For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Khamis, 20 Jun 2013

Family Holiday : Terengganu 1


As salam,
Nak sambung cerita pergi Terengganu lagi..
Lepas je habis kenduri kendara Ahad tu,
Terus cargas kemas kemas barang apa apa yang patut.
Terus kitorang siap sedia nak gerak ke sana.
Pada mulanya, hanya Aku , mak & abah , Family Acik jer yang nak ke sana.
Adik dengan Abang aku masing masing belum buat decision.
Lepas kena racun tikus kitorang...
Tup tup dorang semua nak ikut pulak.
Lagi lah meriah kan...

Adik aku Acik dah booking kat Hotel Sri Malaysia Marang
Untuk tiga bilik.
Dalam otak aku, ok...sumbat sumbat je lah malam nanti kan..
Sebab guest dah bertambah.
Aku janji dapat baring , tido cukup.Aku on je.


Mak aiii....perjalanan panjang mengambil 200km++
Titiba jadi macam best pulak.
Aku tengok kenderaan Arah nak balik KL mak aiii..
Tak berhenti kereta lalu.
Mesti jem teruk kat Karak bisik hati aku.
Maklumlah..cuti sekolah dah berakhirkan masa tu.

Kitorang konvoi 5 biji kereta.
Semua sibling aku ada.
Dah lama sebenarnya tak cuti bersama sama.
Last bercuti...kat Penang.
Masa tu, aku tengah darjah 5.
Lamanyaaaaaa......
Kira quality time tu penting.
setakat berkumpul , memang selalulah..

 Lagi meriah bila budak kecik ni ada.
Happy dan gembira sangat.
Adik aku suka sangat melayan amik pict Rayyan ni.
Rayyan suka sangat main steering.
Sampai meleleh leleh air liur kat benda alah tu pun tak pe.
Muka sangat keterujaan.

Masa singgah solat Mahgrib kat Kerteh kalau tak silap,
Aku dukung Ayyen masuk dalam kereta aku.
Sekali orang tengah sembahyang dalam masjid,
Ayyen tekan hon panjang.
Tarik tangan Ayyen kuat pun dia tak mau lepas.
Kira tunjuk perasaan kot masa tu.

Alili pun ikut jugak uolls.
Mana buleh tinggal.
Mak aku cakap jer nenek nak pergi Terengganu,
Terus ikut jer bontot nenek.
Haaa....takut kena tinggallah tu uolls.


Baju masing masing ke Terengganu.
Semua pun pakai baju lepas kenduri.
Aku pun sama.
Tak kuasa nak tukar tukar baju.

Dalam pukul 10 malam kot baru sampai Marang.
Itu pun berhenti henti banyak kali.
Sorang nak terkucil..
Semua berhenti...betul tak?

XOXO,

Daela

Tiada ulasan: