For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 24 Julai 2015

Lama tak berceloteh..Rindulah..


As salam & Salam Sejahtera.
Selamat Raya Aidilfitri 1346 Maaf Zahir Batin uolls.
Phewwwww...lap peluh sejuk sekejap.
Menghilang terlalu kerap kat blog kan? Aku ni biasalah...selalu magic magic punya blogger.
Nama pun blog suam suam kuku. Tapi lately ni bukan suam suam dah.
Terus sejuk. hahaha..
Gambar bercuti ke Avani Sepang 2 bulan lepas ni sebenarnya.
3 minggu sebelum puasa kalau tak silap.
Ada banyak sangat gambar.
Tapi...macam biasa..simpan tengok untuk peribadi dah la.
Lagipun, masa ni Mummy Rayyan belum lahirkan Ajil lagi.
Jadi..2 hari lepas balik  bercuti, terus Ajil dapat melihat dunia..
Now Ajil dah nak masuk 2 bulan.


Nama diberi Radzil Zahrin Bin Mohd Pakyon.
Kekekeke...bukan nama sebenar Daddy dia tu.
Gambar Ajil masa ni berusia 2-3 Jam kot masa ni.
Yes..3 Hero kat rumah nenek a.k.a rumah mak aku.
Riuh kan?
Terutama Abang Uyen yang selalu membuat onar.
Tapi tetap kesayangan Anyah & Antel.
Ajil ni kecik kecik ni baik sangat.
Tak macam Abang Uyen.
Abang Uyen kuat menangis.
Ajil baik..senyum jer...nangis pun sikit sikit jer.
Yang penting, Ajil ni tinggi orang nyaaaa...Hahaha..


Ini Ica. Disebabkan blog suam suam kuku, anak buak buah aku semua dah besar besar.
Ica ni dah nak masuk dua tahun. Uyen dah nak masuk 3 tahun. Alili dah darjah 3.
Anak Papa ni macam biasalah sombong sikit.
Tapi kalau jumpa aku atau Abam, terus hulur tangan nak salam.
Walaupun kadang kadang sakit hati sikit.
Hulur jer tangan...salam belum tentu lagi.

Kalau aku lepak rumah mak, mulut dialah paling kuat membebel.
Entah apa apa lah yang dia sebutkan.
Nanti aku update gambar Ica pakai kebaya di pagi raya ok??
Hehehe..


Farah, Mak & Anyah

Ke Mitsui Outlet Sepang seminggu sebelum raya.
Kebetulan ambil Daddy yang akan pulang beraya masa tu.
Di sebabkan Adik aku akan sampai waktu tempatan adalah petang,
jadi, moh kita ke Mitsui dulu.
Habiskan duit saki baki mana yang ada.
Namun... tak ada apa yang menarik pun kat sana.
Cuma Mummy Uyen ada belikan Baju Uyen kat apa tah nama kedai tu.
Lagipun, banyak kedai masih kosong.
Sawan menarik tangan suami untuk berbelanja sakan pun menurun.
Hahaha..

Alhamdulillah, Daddy Uyen dah selamat mendarat di KLIA.
Cuti panjang Daddy Uyen sekarang ni.
Lepas tu kitorang terus beramai ramai ke Pantai pulak.
Untuk berbuka puasa.
Semoga makin murah rezeki orang yang berbelanja hari tu.



Dinner sekaligus berbuka puasa ni cuma kekurangan Abang aku dengan family dia jer.
Lain lain semua ada.
Abang aku dengan family wife dia busy buat catering untuk Masjid Wilayah untuk berbuka puasa.
Jadi, hanya kitorang aja yang ada.
Lain lain tu cousin aku sebelah mak.
 
Makan sampai kenyang...haha


Kurma & Roti Arab from tanah Arab sana.. 

Adik aku cakap tu kebab.
Aku rasa sikit jer..Sebab bau kambingnyaaaa...omayaiii kuat nau.
Punca rasa sikit sebab makanan atas hidangan lagi mengiurkan..
Buah kurma fresh tu pun aku makan sebiji dua ja.
Yang merah sedap sikit. Rangup & manis. Ada rasa sikit jer kelat dia.
Yang kuning..haaaa kelat banyak.
Pun diterbangkan khas untuk Mak & Abah tercintaaa..


3 Hari sebelum raya kekdahnya.
Tahun ni meriah banyak sebenarnya.
Walaupun ada sedikit kepayahan dalam kehidupan kan?
Namun, rezeki Allah luas. 
Dalam macam macam bentuk DIA kurniakan.
Terima kasih pada adik aku yang membelikan kami kami ni baju raya.
Aku jer dapat 2 pasang. Haha..
Semua pun dapat sebenarnya.

Tu yang happy je tu.
Sememangnya tiap tiap tahun pun dapat.
Keluarkan zakat untuk keluarga katanya.
Semoga mereka mendapat keberkatan & semakin bertambah rezeki yang ada.


3 Syawal.
Adik aku jemput Ex-Boss datang kerumah dia.
Jadi, aku dengan Abam dijemput hadir jugak.
Adik aku masak untuk 4 family je. Tak jemput orang ramai ramai pun masa tu.
Just Family members & Ex-boss dia sekeluarga. 
Lamb shank pun ada.
Bakso pun ada.
Kalau mak dah ada kat sana... haaa you name it.
Semua mak sudi masakkan.
Terima kasih mak..
Terima kasih tuan rumah.

Lepas ex boss adik aku balik, haaa masing masing gedik nak Panna Cotta.
Laju laju jer waze mana mana outlet yang paling hampir dengan rumah dorang.
Ok, kota kemuning stabak.
Siyes weeiii dua tingkat kedai stabak kat sana. ada drive thru sekali.



 Then, bila semuanya dah boring baring baring kat rumah.
Mulalah..masing masing ajak keluar.
Sebab dah bosan tengok tv yang separuh je view gambar.
Mana taknya, sehari sebelum tu Rayyan mengamuk.
Baling remote tv dua kali kat tv akibat mengamuk nak ikut Daddy.
Sudahnya..tv crack.
Boleh tengok tv lagi. tapi separuh je nampak. separuh lagi retak.
Rayyan Rayyan.
Nasib la..Daddy kau kena beli tv baru lagi ni..

Ok, sambung cerita balik, last last semua decide nak pergi Ikea.
Hadoiii aku lemah betul bila sebut nak pergi ikea.
Dah la aku hari hari waktu kerja menghadap jalan nak pergi sana.
Cuti cuti gini pun kena pergi sana.
Haha..

Sampai sampai terus cari meja.
Korang pun tahukan...hazabedah nak duduk makan kat restoran dalam ikea tu.
Dalam 15minit jugak baru dapat seat.
2 adik aku pergi beli makanan.
Aku dengan Abam jaga Rayyan.
Dia meroyan sebab ramai orang.
Lain lain pergi chop seat.
sorang kiri sorang kanan.

Adik beradik kembar baju jer..
baru baru ni je, Rayyan sudi nak dekat dekat dengan Ajil. Tu pun dia geli.. Apalah...??

Rayyan akan buat geli geli bila kita dekatkan dengan Ajil.
Pelik budak tu..


Sampin Raya from Ikea.
Ni towel sebenarnya. tapi rekaan dia lawoo..serupa sampin kan kan?



Dua dua pun Sister in laws. 
dari Kiri : Kak Cik (Mama Ica)& Farah(Mummy Rayyan & Ajil)


Makngah Ajil 
Ni kalau rayyan nampak aku dengan Ajil ni..
Haaa...dia baling aku dengan robocar poli dia..


Kiri : Abam & Rayyan
Kanan: Anyah & Ajil

Baju turun temurun. kekekeke..

Ok till then.... Inshaa Allah.





With love,
Daela.

2 ulasan:

Mimy Hamid berkata...

ai is miss u nok.....lepas rindu kiteeeeeeeeeeeee ko update blog

daela berkata...

Thank you nok...aku selalu g membaca kat blog kau..kipidap yaaaa...