For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Selasa, 30 Ogos 2016

Perth - Lake Clifton


4 Aug 2016
As salam.. Well hello.. 
Selepas recharge semua tenaga malam tu.. Kitorang semua dah nak gerak pergi area Margaret River.
Tapi ada banyak persinggahan la ye..Masa ni hujan renyai renyai. Tapi sejuk sampai ketulang belulang. Kitorang tidur semalaman dirumah ni. Cantik. Luas sangat aku rasa.
Tiba tiba teringat dengan cucu Pak Jubaidi ni. Comel sangat. Jasmin namanya.
Tak habis habis peek- a - boo dengan Ajil. Cakap Ajil comel. So cute dia puji Ajil.
Ajil sengih sengih je laaa.. Aku pun rasa macam cute je dia mengusik Ajil.


Acik dengan Uncle Amy.
Anak anak buah aku semua panggil Amy "Uncle". Uncle kesayangan Ajil. Ajil melekat je dengan Uncle. Dengan aku dengan Daddy dia pun dia kurang nak sangat. Haaaa...elok laaaa... :)


Masa ni dah gerak dah .1st persinggahan adalah ke Lake Clifton. Hujan renyai renyai membuatkan hati terlalu gembira dan berpeluang melihat keindahan ciptaan Ilahi.
Memang hati ini sudah mencintai Perth tau.
Aku sampai terlupa hendak snap gambar gambar cantik untuk tatapan semua.
Masa ni aku mula menceritakan keindahan langit biru pada dorang.
Sebab langit mendung sahaja ketika tu.
Aku berharap dapat kongsi langit biru dengan dorang. Sebab aku pernah dapat lihat di Gold Coast.


Sebelum sampai ke Lake Clifton, kitorang singgah di Waroona.
Kira area RnR kat sanalah. Walaupun tiada tempat nak membeli belah or jajan jajan macam RnR kat Malaysia.
Yang ada cuma tandas sahaja.
Tapi view memang lawalah depan toilet tu.
Haa...sepanjang 4 hari kitorang naik kereta Estima tu.
Selesa sangat. Acik driver sepanjang kami bercuti kat sana.
Walaupun kitorang semua boleh memandu, lagipun right driver.
Sama macam Malaysia kan.
Amy jadi co-pilot memandangkan, Ajil kena duduk dalam Baby seat. Ayen dia pajak sensorang kat seat belakang.
Itu pun Ajil nangis nangis manja nak keluar berdukung dengan Mummynya.
Ayen, memang time bercuti hari tu, dia dapat main ipad untuk tenangkan diri dia.
Habis tengok ipad pun cerita Thomas & Friend. Paling best asyik pasang lagu raya balik kampung dengan goyang dumang.
Betul betul rasa balik kampung Perth masa tu.. haha..


Percubaan mencari Lake Clifton ni tidak lah mencabar sangat.(Bahahahahahhahahahahahhaha)
Kitorang berhenti kereta di bahu jalan masa tu.
Sebab Garmin buat hal.
Jenuhla keluarkan henpon masing masing kat tepi jalan tu.
Internet pun on off. Kira stop kat tepi jalan sambil mencari hala tuju macam tu.
Tiba tiba ada Local tegur adik aku.Dia diseberang jalan .
 Siap tanya "kenapa"? hahaha in English laa.
Then dia tunjukkan hala jalan yang dicari.
Alhamdulillah..Allah hantarkan dia untuk kami mencari jalan.

Dah sampai area dalam tu pulak, nampak kiri kanan jalan pokok grape yang dah layu.
Masing masing dah bertambah lost sebab hujan mencurah curah lebatnya.
Sampai lah ke penghujung jalan. Lama gak lepak dalam kereta.
Mana taknya nak tunggu hujan reda sikit.Kemudian baru Amy dengan Acik keluar.
Sebab nampak kawasan untuk dorang merokok.
Haa...sambil tu aku suruh dorang tengok tengok kat depan tu, mana tahu dah sampai ke kan.
Dorang pun cakap ok.

Mereput aku dengan Farah tunggu dalam kereta, sambil habiskan strawberry yang masih berbaki.
Kemanalah hilangnya 2 lelaki ni....?

Lepas tu dorang datang bagitahu yang tempat tu betul..


Turn aku dengan farah pulak menjengah kat tempat tu.
Takkan Amy dengan Acik nak biarkan kitorang berduakan.
Amy pun cakap nak teman kitorang..
Anak dua orang tu lena tidur memanjang.
So...kami bertiga pun menjelajah balik.
Woooooahhhhh... memang lawa.
Cuma unlucky sebab langit tak biru.
Angin kuat sangat masa tu.
Hujan pun masih rintik rintik lebat.
Kebetulan memang tak ada orang langsung masa tu.

Sebelum sampai tempat ni, akan melalui macam semak dikiri kanan.
Seram gak tepi tepi semak tu.
Nampak macam kawasan buaya melintas.
Haaa....seram kan?
Tapi Amy cakap bukan.
Mungkin biawak je dia cakap.
Biawak pun..kot melintas....lari uolss...
Bahahahahha...


Amik masa lebih kurang 5-7 minit kot bergambar kat sini.
Lepas tu laju laju pergi kat kereta balik.
Gambar banyak sebenarnya.
Tak lalu nak resize tau.


Ok done.
Ajummmmm kita ke next destination kekdahnyaa..
Aku sebenarnya expect Perth ni biasa biasa je.
Tu laaaa... tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal...haaa terus jatuh cintaaa..
Indahnya bumi Ciptaan Allah.

Rasa sedih sangat nak tinggalkan Perth hari tu.
Tapi perut dah merindui nasi lemak.
Hahahahaha...

ok See u soon..

xoxo,

Daela

Tiada ulasan: