitan



Aku terpaksa tinggalkan dia..



Datanglah...



Kawan yang terlalu baik untuk aku sudi membantu,



x terbalas budi mu...x ternilai persahabatan kita..



Dalam sejuta..cuma ada kamu..



Hening subuh, dia sudi mencari aku..



Sudi menghantar aku..



Terima Kasih teman..



Dia...telah selamat pulang kerumah..tanpa aku..



Terlalu banyak pesanan yg aku ucapkan..



Semoga cepat sembuh..dah sihat seperti selalu..



"I love u..."

**aprroval by AMY

Rabu, 29 Julai 2009

Dari mana Asalnya...

Korang penah tengok x ape ke benda nya nih??Ha...korang suka makan buah manggis kan??ni lah putik buah manggis..Aku kan 1st time g tengok pokok Buah manggis ni kat umah sue..Kat umah dia ada Pokok manggis ko...Ha, pagi2 lagi mak nya dah riuh suruh sue ngan aku bangun petik manggis kat depan umahnya..weiii gila kentang aku jap...Aku semata2 ikut dia balik kampung sebab nak petik buah manggis...Ha...kejinya diri aku...Tapi kenyataan, aku mmg dah selalu sangat balik ke kampungnya..Bukan sebab buah jer tau...
Barulah aku tau, rupanya buah manggis ni dia jenis buah yg suka menyorok disebalik daun2 nya yg rimbun tu...Pastu, kita jolok pakai galah..pastu dia jatuh dalam bekas...mmg tu pengalaman yg x dapat aku lupakan...Buah manggis, kalau jatuh kat tanah, dia akan keras & susah nak membukanya...
Ha...ni pulak, bunga buah doyan...Cantikkan bunga nya..Aku 1st time tgk bunga buah doyan ni..memula x percaya gak kan...tapi, ini lah hakikatnya...tapi betul x ni putik buah doyan???ada sape tahu???

Yang ni, bunga buah rambutan...Ha..yg ni kompom aku kenal...korang suka buah rambutan x???aku...huiii mmg suka sangat..ingat lagi masa kecik2, time balik sekolah...lalu kat umah orang ada pokok rambutan..pulak tu tengah masak ranum..merah jerkan dr jauh..tapi...aku n kawan2 usha dari jauh..jer...haaa, bila dah malam...serang!!!tp kitorang amik sikit jer...x sampai setangkai pun...kitorang x curi tau..kitorang mintak...tapi dalam hati...
"cikkkkkkkkkkkkk.........kitorang mintak buah rambutan....."pastu amik.....blah la....
hahahaha....nakal betul aku eh....

Isnin, 20 Julai 2009

Pannaz.com.my

Salam Isnin...seperti yang aku janjikan semalam, pasal restaurant Pannaz ni kan...Ni secornd time aku rasa masakan kat sana..Selalu my friend soka menapau Puding Roti nya...huii..mmg sedap sangat rasanya..Aku sokaa...Baverage yang kelik aku order ni semua sedap2 belaka..fresh2 ko..Aku punya ice lemon tea..Sue punya lime jus(huii masam sangat..)ezi & zana...mango jus..Ijam..order nescafe ice..hurmmmm ijam ni..x puas2 ker minum nescafe kat office kita tu??
from left zana, aku...& sue..!!ijam tukang snap gambar..Ezi pulak ngan busy baca paper..so..x der pict ezi & ijam..x per len kali aku bubuh yer..

Ha..perut aku dah bunyik2 tahap bunyik drum tau..makanan friend2 aku sumer dah sampai..Aku punya jer lambat banyak..tapi aku tetap sabarkan..Ni food zana & ijam..Nasi goreng Ikan Masin yer..Ada free air mango @ ayak teh..harga nya rm9.90

Yang ni..sue punya..Dia order nasi Goreng nyonya..Harganya rm12.90..Rasanya pun sedap gak..

Kalau korang tekak ala2 mat saleh tengah2 hari remang tu..ha..boleh la try menu ezi ni..Ape kenamanya nih..tp food ni dia ada promotion time jer..same ngan arga nasi goreng ikan masin tu jugak..
Ha..ni baru aku punya...Futtucini with smoke beef..lebih kurang cam ni la nama food aku nih..tekak omputih nmpk???akakaka...full calorie yer FS..tapi sedap ko..harganya rm17.00..Makan kat sini x der tax yer kawan2...walaupun berhampiran ngan tempat aku mencari rezeki..namun aku jarang2 makan kat luar..selalu tapau jerkan..save cost mar...

Ni la dessert yang aku dok canang2 kat atas td..Puding roti yang paling sedap aku penah makan..Ada add adegedem sikit..pastu ada letak strawberry sikit...herm...sedap...sedap....sedap...

ha...serbu....hehehehee....licin ko....kena sebat ngan kitorang...
Ape lagik...korang serbu PANNAZ yer pasni...