For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 10 Ogos 2012

Biskut Tart Giant versi Tuan Rumah...

 Omaiiiii aiii......Jeles tak tengok biskut tart ahkak?
Yuhu...Salam Ramadhan yang ke 21.
Dalam malas malas nak buat biskut raya kan?
Siap gak...4 bekas ni.
Semua biskut tart aku siza XXL.
Ikut size orang yang buatnya jugak.
Ok, korang mesti tak percaya apsal titiba aku dah berjaya siapkan biskut tart dengan cepat?
Memang...ini bukan biskut tahun ni.
Ini adalah gambar biskut tart aku tahun lepas.
Tapi......mood nak menulis malas sangat masa tu.
So...aku update lah tahun ni.

Aku gigih gigih buat besar besar.
Sebab tahun lepas aku beraya rumah mertua.
Jadi, nak tak nak...kena siapkan.
Aku kan suka buat biskut lambat laun.
Aku rasa kan, time tu aku buat lepas jam 12 malam.
Sebab aku dah pesan dengan Abam..tak yah nak manja manja call aku time aku buat biskut raya.
Abam kalau call aku macam lama sangat tak berjumpa.
Aku memang suka kalau dia call.
Tapi bukan time memasak.
Dan juga bukan time membakar biskut.
Pernah sekali terover bersembang..
Biskut ahkak rentong.
Nasib baik boleh kikis rentongan bawah biskut tu.
Memang rentong sikit jer.
Mak ahkak bebel bebel panjang sebab berbau serumah .
Bau hangus.
Mak ahkak dah lah cepat jer seram sejuk bila bau hangus.

See...very the tembam mambam biskut tart ahkak kan?
Bancuhan aku still sama dengan apa yang aku pernah tulis dalam blog ni dulu.
Dan tidak pernah berubah.
Tiada sebiji gula pun aku bubuh dalam bancuhan.
Tiada sesudu pun aku bubuh tepung jagung dalam ni.
Rasa biskut sangat rapuh dan sedap.
Hahaha...matilah orang keji kata sedap sendiri.
Tapi memang betul.
Dulu, masa tak reti nak buat biskut sendiri...rasalah azab kekerasan biskut "homemade" kan??

Ok, aku tahu...korang malas nak korek korek dalam blog suam suam kuku ahkak ni kan?
Meh...Ahkak tulis lagi sekali resepinya...


Cara-cara membuat Biskut Tart

Bahan- Bahan

  • Jem nenas
  • Tepung gandum
  • Buttercup (jangan beli yang ada garam punya...)
  • 2 sudu susu tepung / 2 susu pekat
  • Kuning telur (untuk disapu atas biskut time nak bakar kang...)
Cara- cara

  • Adun buttercup( ikut suhu bilik) dengan tepung gandum (pastikan masukkan tepung sikit demi sedikit)
  • Masukkan susu dan pastikan adunan tak terlalu lembut atau terlalu keras.
  • Ok, now boleh cuba masukkan dalam acuan biskut tart gulung tu.
  • Kalau tak putus putus, dah boleh teruskan.
  • Kalau putus putus kena tambah tepung.
  • Kalau keras sangat kena tambah sedikit buttercup tu balik.
Hah...senang bukan.
Ok, ada tips untuk buat biskut bertambah sedap.
Kalau korang ada planta yang balance buat biskut or kek kan.
Korang boleh add sesudu juga.
Sebab nak bagi lagi sedap.
Tapi...kalau tak ada pun tak pe.

ok lah...biskut tart tahun ni, aku publish tahun ni jugak..
Insyaallah..
kah kah kah..(macam tak jer kan....)
Selamat berpuasa yer kawan kawan.. 
Peace Love and love.

Tiada ulasan: