For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Rabu, 13 Mei 2015

Berbelanja di Butik Muslimah Online


Assalammualaikum wbt..

Lama betul aku menyepikan? Aku ni kadang-kadang ada.kadang-kadang aku lebih suka membaca. Aku nak meng-update blog, huhu bercinta. Ada dalam draft jer 2-3 story. Entahlah mood aku berkecamuk sekarang ni..

Berkecamuk??
Macam besar je kan mood plus masalah aku ni kan? Aku tak happy?? Bukan diri akulah tu kalau aku tak happy. Nak nak aku sentiasa dikelilingi orang-orang yang tersayang..heee

Hari tu, aku adalah shopping kain pasang. Kengkonon nak sedondon dengan Abam uolls.. Raya kalau tak sedondon warna rasa macam pelik pulak ye dak? Balik rumah mak, terus nak hantar pada tukang jahit, tukang jahit tak moooooooo...

Kain tempahan sudah over limit katanya..
Berpeluh terus ketiak aku. Celah mana aku nak menempahkan? Hantar sana tak mo, hantar sini tak mo.. Adoiii apsal semua orang hantar kain pasang awal-awal kat tailor ni???? Ke aku yang terlambat?? Abam macam biasalah, memekak pasal baju yang dah beli tak bertempah..

Adoi.. Abam ni.. Relax la... Jalan lain masih banyak lagi..tak yah susah-susah nak cari tailorkan?? Aku cool jer..walaupun ketiak basah.

kahkahkah..

 Ting!! 
 Laju jer otak aku hantar maklumat.
Online shopping!!
Tara...... Hehehehehe..
Walaupun bulan Ramadhan belum lagi berkunjung tiba, namun..berlumba-lumba online stores menawarkan koleksi baju raya yang cantik cantik membuatkan mata aku terbuntang buntang nak memilihnya. Haha dasar perempuan!!Bagi aku bukan itu sahaja, dengan harga mampu milik, korang boleh memilih koleksi koleksi dan merasai kemeriahan industri fesyen tanah air. Dengan wujudnya nama nama besar pereka fesyen terkemuka seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Nurita Harith dan ramai lagi.
Haaa... Mesti korang pun tertunggu tunggu jugakkan??
Baik ngaku....!!

Dulu dulu aku mampu tengok baju baju pereka fesyen ternama depan cermin luar jer. Jengah jengah macam orang jakun..nak masuk shop segan. Sedihkan...? Heee..

Macam aku dengan Abam, kitorang memang selalu shopping baju raya awal awal. Sebab boleh santai santai berjalan di shopping mall sambil beli air. Kang bila menggelupur shopping time bulan puasa, exspecially siang, dahh....mengaduh penat lah, dahaga lah, selisih bahu dengan orang kiri kanan lagi... Hahaha..

Memang tak dinafikan, jualan atau pembelian saat saat akhir ,menggila peniaga menurunkan harga dan membuat jualan penghabisan stok.. Aku dah la badan saiz XL. Memang susah nak dapatkan yang cantik-cantik dan ikut warna tema. Memang tinggal size adik adik je la.. Sedih! 
So, jangan mimpi nak buat lagi...kang sorang baju hijau, sorang baju pink.. 


So, di sebabkan tailor area rumah aku semua buat pakatan tak nak ambil kain aku kan... Aku nak cuba pulak beli baju raya secara online tahun ni. Jom membeli secara berhemah di butik muslimah online Malaysia. Kat sana tak ada sapa tahu yang korang seharian suntuk, mengushar baju pereka fesyen yang korang minati. Dan juga beberapa sebab jugak yang korang perlu ambil kira KENAPA patut beli kat situ.




1.  Aku jenis akan keluar pagi pagi untuk beli baju raya untuk raya terdahulu. Konon konon nak mengelak jalan jem..tapi nan ado yer... Sesak kiri kanan jalan...hampeh.. 
Now, dengan pembelian secara online, aku boleh santai santai lepak atas katil sambil  membeli baju raya idaman aku...nyaman je kan, dengan aircond, tilam.. Bantal.. Pastu klik klik je mana yang aku berkenan.. Yang penting baju iolls ngan Abam sedondon.Heheh!!




2. Penjimatan dapat dilakukan dengan pembelian online kerana aku tak perlu memandu opkos dah jimatkan petrol kan?? Lepas tu mencari cari tempat untuk parking dan membayar parking yang titiba mahal. Lagi satu.. Bila dah sampai kat tempat membeli belah, aku selalu membuat pembaziran yang tidak di sangka sangka kononnya... Elok nak beli baju kurung sepasang, dengan bungalah aku sauk, tudung untuk kerjalah, langsir barulah, haaa.. Kan dah kira membazir dah tu. Selalu over budget.. Menjeling je kang si tukang bayar aku tu karang.. Sorry Abam ilebiu..hihihi






3. Selain itu, masa itu emas.. Haa gitu. Dapat lah menjimatkan masa dari terbuang. Hadap jem berejam untuk pergi dan pulang ye kan?? Then? Tak reti reti lagi  time rehat kat pejabat boleh pergi tengok sekejap. Aku selalu sampai habis waktu rehat. Tak sempat?? Eh.. Balik rumah kan boleh sambung..kan kan? Maklumlah.. Semua aku minat.. Pembelian atas hujung jari je uolls.. Gila x mudah?? Macam korang yang naik train ke, tunggu bopren pick up ke, naik teksi ke.. Boleh la scroll scroll usha online shopping ni. On-The-Go. Aku sambil memasak sempat lagii tu..






4. And, trust me pembelian online sekarang ni dijamin selamat dan kebanyakan online stores menggunakan secure payment atau pun sistem pembayaran selamat untuk sembarang pembelian.  Jadi, korang ke, aku ke.. Hehe tak perlu risau risau lagi..



xoxo,
Daela with love.

Tiada ulasan: