For More Info Click Here..

Iklan Berbayar

Jumaat, 13 April 2012

Papa & Mama Bergaduh!!

Assalammualaikum...selamat tengahari..

Hari tu, dalam keadaan hujan renyai renyai..aku otw balik rumah.
Serenyai hati ku...cewah..
Dah la jalan jem sangat masa tu.
Aku pun tak tahu lah apa masalahnya...nak kata ada kemalangan..tak ada.
So, lepas jer parking kubik, terus aku menuju ke lorong nak naik lift.
Petang tu, agak ramai budak budak area rumah aku main bola.
Dorang mana reti kena hujan ke, panas ke kan?Janji boleh main bola.
Kat court badminton pulak tu...comel tak?heee...
Maklumlah...duduk kat kawasan orang biasa biasa.
Bunyi bising apatah lagikan...tapi..itulah gelagat manusia..

Lepas tu aku dengar ada Papa & Mama bergaduh.
Bunyiknya agak terdesak sangat macam bergaduh kat tepi parking kereta kan.
Aku selalu jadi mangsa macam gini tau...
Aku mula menjadi Detective Conan...kengkonon nak menyiasat apakah yang terjadi masa tu..
Kah kah kah...gila?
Korang ingat aku ni kipoci sangat nak heran korang Papa & Mama bergaduh kat situ kan??
Si mama dah menjerit jerit macam tak reti malu.
Si Papa pulak tak habis habis membebel.
Ok, sebagai real papa & mama...aku / korang pun mesti segan kot..nak bergaduh kat depan orang ramai.
Baik bergaduh dalam bilik.eh
Dah terpekik terlolong kat tepi tu buat hapa?

Aku rasa si Papa tak puas hati dengan tingkah laku si Mama.
ok, kot iya pun kan....tak payah la nak menjerit jerit...malu lah kat aku yang nak lalu ni..hahaha.
Yang aku pulak, mesti kena lalu kat situ...sebab itu jer jalan utama.
Kang aku pusing jalan lain...jauh pulak nak sampai rumah..kakaka.
lepas tu kang, singgah singah kat kedai magazine...lepas tu terjebak...
Beli majalah mangga....kakaka..choiiii!!

"Cuba mama cakapppppppppppppppPPPPPPPP....apa salah PAPAAAAAAA????(dengan nada menjerit)
**aku punya alasan kenapa dia menjerit MUNGKIN MAMA DIA PEKAK..kahkahkah

"Mama dah bosan dengan PAPA......!!!! sambil jerit juga
**mungkin sesama pekak kot..tu sebab jerit jerit.

Sebenarnya entah hapa hapa dorang bebelkan lagi.
Aku sambil lalu kan, nak juga tengok muka Papa Mama ni kan..
Kahkahkah...
Korang rasa apsal aku gelak.
Takkan aku nak gelak kat situ pulak.
Tak cukup tanah aku nak lari kena kejar ngan budak budak tu kang.
Yes...Papa Mama yang bertempik tu...budak budak lagi.
Bulu tote pun tak tumbuh lagi...kahkahkah...sorry uolls...mak termencarut!!
Entah entah belum bersunat.

Paling aku tak tahan tu...
Si Mama siap pakai baju sukan yang terang terang tulis nama sekolah.
Aku malas la tulis nama sekolah tu kan...kahkahkah...
Kang sekampung dapat malu.

Sampai rumah, aku cerita dengan Abam..
Yang kengkonon aku lalu tadi nak bagi nasihatlah..
"Adik, pergi balik rumah...mak adik suruh belajar masak nasi..."
Itu aku lah yang nak bagi nasihat kononnya..

Abam pulak...dia cakap dia nak rebus air.
Aku mula buat muka konfius.
Sebab apa kena mengena budak tu dengan air rebusan...kan kan?
Abam cakap...kalau budak budak gitu...tunjuk jer cerek yang penuh dengan air panas.
Memekak buat apa....nak kena siram dengan air panas ke....?
ewah ewah...kerek gak kau ea Abam...

Ok, tamat cerita today.
 kahkahkah...

Tiada ulasan: