For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 18 Mei 2012

#Part 2# Medan...Bukan Kampung Medan di Petaling Jaya..

Huargggghhhhh....Opsss..termengantuk pulak tengahari remang ni.
Korang dah lunch ke?
Menu apa ea??
Ok...nak sambung cerita Medan lagi.
Hotel yang kami tinggal adalah Hotel Ibunda.
Dekat area mana, korang jangan lah tanya.
Yang pasti..Hotel Ibunda tu warna kelabu.
Aku memang tak suka nak ambil tahu lokasi nya.
Sebab lemau lemau angkara tak cukup tidur.
Pak Supir bawak ronda ronda pun aku ignore jer.
Tapi kan ualls,
Paling aku dengan Abam terkejut..
Kawan Aku tu titiba speaking Indonesia.
Aku terus tergelak.
Dalam Flight elok lagi cakap Bahasa Melayu dengan kitorang.
Dah jejak kaki kat Indonesia...hah..tu dia..
Berubah kau bercakap kan...ahahaha...


 Kat Medan , memang ramai sangat umat manusia.
Macet usah cakap lah kan.
Tapi seperkara nak puji walaupun dorang punya kenderaan sikit punya banyak..
Dan..dari dua lorong jadi 3 lorong..hah..sila lah berfikir kawan kawan.
Aku terus macam takut gila nak menghadapinya.
Terus terbayang kalau aku pulak yang drive kan.
Terus aku stuck.
Coz masih terasa yang kat Malaysia ni...lebih baik dari disana.
Aku sekarang lebih menghargai tinggal di negara sendiri.
I love Malaysia to much.
Hahaha..
Suasana pagi hening di Medan.
Dah la memula sampai agak pening dengan waktu nya.
Walaupun lewat 1 jam dari Malaysia...tapi..tak kuasa nak pusing kan jam ikut waktu sana.
Malas gila kot.
Lepas tu masing masing poyo asyik salah timing.
Setelah rehat rehat...perut mulalah kruk kruk berbunyi.
Nasi langsung tak masuk lagi ni.
Dah sampai sana bukan main mengada ngada perut ni.
Aku ni ada terdengar khabar pasal keadaan makanan di sana.
Biras akulah yang bercerita.
Banyak makanan kat sana kena hati hati.
Sebab kat sana B.I.B.I (ni alili yang eja...kengkonon mengadu dengan mak aku yang kawan dia cakap babi)
Jual merata rata.
Syukur weii...sebab aku tak sempat nampak .
Lepas tu, bila Pak Supir pick up, ajak lunch..terus je cakap nak pergi makan.
Tapi nak makan makanan yang halal.
Adoiyai...memula seram sejuk jugak nak makan dekat warong warong .
Pak Supir pun cakaplah...dia pun tak berani nak suruh kitorang makan dekat situ.
Aku asyik cakap lapar dalam hati jer la..
Kat sana pukul 1pm. Kat sini pukul 2pm kan.
Maunya tak mengelupur kebulur.
Aku ingatkan aku sorang jer macam gitu kan..
Abam dengan kawan aku pun sama rupanya..ahaha

Bila Pak Supir berhenti nak turun makan,
Aku perhatikan..pelanggan nya dulu.
Ramai juga yang bertudung.
Barulah hati ini tenang nak makan.
Lepas lunch barulah boleh jalan jalan cuci mata..
Perut pun senang hati..hahaha
Sebenarnya kan..ada banyak perkara yang boleh aku jadikan iktibar untuk diri sendiri.
Maklumlah..banyak pengalaman luas permandangan.
Walaupun baru sekali sekala berada diluar kawasan, aku harus ambil kira semuanya.
Sememangnya...kalau di Malaysia kita jarang berjumpa dengan si pemaksa membeli barang..
Namun...lebih hebat dugaan disana.
Jangan suka sombong dengan orang yang kita tak kenali.
Sebab kalau kau sombong sangat....siap sedialah kena "sembelih"
Jangan gatal gatal nak naik "angkot" (roda 3) tu...memang lah murah.
Sebab ada pakcik & makcik satu hotel dengan kitorang kena "pow" dengan pemandu angkot.

Eh, ok...lepas makan tengahari...kitorang pusing pusing dekat mana entah.
Aku malas nak ambil pusing sebab tak ada benda yang menarik untuk digambar.
Kemudian minta Pak Supir bawak kitorang ke SOGO.
Jangan tak percaya...kat Medan, Indonesia Ada SOGO..
Tapi...entah la....Sogo tu tak menaikan nafsu nak bershoping ualls.
Selamat duit Abam kankan?
Ada lah masuk kat kedai Guess.
Lepas tu aku belek selipar. Kononnya nak sambar barang 3 pasang kalau murah bebenor kan?
Tapi...kena aku syak...sesuatu..sebelum kena game kan.
Aku tanya berapa harga sepasang selipar tu.
Lepas tu....Promoter dia bagi tau harga dalam rupiah la kan.
Then aku terus kira...haa...korang mesti macam...eh apsal aku tanya harga pulak kan?
Price Tag tak der ke kan?
Yer...memang tak ada.
Poyo ark? mestilah poyo kan.
Paling poyo bila tanya...adoila...nak tipu harga.
Masa aku convert duit dalam Rm...dorang charge lebih dari 50ringgit.
Wak lu....eh.
Contoh harga selipar tu kat sini Myr 109.90 kat sana Myr 159.90 setelah di convert kan.

Kalau promoter tu kelentong pun...(if aku beli) memang la bodoh sangat rasanya..
Sebab semua Baju, kasut, selipar, beg...nan ada price tag.
Herm...pastikan korang semua bijak bijak bila nak berbelanja...
Ok...nanti sambung lagi ea...

Tiada ulasan: